Skip to main content

Posts

Privacy; Suami & Isteri

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum w.b.t...... Sorotan daripada kisah  Suami & Isteri -Dunia Masing-masing   dalam entri sebelum ni. Atau dalam bahasa mudah, suami punya agendanya, dan isteri juga ada agendanya. Masing-masing ada agenda masing-masing. Ada minat masing-masing. Ada gaya hidup masing-masing. Ada budaya masing-masing. Ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Yang membuatkan dua kehidupan ini bersatu adalah mungkin kerana ada satu minat yang sama, atau saling toleransi, atau persediaan untuk mengembara dalam dunia pasangan masing-masing. Paling penting menerima dan menghargai antara satu sama lain. Sumber : Google Suami tak boleh paksa isteri ikut cara si suami. Isteri tak boleh paksa suami ikot cara si isteri. Ini yang selalu menjadi konflik dalam rumahtangga.  Ego kerana tidak mahu belajar dan memahami dunia pasangan masing-masing.  Betul, isteri itu perlu taat pada suami Betul, suami itu perlu membi...

25 Pengajaran dari Drama Curi-curi Cinta Astro Ria

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... Walaupun ada babak yang tidak logik, tapi tetap ada pengajaran disebalik drama Curi-curi Cinta. 1. Bahagia dan mudahnya kehidupan seorang anak adalah berkat dari doa seorang ibunya walau sebanyak mana silapnya seorang anak. ~Makcik Asmah, Abg Is & Intan 2. Keinsafan harus dimaafkan, maka kebahagiaan akan dinikmati bersama. Malah lebih akrab dari sebelumnya . ~Peggy & Intan. 3. Seorang isteri yang tidak sempurna, dididik dengan sebaiknya oleh seorang suami sehingga menjadi isteri yang terbaik. Isteri adalah dari tulang rusuk. Andai bengkok luruskanlah dengan betul caranya. Salah kaedahnya, maka patahlah ia. ~Intan & Danny 4. Seorang anak yang memendam rasa mempunyai sebab untuk tidak bersuara kerana taat, kerana takut kata2 kesat yang lahir dari lidah seorang ibu dan demi menjaga hati ibunya walau jiwanya sendiri tersiksa. ~Fariza 5. Seorang ibu yang tidak mempercayai kata anaknya, mementingkan diri ...

Bukankah suami dan isteri itu, punya dunia sendiri?

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... Esok dah raya. 1440H/2019 Dah lama jejari tak menari menaip entri. Ada rasa yang membuak-buak minta dimuntahkan segala rasa yang ada dalam hati ni. Semalam terbaca status whatsapp rakan sepejabat yang berbunyi : "Kita 9 tahun duduk sini..dia baru 11 hari nak duduk Ayer Keroh dah bising-bising! 😢 nak balik pun sebab raya, sebelum ni kita balik sendiri dengan anak-anak naik bas tak de pun nak menyusahkan dia!" "Kita dah berkobar-kobar mood nak balik raya. Dia boleh buat perangai. Potong mood betullah! 😠" "Cakap balik raya Ayer Keroh sampai raya 6 terus panas bontot!" Sumber : Google Mengimbau status whatsapp nya seminggu sebelum raya. "Baju raya dah siap packing dah 😍" "Tak sabar nak balik Ayer Keroh... dah plan macam-macam aktiviti dengan adik kakak💕💖"  "Kakak, ko tunggu aku balik, kita buat kek batik sama-sama...

SEMPAT

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Dunia ini ladang. Selagi roh mendiami jasad Selagi akal menghuni fikiran Selagi semangat melawan nafsu kemungkaran Buatlah pilihan yang tepat. Masih sempat bertaubat. Masih sempat beribadat. Terus semangat! Selagi masih ada nafas tak tersekat. Sumber dari Google

SIHIR SANA SINI #2

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... Gambar Google KELUARGA MAIMUN 4 DARA Ok, alkisahnya pasal keluarga Maimun ni. Dalam rumah Maimun ada 4 anak dara dan seorang janda anak 1 yang dijaga oleh abang nya Halim dan ayahnya Khaled. Jadi berapakah perempuan yang tinggal di rumah keluarga Maimun?? heheheh. ok bukan teka-teki, tapi nak story. Keluarga Maimun kerap diganggu makhluk ghaib. Gangguan bunyi-bunyian tu biasalah kan. Tapi  kali ini berlaku sesuatu yang luar biasa. Suatu hari, adik Maimun bernama Rogayah nak pergi kerja. Kebiasaannya dia akan sangkut kunci di penyangkutnya. Bermula cerita hari tu, kunci tu tak ada ditempatnya . Puas mereka satu keluarga cari kunci kereta tak jumpa-jumpa. Kemudian Pak Khaled bagi kunci keretanya untuk Rogayah guna. Itu penyelesaian untuk jangkamasa yang pendek. Kunci kereta Rogayah tetap perlu dicari sehingga jumpa. Masuk hari kedua, selesai solat Suboh, anak Rogayah yang bernama Aina (13 tahun) terna...

SIHIR SANA SINI #1

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... Setelah sekian lama tak berkongsi cerita di laman ini, rasa janggal laa pulak. OK, tak nak mukadimah panjang lebar. Nak cerita pasal topik di atas je ni. SIHIR SANA SINI. 2018... Malaysia Baru, dunia semakin canggih.. pendidikan semakin mencabar... berlumba-lumba mengejar pembangunan negara dan diri sendiri. Tapi isu sihir menyihir ni masih di takuk lama. Kenapa mentaliti dan hati manusia masih tak boleh berubah? Kenapa mahu menghancurkan hidup orang lain? Tidak takotkah pada kifarah atas dosa-dosa syirik ini? Terlupakah mereka yang punya keluarga, punya pasangan, anak-anak, cucu-cucu... sama seperti orang lain? Ini bukan cerita pasal aku, tapi cerita ini berlaku disekelilingku. Allahu Robbi.... Dari Google Janda atau Anak Dara Anak dara ini namanya Nelly (Bukan  nama sebenar). Masih belajar. Nelly seorang yang sangat aktif, bersemangat waja dan sentiasa mengisi masa lapangnya dengan aktiviti berfaeda...

KANSER KOLOREKTAL

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum w.b.t...... Waktu nak pergi kerja, ada terdengar segmen kesihatan dalam radio IKIM.FM  mengenai kanser kolon... sebelum ni tak pernah ambil tahu pun. Tapi semalam terasa perjalanan pergi kerja tu macam lama je, so, sambil drive sambil menuntut ilmu pasal kanser kolon.  Panel yang diundang tu, Ybhg. Datuk Dr. Ismail Sagap - Pakar Pembedahan Kolorektar . Jap nak google gambar dia. heheh... Ni haa orangnya... boleh Google insan hebat ni. Antara artikel yang menarik perhatian aku adalah  Improved safety in high-tech surgery  dan  Rakyat Malaysia terima anugerah di Scotland Baru aku tahu rupanya kanser kolon di Malaysia ni merupakan penyakit No.1 yang dihidapi oleh kaum lelaki. Manakala kaum perempuan lebih terkenal dengan kanser payudara. Namun, jangan seronok sangat, sebab kanser kolon merupakan kanser kedua terbesar selepas kanser payudara. Allahu Robbi.... Simptom dia paling ketara ...