Skip to main content

Posts

WORK - A - HOLIC

Bismillahirahmanirahim... Sekian lama aku tak menatap blog aku ni... memang tak de apa yang menarik pun, tapi ye lah, dah memang minat menulis dan menaipkan. Tapi tak ada masa yang lama untuk aku mengadap. Jadi kesempatan ini saja, kerana terlalu rindu dan gian nak menaip entry.  Dah lama juga tak singgah blog kawan-kawan, maafkan aku. Pengurusan masa aku masih belum stabil. Kerja, kerja, kerja! Aku tak mengeluh ni tau. Malah aku suka. Aku memang gila kerja, kerana dengan bekerja aku mendapat kepuasan hidup yang maksimum . PERHUBUNGAN Bila kerja, aku sebagai manusia ni masih dapat berinteraksi sesama manusia. Dunia sekarang kan dah canggih, duk sebelah-sebelah pun nak ber' wassup ' ber' message '. Tapi dengan kerja aku, handphone boleh simpan dalam beg dan aku boleh tumpu pada perhubungan dua hala antara aku dan pelajar-pelajar aku.  MASALAH Bila kerja, aku akan berdepan dengan banyak masalah dan kepuasan maksimum aku bila aku dapat atasi semua m...

AHMAD AMMAR

Sekadar mengabadikan video ini untuk tatapan dan motivasi diri. Diri sendiri, anak-anak & generasi ku. AHMAD AMMAR

MEMBERI

  Google Mereka mengajarku memberi. Memberi lebih baik dari menerima. Memberi biarlah ikhlas. Memberi barang, Memberi wang, Memberi makan, Memberi bantuan.... Memberi ilmu, Memberi idea... Memberi apa saja dengan ikhlas. Memberi seada mampu. "jangan berkira sangat la..."

Bergedil Ikut Suka Hati

Bismillahirrahmanirrahim.... Hari ni hari Sabtu. Jarang aku cuti hari Sabtu sebab hari Sabtu aku selalu je kerja ... Apakan daya bila kerja macam ni, tanggungjawab kenalah pikul dengan seikhlasnya. Masih menunggu masa untuk pengurusan masa diri sendiri dan keluarga. Alhamdulillah, hari ni dapat la cuti separuh hari. Dari pagi sampai laa jam 4.00 petang menguruskan rumah tangga. Basuh-membasuh baju, kemas-mengemas rumah, masak-memasak. Hari ni bikin bergedil. Ambil kesempatan ni untuk kongsi dengan kamu semua ye.. Awal-awal aku bagitau, aku main hentam je ni. Tak reti nak sukat-sukat.. sebab selalu ikot sedap rasa hati je nak campak-campak. Heheheh.... "Masak dari hati, masak with iman" bak kate Chef Amar. hehehe

IKHLAS

Kita tolong orang, Orang tolong kita. Kita sayang orang, Orang sayang kita. Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita. Memberi lebih baik dari menerima. Memberi jangan mengungkit. Memberi jangan minta dibalas. Memberilah dengan ikhlas. NIAT . IKHLAS.

HORMAT

Kita membesar dewasa & berubah mengikut peredaran masa dan pengaruh alam sekeliling kita.  Kita yang dulu bukan lagi yang sekarang. Semuanya kerana asuhan, didikan, cara hidup & pengalaman yang berbeza. Uniknya, antara kita memang berbeza. Hormati sesama manusia. Hormati caranya. Caranya, hormat.