BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM Kalau dah jodoh, tidak kemana. Sebuah percaturan Allah yang indah. Alkisah Sabtu lepas SS bertugas di Balok, Kuantan. 10 minit keluar dari rumah, suami menelefon SS bagitau yang SS tertinggal kunci rumah. Suami tak boleh nak hantar kerana dia pun bertugas luar kawasan. Nak patah balik, risau terlambat sampai. Jauh lagi perjalanan SS dari Pekan ke Balok.
Bismilahirrahmanirrahim Assalamualaikum. Ini serius. SS memang penakut dengan kucing. Sekali dia datang, sekali tu jugak SS rasa nak melompat. Tapi kalau boleh cover tu, SS cover la kan. Tak laa orang nampak sangat. Nanti nampak mengada-ngada sangat SS ni heheheh..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM.... Buat pertama kali jumpa dengan rakan blogger daripada KELAB BLOGGER BEN ASHAARI . Biasanya kita borak-borak dalam whatsapp saja. Alhamdulillah. Dengan izin Allah dapat juga bersemuka. UN datang Kuantan. Kebetulan SS cuti hari tu, jadi syukur sangat Allah permudah pertemuan kami. Ingat kan jumpa seminit dua saja, rupanya siap pusing Kuantan lagi kami. Bila kenal UN ni tak rasa janggal pun. Betul, macam dah 10 tahun kenal. Seronok. Siap tawaf tempat sama 4kali. UN pun mungkin sampai dah boleh hafal jalan. 🤠Banyak pula kedai yang nak pergi tu, tutup hari Isnin. Terima kasih Ben Ashaari dan KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang menjadi punca perkenalan dan pertemuan ini. Baru sorang jumpa ni. Belum berpuluh-puluh ahli lagi.
Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Dalam hidup ini sentiasa ada pilihan. Baik atau buruk, kurang atau lebih, banyak atau sedikit, hitam atau putih... Kadang-kadang memilih dua jalan itu, lebih sukar . Melepaskan atau terus pertahankan? Otak dan hati terkadang tidak sehaluan. Bertingkah hujah, berperang , bersaingan. Memujuk lembut dan bicara tegas berdebat bergiliran.