Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024

Menatarias Penari Persembahan Pentas

Tatarias persembahan pentas tak sama dengan tatarias ( make-up ) harian.  Menatarias penari juga salah satu tugas SS. Pengalaman yang tak dapat SS lupakan, SS pernah mendapat 21 orang penari perempuan (pelajar) yang tak ada pengalaman stage make-up , dan memang nak patah pinggang SS dibuatnya. Serik! 

Kekurangan Menempah Kejayaan

Sesi latihan teater Ini lah salah satu gambaran belakang tabir yang transparent dalam sebuah pementasan teater. Yang dipertonton adalah yang di pentas atau di bahagian hadapan iaitu yang kemas dan telah dirancang rapi setiap aksi dan tutur bicaranya. Tetapi, yang huru-hara dibelakang tabir, yang jatuh, yang tertonggeng, yang tersadung semuanya hanya mereka saja yang tahu. Tidak diperlihatkan kepada khalayak kerana tidak ada siapa nak ambil tahu keadaan susah payah itu. Semua orang nak tahu dan tengok hanyalah sebuah sajian yang indah.  Rindu vibes macam ni, sejak 2012; bila malam menjelma, team kebudayaan mahasiswa buat latihan di setiap ruang legar Pusat Aktiviti Pelajar. Waktu tu, meriah dengan team band (bilik aktiviti), team tari (tengah -tengah ruang legar), team nyanyi (wing kanan), team nasyid (di tangga), team silat (wing kiri) dan team teater (kawasan tangga). Kami memang tak ada tempat khusus untuk latihan. Rupanya sehingga ke hari ini masih begini. Banyak kali juga pengalam

SSn1