Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Parenting

Ibu dan Me Time

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Pagi-pagi hari Isnin ni ambil mood dulu sebelum masuk kerja. Tadi pagi, SS parking kereta sebelah kereta kawan. Nampak kawan masih ada dalam kereta sedang memerhatikan telefon pintarnya sambil tersenyum-senyum. Nampak jari telunjuknya ke atas, ke bawah, ke atas, ke bawah menyentuh telefon. SS keluar dari kereta dan mengetuk pintu kereta dia. "Jom! jom!" SS mengajak kawan masuk pejabat. Sambil tersenyum dia jawab "tengah me time ni." Sepanjang langkah kaki menuju pejabat, SS senyum-senyum fikirkan sesuatu. Ibu & me time. Sebagai wanita, SS yakin me time itu sangatlah penting demi mengimbangi emosi seorang wanita.  Kawan yang SS tegur tadi tu, dia merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. 2 perempuan dan seorang lelaki. Katanya dua kelahiran sebelum ni melalui pembedahan. Jadi, doktor sarankan dia untuk last pregnant. Jadi, dia memang gigih untuk dapatkan anak lelaki. Seingat SS dia banyak makan kacang. Kemu...

Anak Perempuan

  Pernah dengar tak, orang-orang tua selalu berpesan,  'lebih baik jaga lembu sekandang, daripada jaga anak perempuan seorang..." Perumpamaan itu menunjukkan betapa mencabarnya bila punya anak perempuan . Apa yang mencabar? Rupanya tidak mudah menjaga anak perempuan. Lebih-lebih lagi dengan keadaan dunia sekarang ni.. Budak-budak hari ni, tak sama macam budak-budak dulu... apa yang paling ditakuti adalah gejala sosial yang berleluasa. Baca tajuk-tajuk besar itu pun, sudah menggerunkan ibu bapa. Tapi Allah tak kan jadikan sesuatu itu dengn sia-sia,kan? Pasti ada sebabnya...  itu semua rahsia Allah.. Perlu audit balik diri kita sendiri. Sekarang ini, nak mendidik anak pun, perlu ada ilmu yang penuh di dada. Pergi saja lah mana-mana bengkel / kursus yang ada. Timbalah sebanyak ilmu yang boleh. Selalunya  LPPKN  yang sering menganjurkan kursus-kursus kekeluargaan.  Anak itu rezeki... cabaran itu pasti datang deng...

'Teddy Bear' itu bukan Mama ku.

Assalamualaikum... entry kali ni, aku copy paste... dah lama bersarang dalam notes facebook aku. Aku pun dah lupa mana aku dapat cerita ni... Tapi kisah ni mmg memberi kesan juga dalam hidup aku.  Kalau korang ada masa sekarang, jemputlah baca... mungkin ada sesuatu yang membuatkan hati kita tersentuh dan belajar dari situ. =D GOOGLE JE... *********************************************************************************************************************** Lebih kurang tiga minggu yang lepas, saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia "mengandung kot" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja, saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata ... isteri saya mengandung dua bulan. Emmmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang ba...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

...Yang mungkin tertinggal

Banyak kita dengar, kita tengok, kita tahu betapa mencabarnya hidup kita dlm membesarkan anak-anak dalam dunia serba canggih ini. Aku masih belum berkahwin, sudah pasti belum ada anak. Tapi sering jugak terfikir mcm mana agakanya kehidupan Aku lepas kahwin dan punya anak? Macam mana cabarannya kalau hari ini penuh dgn berita2 negatif tentang belia, remaja apatah lagi dewasa. Di mana salah kita sebagai ibu bapa dan pendidik? Jadi Aku telah menemu satu artikel tentang cara mendidik. Moga-moga ilmu yang ada ni, kita kongsi bersama. Selamatkanlah generasi kita... keturunan kita.. Mudah-mudahan semuanya dalam jagaan Yang Maha Esa.. Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak 1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah * Saidul (penghulu) istighfar * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9) * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38) * Doa a...

7 Tips

7 Tips Keselamatan internet untuk kanak-kanak  gambar di Google  Meletakkan komputer di kawasan awam rumah.  Komputer di bilik tidur kanak-kanak adalah lebih sukar untuk mengawasi mereka . Pastikan skrin komputer tidak tersembunyi dan boleh dilihat dengan mudah . Lawatilah laman web yang dilawati oleh kanak-kanak. Belajar mencari laman web kegemaran anak-anak anda. Anda boleh menyemak dalam sejarah pelayar (history) untuk belajar laman web baru yang mereka telah lawat. Mendidik anak-anak mengenai maklumat-maklumat yang boleh dan tidak boleh dikongsi dalam talian seperti maklumat peribadi, alamat rumah, nombor telefon atau gambar.    Nasihatkan anak-anak untuk tidak bertindak balas kepada rakan dalam talian dengan memenuhi permintaan  mereka tanpa kebenaran lebih-lebih lagi yang tidak dikenali. Jika anda bersetuju, anda perlu menemani anak anda dan meminta untuk ber...