Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Blogger

JIHAD EKONOMI PALESTIN BERSAMA AL'ARD

JIHAD EKONOMI PALESTIN Jihad berasal dari perkataan Arab ‘jahada’ bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah dalam perbagai cara. Jihad juga bermaksud penentangan terhadap anasir-anasir yang ingin merosakkan negara. Selain itu, peperangan suci melawan orang kafir kerana mempertahankan agama Islam juga adalah jihad. Gabungan definisi ini jelas bahawa jihad itu adalah sebuah kecekalan perjuangan menegakkan perkara yang benar bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T. Kita semua sedia maklum peperangan di bumi Palestin. Selain jihad memboikot produk-produk zionis, kita juga boleh memperkukuhkan ekonomi Palestin melalui produk-produk keluaran bumi anbiya’ (para nabi) itu. Ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial umat Islam untuk membantu sesama Muslim. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang banyak harta adalah orang-orang yang sedikit (kebaikannya) pada hari kiamat kecuali orang yang diberi harta oleh Allah lalu di...

Pertama Kali Jumpa Rakan Blogger UmmiNani

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM.... Buat pertama kali jumpa dengan rakan blogger daripada KELAB BLOGGER BEN ASHAARI . Biasanya kita borak-borak dalam whatsapp saja. Alhamdulillah. Dengan izin Allah dapat juga bersemuka. UN datang Kuantan. Kebetulan SS cuti hari tu, jadi syukur sangat Allah permudah pertemuan kami. Ingat kan jumpa seminit dua saja, rupanya siap pusing Kuantan lagi kami. Bila kenal UN ni tak rasa janggal pun. Betul, macam dah 10 tahun kenal. Seronok. Siap tawaf tempat sama 4kali. UN pun mungkin sampai dah boleh hafal jalan. 🤭 Banyak pula kedai yang nak pergi tu, tutup hari Isnin.  Terima kasih Ben Ashaari dan KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang menjadi punca perkenalan dan pertemuan ini. Baru sorang jumpa ni. Belum berpuluh-puluh ahli lagi. 

Serbuk Halia Gunung Memang Dipercayai Mustajab!

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  SS memang selalu juga kena sebu perut dan angin tak lepas keluar dari badan. Zaman muda remaja dulu memang pernah kena gastrik. Tapi bila dah tua dewasa ni, Alhamdulillah  gastrik  jarang-jarang muncul. Cuma masalah angin sahaja. Pernah juga pergi berurut, tapi memang susah betul angin ni nak keluar dari badan. Kadang-kadang sampai naik ke kepala. Dah laa badan rasa tak selesa, diserang pula sakit kepala. Pedih ulu hati pun kerap juga kena. Entahlah angin apa yang menular dalam badan SS ni. Ada yang mengalami situasi yang sama dengan SS tak?.

Servis & Perkhidmatan Optometris Terbaik Hanya di Optom Eyecare Bangi

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Teringat waktu PKP dulu, bekerja dari rumah dengan mengadap laptop terlalu lama. Sedar-sedar, mata pun semakin kabur. Cermin mata yang sedia ada pun mula gagal menjelaskan objek yang jauh. Memang dah sampai masa perlu tukar cermin mata. Tapi disebaban Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) makanya SS sangat paranoid untuk keluar rumah pergi beli keperluan. Sedangkan barang dapur pun SS contact runner. Kemudian, bab cermin mata ni, terfikir juga untuk beli secara dalam talian, tapi SS tak berani juga. Risau kalau-kalau dah siap beli, sampai, nanti tak berkenan atau tak sesuai dengan muka. Sehinggalah SS jumpa Optom Eyecare Bangi. Dikesempatan ini, SS nak kongsikan kenapa Optom Eyecare Bangi menjadi pilihan hati SS.

Kesan Penggunaan Gajet Terhadap Mata dan Penglihatan

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Sejak asyik mengadap telefon dan komputer, kerap juga SS cari info-info tentang kesihatan mata. SS memang ada rabun jauh dan silau. Sekali-sekala kerap juga dapat sakit kepala dan pedih-pedih mata. Risau juga. Mata itu, salah satu pancaindera kita yang paling berharga. Tak boleh bayangkan hidup tanpa penglihatan. Allahu. Ada kesempatan tempoh hari, sempatlah SS sertai satu program dalam talian oleh Bahagian Pembangunan Usahawan MARA yand dikendalikan oleh BizNetwork - Platform Pemasaran & Jualan. Baru SS tahu, rupanya ada platform macam ni dalam negara kita. 

Tips Penjagaan Mata Kanak-kanak Tanpa Meninggalkan Gajet.

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Anak-anak dengan gajet memang tak boleh dipertikaikan. Tak boleh nak banding dengan keadaan kita seusia mereka dahulu. Semuanya pantas seiringi peralihan zaman ke zaman. Tapi, sebagai ibu bapa memang ini salah satu cabaran yang perlu kita hadapi setiap hari supaya kesihatan mata dan mental anak-anak terjaga tanpa mengabaikan teknologi terkini.

Cermin Mata Unik Hanya di Optom Eyecare

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... Waaahhh... kotak keriangan dah sampai. Nampak kan, betapa eksklusifnya. Mula-mula terima kotak ni, dah rasa berbunga-bunga dalam hati. Sungguh teruja dibuatnya. 

Isterisihat Cetus Rumahtangga Bahagia

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  WANITA NADI RUMAHTANGGA. Wanita merupakan makhluk terindah ciptaan Allah S.W.T, sehingga terdapat surah An-Nissa satu-satunya surah yang menceritakan keseluruhan perihal wanita dalam Al-Quran. Wanita, seorang isteri, ibu, kakak, adik, anak semuanya merupakan hiasan dunia. Boleh bayangkan dunia tanpa wanita? Apa jadi agaknya?. Biasa kita dengar ayat;  “disebalik kejayaan lelaki berdirinya seorang wanita”,  “disebalik kejayaan seorang anak ada doa seorang ibu – doa ibu yang tiada hijabnya”. 

10 Fakta Gel Pembersih Wajah Tanah Liat Azyma Care

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Memang dah lama jatuh cinta dengan produk-produk Azyma Care. Biasanya pakai Body Wash sahaja, tapi apabila mereka keluarkan pencuci muka, memang tak lepaskan peluang untuk membuat tempahan. Dah pakai sebulan yang lalu. Kali ni, sekali lagi repeat order . 🤗 

Gel Pembersih Wajah Tanah Liat Azyma Care Bebas Sabun dengan Kebaikan Royal Jelly dan Propolis Lebah

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Terkejut dengan berita status terkini Covid-19 hari ini telah melebihi angka 20 ribu. Allahu. Terdiam dibuatnya. Hanya Allah yang tahu rahsia disebalik semua yang berlaku ni dan kita, teruslah berusaha untuk jauh dari virus Covid-19. SS e nggan mengulas lebih lanjut mengenai covid-19 yang akan menjadikan kita semakin tertekan dengan melihat angka semakin melonjak dan macam-macam kejadian dalam negara. Adalah lebih baik SS review satu produk buatan Malaysia yang berkualiti dan bagus untuk kulit wajah daripada Azyma Care.

Azyma Clay Body Wash Terbaik Untuk Kulit Kering dan Sensitif

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Dah lama sebenarnya nak beli sabun Azyma ni. Dah lama usha maklumbalas yang positif dari pengguna-pengguna Azyma. Tertarik sebab sabun Azyma adalah gel mandian tanah liat Kaolin, ada ekstrak aloe vera dan timun. Ketiga bahan utama ni amat sesuai untuk kulit kering dan sensitif. Yang penting wangi dan halal. Biasa pakai produk clay ni kat spa je. Dah PKP ni spa kt rumah sajalah. Sekarang pula cuaca panas, duk rumah pun macam dalam sauna. Paling best lepas pakai sabun Azyma ni rasa selesa, yakin dan bersih-sebersihnya!.  

Pengalaman Pertama Menggunakan Aplikasi F&N Life & Unboxing Package!

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Tengok kawan-kawan blogger semua pakat-pakat order online air kegemaran ni, apa lagi, untuk pertama kali SS pun turut sama terpengaruh untuk membuat pembelian secara online menggunakan aplikasi F&N Life. Yaa Allah, Yaa Rabbi, Yaa Kariimmm... Senang sangat rupanya. Dah laa tu, cepat, pantas dan efisyen!. Patutlah ramai yang guna aplikasi ni, bila barang dah sampai, semua ceria je... Meh, SS ceritakan macam mana nak guna applikasi tu.

Help Me, Please.

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... I'm back! Setelah sekian lama mengintai waktu untuk menaip entri. Rasanya lepas ni kena set kt handphone laa. Boleh taip di mana saja berada. Sebenarnya banyak cerita untuk dikongsikan bersama tetapi kekangan waktu untuk meluangkan masa dengan laptop.  Satu saja permintaan ku dalam entri kali ini, boleh tak share macam mana kaedah rakan-rakan blogger sekalian menguruskan waktu untuk meluangkan masa bersama blog kesayangan masing-masing? Google Malam ni aku nak terjah blog rakan-rakan yang dah lama aku tak ziarah...  Terima kasih meluangkan masa di blog ini. "Ziarah-menziarah mengeratkan silaturrahim."

Thank You Cik Miela

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Sumber : Google Entri ini merupakan pos penghargaan kepada Cik Miela   kerana telah memilih SS sebagai salah seorang yang terpilih sebagai bloglist beliau setelah menyertai segmen bloglist yang dianjurkannya. SS tak sangka akan terpilih setelah berhempas-pulas dengan masalah entri hilang hari tu. Apa pun, SS harap semangat blogging ini berterusan. SS sendiri pun banyak nak kena belajar pasal dunia blog ni. Walau pun dah lama ada blog, tapi SS tetap tak berapa pandai. Nak belajar pun terkial-kial satu dua perkara.   Terima kasih meluangkan masa di blog ini. "Semoga semangat menulis blog dan ukhwah berterusan."

Birthday Giveaway Anisa Anuar Official Blog

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Birthday Giveaway Anisa Anuar Official Blog Haa biasanya SS join segmen. Tapi kali ni SS di- tag oleh Radhia Razali  . Terima kasih Radhia Razali. Makanya SS sangat berbesar hati untuk menyertai Giveaway (GA) ni. Memandangkan entri kali ini adalah Birthday Giveaway, jadi, dikesempatan ini, teristimewa untuk Anisa Anuar SS nak ucapkan Happy Belated Birthday. Doa SS, semoga Allah permudahkan perjalanan hidup Anisa Anuar, dilimpahkan rezeki seluas lautan dan diberkati umurnya. Aamiin.  Sumber : Google Bagi menyokong dan memeriahkan Giveaway ini, dengan sukahatinya SS ingin tag 3 sahabat blogger SS iaitu : NA,   Silah Hassy,   Sunah Sakura. Sebenarnya bila SS terjah blog Anisa Anuar tu, teruja juga pasal produk NIQA tu. Macam dalam gambar di atas tu. Instant Stain Remover For Fabric. Sejujurnya SS tak pernah dengar pasal produk ni. Tapi tengok pada rupa bentuk yang s...

Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Entahlah apa nasib SS hari ni. Ni kali ke-4 SS taip entri ni. Entri mula-mula SS taip, bukan main panjang lagi. Waktu itulah idea datang mencurah-curah. Kemudian, bila SS publish , tiba-tiba entri hilang. Yang ada tajuk entri sahaja. Ok, Mungkin SS terpadam. Kemudian SS buat entri ke-2, pun masih panjang. Pun, lepas publish , entri hilang. Tak tahu apa masalah. Mungkin salah tekan setting , tapi tak ada pula tekan apa yang pelik-pelik. Atau ada gangguan internet?. Masa ni dah rasa frust. Hampir tunjuk perasaan tak nak masak dah. Ok, ini melampau.   Rasa nak marah akibat kecuaian sendiri. Tapi nak marah pun tak bersebab juga. Tak tahu apa punca. Taip pulak entri ke-3, tapi dah tak sepanjang tadi. Dah cun, taip pun dengan senyuman, SS pun tarik nafas dan klik publish. Aiiihhh.. tak ada juga. Kat saving post pun tak ada entri. Ada tajuk sahaja. Waktu ni mula terdetik, adakah SS je yang tak nampak entri sendiri? Tapi, macam must...

Terima kasih Abam Kie

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Google Entri ini merupakan pos penghargaan kepada 'The Man of The House' iaitu blogger yang dikenali ramai sebagai Abam Kie kerana menganjurkan Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie.  Dan keputusannya telah diumumkan di SINI.  Selalunya SS tak pernah bertuah pun bila join segmen-segmen oleh rakan-rakan blogger ni. Tapi kerana niat nak menyokong penganjuran, lagi pun tak susah mana pun segmen Abam Kie tu, semuanya di hujung jari. Akhirnya tidak ku sangka, cempedak menjadi nangka, rupanya ada tuah SS dalam segmen tu sebagai Pemenang Bertuah. Dapatlah topup Maxis RM5. Yeaaahhh!!! Happy sangat! Semoga Allah limpahkan rezeki untuk Abam Kie sekeluarga. Aamiin Yaa Rabb. Boleh laa anjurkan lagi segmen lagi...  Tahniah juga diucapkan kepada rakan-rakan lain yang berjaya dan bertuah.   Terima kasih meluangkan masa di blog ini. "Sama-sama memeriahkan dunia blog. Kalau k...