Skip to main content

Posts

Menatarias Penari Persembahan Pentas

Tatarias persembahan pentas tak sama dengan tatarias ( make-up ) harian.  Menatarias penari juga salah satu tugas SS. Pengalaman yang tak dapat SS lupakan, SS pernah mendapat 21 orang penari perempuan (pelajar) yang tak ada pengalaman stage make-up , dan memang nak patah pinggang SS dibuatnya. Serik! 

Kekurangan Menempah Kejayaan

Sesi latihan teater Ini lah salah satu gambaran belakang tabir yang transparent dalam sebuah pementasan teater. Yang dipertonton adalah yang di pentas atau di bahagian hadapan iaitu yang kemas dan telah dirancang rapi setiap aksi dan tutur bicaranya. Tetapi, yang huru-hara dibelakang tabir, yang jatuh, yang tertonggeng, yang tersadung semuanya hanya mereka saja yang tahu. Tidak diperlihatkan kepada khalayak kerana tidak ada siapa nak ambil tahu keadaan susah payah itu. Semua orang nak tahu dan tengok hanyalah sebuah sajian yang indah.  Rindu vibes macam ni, sejak 2012; bila malam menjelma, team kebudayaan mahasiswa buat latihan di setiap ruang legar Pusat Aktiviti Pelajar. Waktu tu, meriah dengan team band (bilik aktiviti), team tari (tengah -tengah ruang legar), team nyanyi (wing kanan), team nasyid (di tangga), team silat (wing kiri) dan team teater (kawasan tangga). Kami memang tak ada tempat khusus untuk latihan. Rupanya sehingga ke hari ini masih begini. Banyak kali juga peng...

Kafe Belibis Menang Pemandangan

Cuti sekolah kan, SS dah tak tahu nak bawa Nana (anak saudara SS) ke mana lagi dah. Petang tu Nana kata nak pergi makan-makan. Lagilah mati kutu SS nak bawa. Biasa laa perempuan, itu soalan cepu emas paling susah di dunia nak jawab. Hahaha…  Jadi pusing-pusing bandar Pekan, tak fikir panjang terus ke Kafe Belibis by Icah Catering yang viral kafe dalam keretapi. Sebelum ni SS biasa pergi pagi saja. Juadah makanan dan minuman tradisional Melayu Pahang. Laksa Pahang, Opor Daging, Nasi Impit, kuih-muih dan macam-macam lagi. Terkadang yang jadi berat kaki nak pergi sini sebab sistem kedai ni tak mesra. 😅😅 Layan diri tapi tak sistematik. Pelanggan akan ulang-alik, ulang-alik banyak kali. Dah laa kedai panjang. 😅 Tapi kali ni singgah la lagi setelah sekian lama tak pergi. Mana laaa tahu kalau-kalau ada improvement better than before kan. Tapi kali ni pertama kali laa singgah waktu petang. Alhamdulillah rezeki dapat parking. Area sini mmg susah sgt nak dapat petak parking. Ada juga yan...

Mencari Diri Yang Hilang

Dalam kekalutan dan kesibukan mencari diri, kerja dan rutin harian menjadikan diri ini agak 'hilang diri'.  Tak tahu apa yang berlaku kepada diri sendiri. Terasa hilang sesuatu.  Dari pagi rasa nak makan,  tapi tak makan-makan tak tahu nak makan apa, tak tahu nak makan kat mana, tak tahu nak masak apa, Sampailah habis waktu rehat. Balik rumah, Fikir pula untuk makan malam. Pujuk-pujuk diri sendiri Tetap tiada jawapan. Pusing-pusing kawasan... Ke Kampung dan ke Bandar  Masih tiada jawapan diri Maknanya hari berlalu dengan rasa kosong. Semangat diri yang hilang entah ke mana. Banyak kali juga SS jadi macam ni. Adakah kerana SS stress? Atau burn out? SS tak faham dengan diri sendiri. Sebagai manusia, adakah ini normal?  Salah satu aktiviti memenuhi diri yang kosong menghadiri ceramah Ustaz Wadi. 

Melbourne Guidelines : Exploring Melbourne's Cultural Riches and Culinary Delights

Melbourne Guidelines: Exploring Melbourne's Cultural Riches and Culinary Delights Melbourne  is a city that beckons  travelers  worldwide with its dynamic cultural scene, sumptuous cuisines, vibrant art and music festivals, and charming mix of contemporary and historical landmarks.  For Malaysians, embarking on a  flight from Kuala Lumpur to Melbourne  is a journey that promises a wealth of experiences. Moreover, the city's reputation as the cultural hub of Australia, its thriving art and music festivals, and its world-class sporting events present Malaysians with an array of experiences bound to leave a lasting impression.  Melbourne's architectural charm, sporting spirit, and multicultural essence make it a destination that resonates deeply with the hearts and souls of Malaysian  travelers . Cultural Experiences in Melbourne With its thriving cultural scene, Melbourne offers many opportunities to immerse yourself in unique cultural experie...

Al'Ard Palestine Premium Organic Extra Virgin Olive Oil Produk Berkualiti, Pilihan Terbaik.

Sejak menyedari betapa pentingnya harga sebuah kesihatan, minyak zaitun telah menjadi salah satu bahan yang tidak asing lagi dalam hidup SS. Terdapat terlalu banyak khasiat dalam kandungan minyak zaitun. Jadi, SS banyak menggunakannya dalam makanan dan masakan terutamanya. SS pasti ramai yang telah mengenalpasti pelbagai jenis minyak zaitun dan pelbagai jenama di pasaran serta kegunaanya dalam kehidupan. 

Boling Cara Amatur Melegakan Tekanan dan Seimbangkan Emosi.

Sebenarnya lama betul tak main boling. Rasa-rasa dalam lima ke enam tahun juga agaknya. Tanpa latihan, tiba-tiba saja wakil jabatan.  Cuma main baling-baling saja. SS memang tak pernah belajar teknik memboling pun. Cuma nak raikan kawan-kawan saja ni.  Posing dulu sebelum main.