Skip to main content

Posts

Kunang-kunang Mabuk

Assalamualaikum... Mai nak cerita skit ni... Semalam, waktu Cik Semut dah bersiap-siap nak tidur... Dah kemas tilam semua... Otak dah free dari semua kerja-kerja, Cik Semut pun..... ...tutup lampu, ...terus merebahkan diri atas tilam, ...tarik selimut ...terus pejam mata! Tetiba telinga terdengar bunyi sesuatu... Cepat-cepat angkat kelopak mata. Meliar anak mata memerhati sekeliling dalam kegelapan tu.. Tiba-tiba ternampak 3 cahaya kecil berterbangan .... Cahaya itu bewarna kuning.... Berkelip-kelip... Laaaaaaa.....Tinkerbell rupanya. Apa yang dorang bertiga tu buat kat dalam bilik Cik Semut ni... Heheeee..... Nak kawan dengan Cik Semut ye.. tapi dah malam laa, Cik Semut kena tidur. Esok nak kerja. Saja panggil Thinker Bell, comey skit. ehheheh Cik Semut harap tak bahaya lah. Tapi buat Cik Semut tersenyum... Tak pernah lagi seumur hidup ada kelip-kelip bermain-main dalam bilik Cik Semut ni. Masa kecik-kecik dulu memang suka tengok...

Jom Kawan!

Assalamualaikum.. Hari ni agak sibuk. Tak dapat nak menaip panjang lebar... Tak dapat nak blogwalking or running or jumping.... nggeeeeeeeehhhhh cuma nak promote skit la, siapa-siapa yang sudi berkawan dengan Cik Semut, atau ada info-info terkini yang nak sharing .... boleh saja klik di sini...  Blog Semut Senyum. Baru je berjinak-jinak di sini... Moga ukhwah yang terjalin diberkatiNYA. Amin...

...kerana RM 500.00

  Sumber Google .....satu pagi .....di warung .....sebuah kampung Aku duduk di penjuru sudut mengadap jalan tar, melihat kereta-kereta yang lalu lalang di jalan kecil itu. Sementara menunggu minuman dan makanan sampai, aku memerhati keadaan sekeliling. Terdengar perbualan pakcik-pakcik di sebelah meja. Ku kira perbualan antara seorang nelayan dan pemandu bas.   Sumber Google Sumber Google Pakcik Ali ( bukan nama sebenar ) bercerita mengenai bot, laut, ikan-ikan... Pahit maung di laut melawan ombak. Hasil tangkapan tidak menentu. Lauk pauk sama setiap hari.. Pakcik Abu ( bukan nama sebenar ) bercerita mengenai bas, tempat-tempat, penumpang bas... Kemalangan di jalan raya. Tinggalkan keluarga berhari-hari. Keluar awal pagi, pulang lewat malam... Cuma yang sama antara mereka, kedua-duanya berwajah ceria. Penuh senyuman. Bersembang mengenai RM500.00 bantuan kerajaan tempoh hari, macam-macam yang mereka beli untuk anak-ana...

Cantiknya Lelaki & Gagahnya Wanita

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal yang kemas dan bersih tetapi juga kepada murni rohaninya. Lelaki yang cantik adalah : # Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan # Lelaki yang sedia menerima segala terguran # Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun # Lelaki yang tenang dan lapang dada # Lelaki yang baik sangka # Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.   Kegagahan seorang wanita bukan kepada  pejal otot badannya tetapi pada kekuatan perasaannya. Perempuan yang gagah adalah : # Perempuan yang gagah menerima sebuah kehilangan # Perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan # Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan # Perempuan yang tidak meminta-minta untuk dipenuhi segala keinginannya Kegagahan perempuan berdiri di atas keteguhan iman. Seluruh kegagahan y...

Cerita Cinta Pandang Pertama (2C2P) Part 2

.......yang belum mengetahui jalan cerita dari awal boleh lawat ke sini >>>  2C2P Kami berkenalan dan berkawan dalam tempoh setahun... Rasanya cukup untuk mengenal hati, budi, perasaan, pemikiran dan tingkah laku Mamat. Dia, Prince Charming aku. Sejak dari pandangan pertama kami. Dia miliki segala ciri-ciri yang aku nak... Subhanallah... jarang kita dapat orang yang kita suka, pun sama suka kat kita. Sama-sama suka kerana pandang pertama. Cinta. Kesudahannya... Hati ini milik DIA. Maha Pencipta. Tuhan Semesta Alam. DIA telah menggerakkan hati ini bertaut pada anugerah ciptaanNYA. DIA juga yang telah menjauhkan hati ini daripada ciptaanNYA yang sempurna itu. Mamat meluahkan rasanya. Ingin menghantar pinangan untuk melamar aku. Tapi setelah aku memperhambakan diri menghadap Ilahi melalui Istiqarah. Menyerahkan seluruh isi hati dan jiwa kepada NYA, ternyata Mamat belum menghuni rumah hati ku. Allah lebih tahu.Kata orang, tak kenal maka...

Cerita Cinta Pandang Pertama (2C2P)

(Banyak backgroud music dalam entry kali ni. Korang WAJIB dengar bagi menghasilkan mood ketika membaca entri ini.. Imaginasi juga harus tinggi. Terima kasih.) .........kaki melangkah masuk ke dalam dewan yang sedia dihuni para peserta dari seluruh pelosok negeri. Aku lambat. Flight delay satu jam. Tapi nasib baik masih sempat mendengar taklimat malam itu. Aku mendapatkan tempat duduk di barisan belakang sekali. Kerana fizikal aku yang begitu kecil, memang tak nampak apa yang terbentang di depan mata. Sekarang menggunakan deria pendengaran mengamati bait-bait ucapan dalam majlis taklimat itu. Sedang aku menulis point-point penting dari taklimat itu...aku terpandang seorang pemuda yang tidak jauh dari aku. Dia pun turut memandang aku... "zzzzrrrr....zzzzrrrr..." Pandangan pertama bertaut. Dunia terhenti seketika. Hanya bunyi degupan jantung sendiri yang terdengar kian kencang. Spotlight               ...

Kisah Coke & Maggi

Assalamualaikum Sudah lama tak update blog.  7 hari Cik Semut ke negeri Terengganu. Jadi Fasilitator untuk Kursus Jurulatih Seni Budaya Negara. Alhamdulillah semuanya dah selesai dengan jayanya. Seronok berada di bumi Darul Iman itu. Lain entry la Cik Semut cerita pasal tu ye. Ada kisah yang lebih penting Cik Semut nak kongsi dengan korang. Coke & Maggi al-kisahnye... Ini cerita sebenar yang diceritakan oleh seorang cikgu Cik Semut. Bukan untuk mengaibkan keluarga beliau tapi sebagai ikhtibar untuk kita semua. Lagipun korang tak kenal siapa cikgu Cik Semut tu kan... Curi dari fadily Kisahnya macam ni. Kamarul (bukan nama sebenar) merupakan seorang anak muda yang sangat kacak rupanya. Seorang anak bongsu berusia 21tahun yang sangat bijak dan menjadi harapan keluarga. Suatu hari berlaku salah faham diantara Kamarul dengan ibunya yang menyebabkan Kamarul merajuk. Tapi rajuknya lama hingga 7hari dia tidak keluar dari biliknya.  I...