Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sabah

PRAY FOR SABAH

Asalamualaikum kawan-kawan, teman-teman, rakan-rakan blogger sekalian. Berniat enggan mengulas panjang dalam entri kali ini. Cuma meluah sedikit rasa hati. Apa yang berlaku dalam negara hari ini. Apa yang dah digembar gemburkan Negeri Di Bawah Bayu sana... Aku pasti, semua orang dah tahu cerita ini. Kalau yang belum tahu, silalah ambil tahu. Aku sangat risaukan Malaysia. Sabah, salah satu negeri yang aku sayangi. Yang aku sukai..... Berita ini sangat menakutkan aku. Bertambah pula dengan 2 Komando yang terbunuh. Aku mula terfikir tentang isteri & anak-anak mereka. Walau kerajaan menjanjikan pampasan kepada pejuang negara, Walau membantu meringankan beban, namun tidak dapat menggantikan dengan seorang suami & ayah. Dan ... Lagi sekali kita dikejutkan dengan 5 anggota polis yang terkorban... Ya Allah, selamatkan mereka. Marilah kita semua berdoa untuk keharmonian negara kita, terutama di Lahad Datu. Sebelum perkara ini menjadi lebih besar... ...

Deejavu di Bawah Bayu

Assalamualaikum... Ini cerita aku di Sabah. Pertama kali aku menjejak kaki di negeri Bawah Bayu itu lebih kurang 4 tahun lalu, hati aku memang dah jatuh cinta di situ. Tahun lepas sekali lagi aku ke negeri Sabah untuk tujuan kerja dan berhasrat untuk pergi lagi. Kali ini sekali lagi penghujung bulan lepas aku menjejak lagi kaki ke situ. Setakat ni, cinta aku pada negeri Bawah Baju tetap utuh di hati ... fullamak!!!  Dari Pahang aku bertolak jam 9.00 malam ke LCCT. Sempat singgah di Perhentian Genting Sempah sebab pemandu mengantuk. Kerja sebagai pemandu ni memang penat walau kita tengok dorang drive je kan... Tanggungjawab juga besar terhadap nyawa-nyawa penumpang ni. Pergi dan balik mestilah selamat. Jadi kami berhenti minum. Aku nak kongsi minuman yang pertama kali aku cuba. Buah Kiwano. Buah dari Afrika. Warna hijau. Rupa buah tu macam alien pun ada aku tengok. ehhehe. Rasanya macam campuran pisang dengan epal. Rasa pisang ada, rasa epal pun ada. Tapi ok l...