Skip to main content

Sesat di Kuantan - Bertemu Kak Amylia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM

Kalau dah jodoh, tidak kemana. Sebuah percaturan Allah yang indah.

Alkisah Sabtu lepas SS bertugas di Balok, Kuantan. 10 minit keluar dari rumah, suami menelefon SS bagitau yang SS tertinggal kunci rumah. Suami tak boleh nak hantar kerana dia pun bertugas luar kawasan. Nak patah balik, risau terlambat sampai. Jauh lagi perjalanan SS dari Pekan ke Balok. 

Plan A, waktu balik outstation SS akan hubungi suami, dan pergi dapat kunci.
Plan B, waktu balik outstation SS akan tunggu suami sehingga selesai urusannya dan balik konvoi bersama.

Selesai urusan di Balok, sahabat jauh SS dari Perlis, Kak Amylia (Kak Ya)  WhatsApp SS bagitau dia ada di IIUM Specialist Medical Centre, Kuantan. Kebetulan SS pun dalam perjalanan nak ambil kunci rumah dari suami. Suami pula berada berdekatan lokasi Kak Ya. Kami berkenalan dalam sebuah kursus kejurulatihan tari anjuran Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN). Dari situ facebook mengerat hubungan kami. 


.

Tapi masalah SS, SS tak familiar jalan Indera Mahkota. Sejak ambil lesen kereta kat sana, sampailah sekarang masih tak mampu nak hafal arah jalan sana. Jadi SS pun guna aplikasi Waze. Waze pula guna jalan pintas. Cuak juga apabila lalu 'jalan kampung' di kebun-kebun durian. Mula rasa curiga adakah ini jalan yang benar?. Tawakal sajalah. Kalau sesat pun, masih dalam Kuantan.  Dalam masa yang sama, risau juga kalau suami KakYa dah selesai urusan ziarah kawannya di hospital. Serba salah nak minta tunggu pula. Akhirnya pasrah sajalah. Andai ada takdirnya, pasti bertemu jua.


SS terus ke IIUM. Masalah lain pula timbul apabila SS dah keliru mana satu IIUM Specialist Medical Centre ni? Kak Ya hantar lokasi. Walaupun SS guna aplikasi Waze dan Google Maps, SS masih keliru. SS ada pengalaman guna Waze tapi entah ke mana dia bawa SS. Tak jumpa destinasi. Maka, rasa cuak SS ini lah yang buat SS sesat. Sudahlah berbelas tahun dulu SS ada sejarah sesat di Perlis bersama KakYa. Sampai sekarang kami masih mengenang kenangan tu. Jadi, Kak Ya terus menunggu di parkir kereta. Lokasi yang KakYa hantar tu, SS pernah sampai sebelum PKP dulu. Tapi waktu tu, tak ada seorang pun petugas disitu. SS seorang diri berjalan dalam bangunan tu mencari klinik. Tapi suasananya seperti bangunan itu telah lama tidak dihuni dan suram. Agak seram. Kata pengawal keselamatan, klinik tu telah ditukarkan ke hospital baru. tTapi kali ini, disitu lah lokasi yang Kak Ya sedang menunggu.

.


Tawakal sajalah. Ikut Waze. Saling kongsi 'live location'. Akhirnya hajat dimakbulkan Allah. Dapat juga kami berjumpa. Rupanya bangunan suram itu telah beroperasi sebagai Emergency Department (ED).  Kami berjumpa dibawah pokok berhadapan ED. 

Alhamdulillah, Allah telah merencanakan yang terbaik untuk kami. Walaupun singkat pertemuan ini, syukur dapat bertemu akhirnya. Pertemuan yang tidak dirancang biasanya menjadi kenyataan. Simpan cerita ni untuk kenangan. Bila berjumpa Kak Ya ni, dapat la cas tenaga-tenaga positif yang SS perlukan untuk menyokong kehidupan SS.

Terima kasih KakYa belanja McCafe dan burger. (Brother McDelivery tu pun sesat 🤣). Dapat berkelah bawah pokok dengan Kak Ya, memang syok. 

Comments

  1. Semoga ukhuwah terus berpanjangan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Allah sebaik2 perancang.

    ReplyDelete
  3. Seronok dapat jumpa kawan yg dikenali lama dulu dan dah lama tak jumpa... lagila kawan jauh bila jumpa seronoknya lain macam

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dh tersurat pertemuannya

    ReplyDelete
  5. aaaa this is so sweet! i love your vibes!! <3

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ..
    Semoga ukhwah berpanjangan

    ReplyDelete
  7. Wahhh.. Moga berkekalan silaturrahim yang sedang berjalan....

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.