Skip to main content

Posts

Lagu Raya Korang

Assalamualaikum. Lama juga tak update blog. Sibuk menyiapkan tugasan-tugasan sebelum cuti raya ni. Kepada yang bekerja ada yang dah ambil cuti awal ni. Office pun dah mula lengang hari ni. Esok lusa lagi la.. Silap-silap satu office sorang je jaga. Lagi 2 hari sebelum cuti raya kan... Time ni rasanya semua orang dalam mood raya kan kan kan.... kerja pun menerawang jauh je teringat kampung halaman.. hik hik hik... Aku kat office hari ni. Office sunyi. Tinggal 3 orang je... Kesunyian yang sungguh syahdu ini aku serikan dengan lagu-lagu raya. Haaaa, baru la muka staff-staff lain tu ceria.... Haaaa, kan bagus begitu.... Banyak lagu-lagu lama Aidilfitri yang menggamit nostalgia aku ni... Aku listkan mana yang best-best menjadi halwa telinga ni... KORANG SUKA LAGU APA? KLIK JE, AKU DEDIKASIKAN KEGEMARAN INI UNTUK KORANG.. dengan ucapan :  "Selamat Hari Raya, Makan kueh raya berpada-pada ye, Hati-hati drive balik raya tuuu...." Lebaran ini ~ Raihan, Ajai, Nows...

Moral apa dalam video ni?

Satu lagi iklan raya yang buat aku touching hari ni .. ehehhe... Pepagi terasa mengantuk, layan youtube kejap. Ada moral yang terselit dalam video ni.. Boleh kongsi dengan aku tak?

Dah tukar duit raya ke belum?

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin. Gambar dan info dari facebook. Ciplak dari Google. Edit sikit utk mengelak penyalahgunaan mata wang antik ni. Ciplak dari Google lagi, edit sikit utk tujuan keselamatan. Saja aku nak simpan kt blog ni, nak buat kenangan. Boleh tunjuk kat cucu cicit aku nanti. Sempena Ogos, Hari Kemerdekaan ini apa salahnya aku post entry ini kan... ^___^ Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.  Wajah di mata wang negara kita sejak 12 Jun 1967 . 24 Ogos 1895 : Keputeraan baginda di Seri Menanti, Negeri Sembilan. 31 Ogos 1957 : Agong pertama Malaysia sehingga kemangkatan baginda pada 1 April 1960. 12 Jun 1967   :   Ringgit Malaya dan Borneo British secara rasminya digantikan dengan matawang baru. Moga Allah kekalkan kedamaian dan kemakmuran negara kita. Aminn. Dah tukar duit raya ke belum?    ...

KAMPUNG NELAYAN

Assalamualaikum... Apa macam cuti sempena Nuzul Quran semalam? Adakah anda memanfaatkan sebaik-baiknya? Dah berapa juzuk baca Surat Cinta tu? Aku masih lagi membaca setiap hari... Cuti 3 hari lepas, aku n family sempat jalan-jalan kat kampung nelayan... Saja-saja menghirup udara pantai di Kampung Kuala Pahang. Salah satu rumah nelayan yang ada di situ...  Lori yang digunakan untuk membawa hasil laut ke pasar-pasar. BUBU : Alat yang digunakan untuk menangkap ikan. Aku zoom skit rupa bentuk Bubu ni. Hasil laut yang dijemur dan dijual..  Yang paling best aku rasa, ikan kerapu.. Tak terlalu masin tau, tapi mmg sedap makan dengan nasi panas-panas pun jadi lah. Beli dengan pengusaha ikan masin ni lebih murah tau. Kedai yang masih mengekalkan reka bentuk lama. Susah nak jumpa sekarang ni. Rumah baru dibina bagi menggantikan rumah-rumah nelayan yang akan dirobohkan tak lama nanti. Di sini, aku mengajak korang bandingkan perbez...

'RAHSIA PEREMPUAN'

Assalamualaikum 14 RAMADHAN 1433H ~ Moga-moga ada kesempatan kita melengkapkan puasa berusia 2 minggu pada hari ini, aminn... Pagi-pagi masuk office, rasa mengantuk hari ni. Nak segarkan mata, macam biasa layan facebook jap. Pastu baca artikel-artikel yang sesuai dengan kehendak hati..... sehingga terbaca satu cerita artis kita... Abby Abbady, Memey & Norman Hakim. Subhanallah.... Jom singgah kat :  MyBerita.  Comel je dua-dua ni Ada kata-kata yang menyentuh naluri keperempuanan aku. Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit,” tuturnya.  Kebahagian kepada anak sulung. Anak yang lahir dari kasih sayang cinta pertama. Yang paling dekat dengan kedua ibu bapa. Yang merasai masalah kedua orang tuanya. “Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung...

Boleh Booked dulu

Assalamualaikum. 10 RAMADHAN 1433 ~ Mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk menyempurnakan ibadah puasa kita pada hari ke-10 hari ini dan hari-hari seterusnya. Minggu ni agak-agaknya ramai yang diundang untuk berbuka puasa di luar atau korang sendiri akan buat majlis berbuka untuk tetamu? Sedara mara, kawan-kawan, officemate, schollmate...... Aku pun tak terkecuali mungkin minggu ni kerap dapat jemputan berbuka puasa bersama-sama kawan-kawan, sedara-mara, family terdekat dan rakan sekerja.  Kepada sesiapa di sekitar KUANTAN / KEMAMAN yang nak air banyak-banyak untuk majlis korang, aku ada promotion skit ni... Boleh booked dulu untuk kesenangan kemudian hari. Booked hari ni, nak dekat raya nanti boleh pick up. GAMBAR : lokasi di Terminal Makmur, Kuantan. AIR BOTOL F&N : 1.5L sebotol = RM2.60 1 dozen (12botol) =RM31.20. (boleh campur2). AIR MINERAL : 1 kotak botol 600ml (24btol)= RM18.00, 1 kotak botol 1.5L (12botol) = RM18.00 AIR KOTAK (SEASON): S...

Magik Segarkan Wajah

Assalamualaikum. Dah masuk hari ke-7 kita berpuasa. Bermakna pola hidup aku juga telah berubah bulan ini. Bangun lebih awal daripada biasa untuk persediaan bersahur. Jadi kadang-kadang pergi office pun masih mengantuk.. Mata tu toksah cakap la, memang kuyu, layu. Muka pun pucat tak bermaya. Bila kita layu, kita pun rasa tak bersemangat nak buat kerja. Badan rasa tak sihat, orang tengok kita pun tak bersemangat jugak. Hah, tengok tu muka aku hari ni. Macam mayat hidup je... Pucat tak bermaya kan... Tapi tak pe, aku ada magic skill untuk menampakkan wajah layu ini menjadi segar bugar... Peralatannya tak banyak. Cuma 3 alat saja digunakan selama 3-5 minit sahaja. 3 alat magik untuk segarkan wajah yang aku sangat-sangat suka. 1) Lip Ice Sheer Colour Fragrance Free.  ~ Tak ada bau. ~ Tak ada rasa. ~ Tidak melekit ~  Hanya untuk melembabkan bibir je okeh. 2) IN2IT Xtra Lasting Liquid Eyeliner ~ Mudah digunakan sebab bukan mata halus ~ Cepat kering dan tida...