Skip to main content

Posts

Cari Bahagia

Untuk mencari bahagia bebaskan hati daripada dendam dan rasa takut. Hiduplah dengan sederhana Mengharap sedikit, memberi banyak. Isi dan penuhkan harapan dengan kasih sayang. Lupakan kepentingan diri dan ingatlah orang lain. Lakukan kebaikan sesama manusia sama seperti yang kita ingin diperlakukan. Bahagia ada dalam pelbagai cara Bahagia adalah kita yang mencoraknya ..utk kita, dia, mereka dan semuanya.

MENCINTAI KETIDAKSEMPURNAANNYA

Sekali disahkan akad yang terlafaz, maka jadilah kita pasangan yang akan menempa hidup bersama... sampai bila? Tiada jawapan dari kita. Tapi yang pasti, b erusaha dan berdoalah moga ikatan perkahwinan kekal bahagia sampai ke syurga. Dalam dunia ni mana ada orang yang sempurna? Kita sendiri mahupun pasangan hidup kita... Tapi kedua-dua ketidaksempurnaan inilah yang melengkapkan satu sama lain. Belajar menerima dan mencintai kelemahan pasangan akan mudahkan urusan rumahtangga kita. Setiap hari, ucapkanlah sayang pada pasangan walau dengan apa cara sekalipun. Setiap hari, mohonlah ampun dan maaf. Setiap hari, ucapkanlah terima kasih. Kuasa ucapan sayang, maaf dan terima kasih mampu menaikan semangat, menenangkan jiwa dan meringankan segala penat lelah tugasan kita seharian. Mudahan-mudahan pasangan kita adalah jodoh kita yang kekal sampai syurga. Andai pengakhirnya bukan untuk kita, pasti hikmah Allah itu mengatasi segalanya.

MENSYUKURI ANUGERAH TUBUH YANG TERINDAH

“Sesungguhn ya telah Kami kurniakan kepadamu kenikmatan yang melimpah ruah.” Al-Kautsar : Ayat 1 Sejak mula melangkah ke alam persekolahan, kita didedahkan dengan ilmu asas ini. Pengenalan tubuh badan manusia dan fungsinya. Bila semakin dewasa, mungkin kita semakin lupa yang asas ini. Allah tidak menjadikannya dengan sia-sia. Subhanaallah…. Tak perlu tengok yang jauh di mata. Lihatlah kepada diri sendiri . Rambut, dahi, kening, mata, hidung, mulut, lidah, tangan, badan, kaki…. Syukur semua masih sihat. Aku masih mampu berdikari. Urusanku bertambah mudah dengan adanya anggota badan yang terindah ini. Kerana anugerah ini, aku masih mampu menatap wajah-wajah yang aku sayang. Masih mampu membelai tubuh yang aku kasih. Masih boleh berkongsi rasa. Andai hilang, pasti aku rasa sakit merindu. Aku bersyukur kerana semuanya masih sempurna. Punya kekuatan untuk aku berdikari dan berbakti kepada keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling. Andai hanya jasad ter...

MENSYUKURI SEGALA NIKMAT ILAHI

Google je... “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pasti akan selalu ingat kepadamu dan bersyukurlah atas nikmat-nikmat-Ku dan janganlah kamu mengingkari-Ku” Al-Baqarah : 152 Syukur masih bernafas. Syukur masih waras. Syukur masih sihat. Syukur masih ada kenangan terpahat. Syukur masih ada suami. Syukur masih melengkapi. Syukur masih ada mak & abah. Syukur masih ada tabah. Syukur masih ada kedua mertua. Syukur masih sempat menyayangi mereka. Syukur masih ada adik-adik kandung, adik kakak ipar. Syukur masih tidak berlapar. Syukur masih ada anak-beranak, saudara-mara. Syukur masih gagah ke timur, barat, selatan, utara. “Ketika Tuhanmu mengumumkan : Jika kamu bersyukur, pasti Aku tambah untukmu, jika kamu berlaku ingat, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” Surah Ibrahim:7 Syukur masih ada kerja. Syukur masih ada semangat waja. Syukur masih ada tempat berlindung. Syukur masih hujan panas berbumbung. Syukur masih ada kenderaan. Syukur masih ada kekuatan. S...

TERAWIH SEORANG AKU

....ASSALAMUALAIKUM. Biasalah bulan Ramadhan, rindu dengan tarawih... dengan laungan kalimah-kalimah indah dari bilal dan jemaah.... bergema satu masjid... seronok rasa... memang dari kecil lagi dah family dah dedahkan aku dengan solat tarawih.. bezanya dulu, pergi masjid dengan keluarga, sampai kat masjid solat satu saff dengan kawan-kawan... bila dah besar sikit, aku pergi dengan mak abah dan arwah Tok, sampai selesai solat laa, aku akan satu saff dengan mereka... pastu dah kahwin ni, pergi dengan suami laa pulak kan. .. pergi lah dengan siapa pun, tapi paling shahdu, dan paling rindu adalah pada kalimah yang dilaungkan dalam masjid tu, sepanjang tarawih berlangsung. COPY DARI BLOG AL-AZKAR Terawih 8 rakaat ke.... 20 rakaat ke buatlah ikut kemampuan kita. Ukurlah dari segi kesihatan, masa, dan apa saja. Tak kira laa di rumah, atau di surau atau di masjid. Mana yang selesa untuk kita. Tapi bagi aku, aku suka berjemaah di masjid. Seronok bila dapat solat ramai-ramai....

Air Jimmy Asmara Untuk Iftar

Alamak, dah pukul 7.00!!! Air tak siap lagi niihhh!!! Alamak, air apa pulak nak buat niii!!!

FIDYAH

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan. HUKUM FIDYAH Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin. SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH : 1. Uzur Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. 2. Peremp...