Skip to main content

Posts

Serbuk Halia Gunung Memang Dipercayai Mustajab!

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  SS memang selalu juga kena sebu perut dan angin tak lepas keluar dari badan. Zaman muda remaja dulu memang pernah kena gastrik. Tapi bila dah tua dewasa ni, Alhamdulillah  gastrik  jarang-jarang muncul. Cuma masalah angin sahaja. Pernah juga pergi berurut, tapi memang susah betul angin ni nak keluar dari badan. Kadang-kadang sampai naik ke kepala. Dah laa badan rasa tak selesa, diserang pula sakit kepala. Pedih ulu hati pun kerap juga kena. Entahlah angin apa yang menular dalam badan SS ni. Ada yang mengalami situasi yang sama dengan SS tak?.

Servis & Perkhidmatan Optometris Terbaik Hanya di Optom Eyecare Bangi

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Teringat waktu PKP dulu, bekerja dari rumah dengan mengadap laptop terlalu lama. Sedar-sedar, mata pun semakin kabur. Cermin mata yang sedia ada pun mula gagal menjelaskan objek yang jauh. Memang dah sampai masa perlu tukar cermin mata. Tapi disebaban Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) makanya SS sangat paranoid untuk keluar rumah pergi beli keperluan. Sedangkan barang dapur pun SS contact runner. Kemudian, bab cermin mata ni, terfikir juga untuk beli secara dalam talian, tapi SS tak berani juga. Risau kalau-kalau dah siap beli, sampai, nanti tak berkenan atau tak sesuai dengan muka. Sehinggalah SS jumpa Optom Eyecare Bangi. Dikesempatan ini, SS nak kongsikan kenapa Optom Eyecare Bangi menjadi pilihan hati SS.

TTC's Story #26 : Rutin Tiga Jenis Makanan Sunnah

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Salah satu cara lagi yang aku amalkan sejak tahun 2016 adalah pemakanan Sunnah pati delima, kurma dan susu kambing. Walaupun aku bukan peminat kurma, tapi ku gagahi jua.  

King MYVI Masalah Gearbox

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum.... Apa kes kena tunda King Myvi Ozzy ni? Ini lah kereta banyak berjasa bawa SS kehulu kehilir. Merata-merata pusing Malaysia dah ni. Pernah satu ketika, ketika musim banjir, SS dalam perjalanan dari pejabat pulang ke rumah. SS melalui satu jalan yang dinaiki air. Tidak terfikir jalan itu akan naik air. Punyalah kecut perut SS nak redah air banjir, nak patah balik dah tak boleh. Kereta dan panjang kat belakang. Kereta depan pun nampaknya tawakal redah air. SS pula seorang diri dalam kereta. Memang cuak dan panik. "Eh, aku kan bawa King ni...." . Terlupa pula yang SS sedang memandu King. Bila terfikir pasal ni, automatik rasa berani terus terserap dalam diri. Akhirnya SS redah juga. Waktu ni terngiang-ngiang kata-kata suami. "Kalau redah air, jangan berhenti, teruskan saja." Alhamdulillah, selamat juga. Tapi ini cuma satu cerita perkongsian kenangan. Jadi, apa yang menyebabkan King Myvi ditunda ni? 

Penuhkan Saf Yang Lopong

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum. Syukur sangat keadaan sekarang dah boleh solat berjemaah rapat-rapat, walaupun hanya sejadah yang dirapatkan. Tetap keadaan saf lebih baik berbanding tahun lalu yang solat pun  selang-selang lopong. 

Yee Mee Ala Sizzling Menggunakan Kuali (Pan)

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Biasalah ada masa tekak ni teringin nak makan ini lah, itu lah. Kali ni terasa macam dah lama tak keluar makan yee mee sizzling . Kalau kat sini, SS selalu pergi food court di Giant, Kuantan. Di situ sizzling  terbaik di Kuantan sejak zaman SS sekolah lagi. Tapi tak pasti sekarang ni masih orang yang sama atau tak, masih ada lagi atau tak. Dah lama sangat tak pergi Giant Kuantan tu. Sejak covid ni semakin tak berani nak keluar suka-suka hati sangat. Akhirnya, keinginan ini direalisasikan dengan masak sendiri di rumah. Walaupun bukan mendesis ( sizzling) , tapi asalkan ada rasa pun dah cukup baik buat pelepas hajat. SS macam biasalah, masak suka simple as well . Jadi sajalah SS nak kongsikan resepi cara SS. Semoga bermanfaat.

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.