Skip to main content

Posts

BARAQAH BEGGERS

Assalamualaikum. Lama gila tak bagi berita... kawan-kawan pun agaknya dah ramai ingat aku tak aktif.. memang pun, tak berapa nak aktif menaip... banyak aktif outdoor. Tak banyak share cerita aktiviti aku, sbbnya dah jarang sangat dapat peluang nak menaip. Tapi hari ni aku gagahkan jugak. Salah satu kumpulan nasyid kebanggaan aku. BARAQAH BEGGERS .  Asal jatuh bangunnya di Univerisiti Malaysia Pahang. Alhamdulillah syukur aku kepada Allah, diperjodohkan bertemu dengan sekumpulan mahasiswa yang asalnya ku sangka menceroboh pejabat aku. Siap soal siasat semua, rupanya mereka masuk dengan izin sahabatku. Tapi mereka seperti tiada hala tuju. Malam itu juga, mereka terus luahkan permasalahan mereka, dan dengan hati terbuka aku ingin membantu mereka. Bermula dari situ, aku menjadi penasihat mereka. Dugaannya masyaallah...Allah saja yang tahu. Nama itu pun kami cari sama-sama dan idea asal adalah daripada salah seorang ahli yang mesra dipanggil Peling. Bermula dari Baraqah B...

'Teddy Bear' itu bukan Mama ku.

Assalamualaikum... entry kali ni, aku copy paste... dah lama bersarang dalam notes facebook aku. Aku pun dah lupa mana aku dapat cerita ni... Tapi kisah ni mmg memberi kesan juga dalam hidup aku.  Kalau korang ada masa sekarang, jemputlah baca... mungkin ada sesuatu yang membuatkan hati kita tersentuh dan belajar dari situ. =D GOOGLE JE... *********************************************************************************************************************** Lebih kurang tiga minggu yang lepas, saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia "mengandung kot" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja, saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata ... isteri saya mengandung dua bulan. Emmmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang ba...

Pergi Tak Kembali

GOOGLE JE... 3.30 pagi. Suami mendapat panggilan daripada kawanya. Kawan mereka meninggal akibat kemalangan. Dilanggar oleh pemabuk yang memandu kenderaan. Mangsa meninggal ditempat kejadian.  **************************************************************************** Allah tarik nikmat orang lain kerana untuk menguji kita yang masih bernyawa. Syukurlah kerana masih diberi kesempatan utk hidup dan menikmati dunia. Salah satu cara untuk berterima kasih tanda syukur kita pada Allah adalah dengan solat. 5 minit sekali 5 waktu sehari.  Senang kan!? Subhanallah. Allah nak tarik nikmat, bila-bila masa saja. Itu hak Dia. Kita tidak boleh memberi jaminan sama ada mampu terus bernafas esok, lusa dan seterusnya... Moga ada kesempatan untuk kita beramal di dunia. Semua orang tahu. 3 perkara yang akan ditinggalkan selepas kita mati. Sedekah jariah Ilmu yang bermanfaat Doa anak-anak soleh Kita masih ada peluang. Yang pergi ta...

BUKTI ALLAH MENDENGAR DOA

ASSALAMUALAIKUM... Salam Jumaat penuh baraqah. Dalam kesibukan dan kepeningan aku bekerja... aku ambik sedikit masa rehat untuk taip 1 entry.. Sekarang aku sibuk dengan urusan kemasukkan pelajar-pelajar baru di tempat kerja aku. Office aku ni pun dah macam office dorang. Keluar masuk kesuka hati... tanpa dapat dihalang lagi.. gitewww... GOOGLE JE... Ok berbalik pada tajuk. Aku ada impian aku sendiri. Aku ada kemahuan kita sendiri. Aku berusaha... Aku berdoa... pagi petang siang malam.... tak cukup dengan tu,  aku bangkit mendirikan solat-solat sunat terutamanya solat hajat. Meminta Allah menunaikan kemahuan aku. Aku terus berusaha dan berdoa.... Terus-terusan.... sehingga satu masa aku rasa kenapa aku masih belum dapat apa yang aku nak? Kenapa Allah belum tunaikan??? Jangan menyalahkan Allah. Perasaan dan fikiran begitu memang normal. Normal bagi kehidupan manusia. Allah kurniakan otak ...

2 Tangan, 10 Jari

ASSALAMUALAIKUM. Fuuhh.... kesibukan bagai tsunami yang menghempas diri aku saat ini... chewah! berbunga-bunga ayat.Serius! Aku memang sibuk. Dengan program, dengan kerja hakiki... macam-macam lagi lah. Ini belum students masuk lagi, kalau dah masuk lagi tak tau laa mcm mana keadaan aku. Kerja di hujung jari. Masuk office, buka PC... tup tap tup tap tup tap... check memo, appointment segala.... Tup tap tup tap tup tap.... menaip.... Tup tap tup tap tup tap... kriiinnnggg!!!! Telefon berbunyi. Ok aku tipu, sekarang bunyi handphone tak de nak kriiinnggg kriiinnngg dah .... segala macam lagu ikut kesukaan kita kan. Tapi kriinnnnggg tu dah cukup melambangkan bunyi telefon.... ok. Bla...bla...bla.... pot pet pot pet, bercakap dgn orang di sana. Tup! Talian dimatikan. Ok ade kerja. Perlu berhubung dengan students. Ok, nak mudah, murah, cepat dan berkesan..... ok, bukak facebook. Tup tap tup tap tup tap... menaip.... Tup tap tup tup tup tap... bersoal jawab den...

Kari Daging

Assalamualaikum... Kali ni aku nak kongsi reseipi kari daging. Aku ni darah Malbari. So, memang sah-sah laa kari tu sebahagian dari rencah hidup aku... giteww.... Bahan-bahan: 1) Bawang merah dikisar 2) Bawang putih dikisar 3) Bunga lawang 4) Bunga cengkih 5) Ketumbar 6) Cili kisar 7) Rempah kari Baba's 8) Air 9) Minyak Cara-cara memasak : Masukkan minyak sampai panas. 1) Tumis bawang merah, bawang putih yang dikisar tu... 2) Tumis sekali dengan bunga lawang, cengkih, ketumbar. 3) Tunggu beberapa minit... kemudian masukkan cili kisar... kacau-kacau sikit... 4) Masukkan rempah kari Baba's..... kacau-kacau... sampai pecah minyak... 5) Masukkan air separuh periuk ke... sampai bahan-bahan tu sebati. 6) Masukkan daging.... masak sampai separuh masak.... kemudian... 7) ....masukkan kentang. tunggu smpai daging masak dan kentang empuk... Siap!

Musykil dengan 'Anonymous'

Assalamualaikum. Ada sesiapa boleh tolong terangkan apa dah berlaku kat blog aku ni? Kot-kot engkau orang pun sama pernah terkena macam aku? Tengok top entry Tajuk 'Hari Sibuk' tapi bila klik keluar kat address tajuk entry 'Rindu Dia'. Pastu, tengok kat comments, mak aii... banyak nye comment! Aku ni bukan famous pun blogging. Suam-suam kuku je. Tapi komen ni paling banyak. Tapi semua speaking ala-ala blogger dari oversea aje... ape kes?? Cuba korang tengok. Dekat entry tulis Hari Sibuk, tapi dekat address tulis Rindu Dia . Pastu korang baca laa comment2 dari Anonymous-anonymous tu.... Aku rasa pelik je. banyak pulak tu... Kenapa ini terjadi? Adakah virus menular? Tengok-tengok balik, semua komen tu tahun 2012-2013. Masa tu aku dah tak aktif blogging. Sebab tu aku tak perasan. Ada sesape boleh tolong bagitau apakah sebabnye?