Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

DEKON

Segala pengurusan tentang Dekon telah aku setelkan.. tinggal students aku saja yang gigih berlatih.  Insyaallah esok malam aku akan bertolak ke LCCT. Kemudian akan terbang ke Negeri Dibawah Bayu...bersama student aku. Apa tu Dekon? Dekon =  Deklamasi Lakon. Ia diilhamkan oleh Sasterawan Negara kita Dato' A. Samad Said menerusi penulisan novel Lazri Meon. Darimana munculnya ideo untuk membuat 'dekon'? Ok. Sewaktu A.Samad Said diminta untuk memberi ceramah tentang novel terbarunya yang bertajuk Daerah Zeni, A.Samad Said asyik berfikir macam mana caranya supaya khalayak menikmati karya-karya ciptaannya. Menurut A.Samad Said (Lazri Meon, 1992:vii); ".....jalan terbaiknya ialah dengan saya membantu mereka menghayati novel ini secara lebih akrab lagi melalui dekon........dengan dekon, saya sendiri dapat menyampaikan semangat dan intisari kehidupan Daerah Zeni melalui deklamasi dan lakon-cara saya". Menurut A.Samad Said, bukan pelakon teater saj

Jangan Pernah Mengalah.

Hari-hari aku kerja. Pagi petang siang malam kerja. Kadang tak punya masa utk diri sendiri apatah lagi untuk keluarga. Lagi jauh untuk kawan-kawan. Mengeluh mcm mana pun tak akan dapat meringankan beban aku. Mengadu mcm mana pun tak kan dapat selesaikan kerja-kerja aku. Kerja itu tanggungjawab. Amanah yang telah diberikan kepada kita walau seteruk mana pun rupa kerja itu. Terimalah dengan hati yang terbuka. Sesusah mana pun ia, berusahalah sebaiknya. Agar apa yang kita kerjakan diberkati. Kerja itukan ibadah juga. Kerja, Walau macam mana rintangan mendatang pun, janganlah tewas. Teruskan berfikir untuk menyelesaikan. Berusahalah hingga akhirnya. Pasti akan membuahkan jaya. Masih ramai mencari kerja. Bersyukurlah kerana masih ada kerja. Rezeki hari ini adalah daripada Nya. Bukan susah mau susah. Bukan senang mau senang. Jangan fikir cepat mau kaya. Tetapkan hati mau barakah. Kerjalah kerana Allah. kerana rezeki itu menj

SSn1