Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Google 2015 - Sekali lagi aku menemui bidan yang sama bagi ikhtiar secara urutan. Menggamit cerita 2013 waktu pertama kali jumpa Bidan Tok Cha. Boleh klik ceritanya di SINI dan Suspect Pregnant I di SINI. Kenapa 2 tahun baru aku jumpa bidan balik? Aku memang cerewet pilih bidan, risau dapat bidan yang bukan-bukan. Tambahan pula waktu tu Tok Cha tak ada di rumah, hampir setahun kerana menjaga cucunya dalam pantang di Kuala Lumpur. Lagipun, Tok Cha dah terlalu tua, aku macam tak sampai hati nak suruh Tok Cha urut walaupun kemahiran Tok Cha mengurut masih berbisa. Otai kan.