Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Say "Hye" to me...

Assalamualaikum... 2011 bakal menutup tirainya... Alhamdulillah kerana 2011 berlalu dengan begitu indah...  2012 menanti kemunculannya. Semangat baru... Diari baru... Catatan perjalanan hidup yang baru... Cabaran pasti baru.... Walau hari-hari yang mendatang, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu tetap sama... Moga kebersamaan mereka dalam hidup kita mengandungi pengisian yang penuh makna... Moga kita semakin kental menghadapi hari-hari esok. Inilah cabaran hidup yang kita harus terokai... HAPPY NEW YEAR READERS!!! 

Hilang Pertimbangan...

Salam semua... Disaat semua sedang memperkatakan tentang tahun baru dan penghujung 2011 ini...Cik Semut iaitu Aku, sedang menaip entry ini tentang satu cerita kisah kehidupan... Ini realiti. Aqil    : Pernah menjadi seorang pengarah syarikat perniagaan yang berjaya dan telah jatuh muflis.             Kini seorang kerani di sebuah klinik. Salma : Seorang pengarah di sebuah syarikat perniagaan. Kawan baik Aqil Ina     : Doktor yang anggun dan berjaya. Majikan Aqil Al-Kisah... Salma terlalu mencintai Aqil walaupun mereka berkawan baik. Salma tidak menyatakan perasaan itu secara terang-terangan namun masih dapat difahami melalui cara dan bahasa tubuhnya.Aqil juga tahu tentang itu.Salma sentias a ada di saat Aqil perlukannya.  Aqil adalah satu-satunya kebahagiaan Salma. Aqil pula selalu bercerita tentang Ina setiap kali Aqil dan Salma makan bersama. Aqil bukan mencintai Ina, cuma luahan perasaan betapa Aqil tidak menyenangi Ina di tempat kerja kerana di

GiveAway by darkbatman.com

SALAM SEMUA.... Hari ni buka blog, tup-tup Cik Semut di tag oleh si manis untuk join GiveAway by darkbatman.com... Siapa kata blogger lelaki tak boleh buat bagi hadiah ... ha, tengok sekali dia nak bagi hadiah tu, bukan main best lagi tau!!! Tarikh tutup hari ini.. penghujung 2011. Tujuan si kacak ni buat GiveAway ni adalah sebagai menghargai  kesetiaan Follower beliau. Baik sungguh... dan pandai mengambil hati follower. Blogger macam ni lah yang kita cari.... Banner beliau simple but nice.. i like!! simple but nice Ok, hadiah-hadiah yang memang memberi manfaat dan best gile... ini dia... 1) Garlic Capsule - utk kesihatan 2) Optical Mouse 3) Dashing - pewangi untuk lelaki 4) Blackhead Losyen - penjagaan kulit muka 5) Keychain from Universal Studio 6) Frame Gambar dari IKEa 7) Handbag  untuk Top Referral Haaa..teruja tak? Bestkan hadiah-hadiahnya... banyak pulak tu! Macam biasa darkbatman ni memang suka buat video.... jom tengok video dia sempena GiveAway

BUNGA & CINTA

Bunga mawar merah lambang cinta Suatu hari terlihat di halaman rumah  seorang wanita sedang menyirami tanaman bunga yang sedang mekar, ia juga membersihkan daun-daun kering dan rumput yang liar di sekitar tanaman bunga tersebut. Perempuan itu nampaknya sangat menikmati apa yang sedang dibuatnya. Sesekali dia tersenyum sendiri ketika melihat bunga yang dijaga selama ini kelihatanbegitu indah sekali. Sering terlintas dipikirannya untuk memetik bunga tersebut dan memindahkannya ke dalam pasu yang kemudian akan dijaga dan dipandang di dalam biliknya sahaja. Tapi kemudian dia berfikir lagi, alangkah egonya dia jika dia melakukan hal sedemikian. Dan tentunya walaupun dia boleh menikmati indahnya bunga tersebut, tapi umurnya tidak akan lama kerana bunga tersebut akan cepat layu. Bunga akan layu bila terpisah daripada batang dan akarnya. Akhirnya perempuan itu berjanji pada dirinya sendiri untuk membiarkan bunga itu tetap berada di halaman agar setiap orang yang singgah d

Jom Kongsi Pahala di Hari Jumaat..FREE je...

Kongsi Pahala? Macam mana tu? Ye, Cik Semut mengajak anda membaca entry Cik Semut di Jumaat ini dengan sesuatu yang baik dan kamu, kamu, kamu yang terang hati ini, membaca sesuatu yang baik juga... Moga kebaikan ini dapat kita berkongsi bersama dan memberi manfaat serta berkat dalam kehidupan seharian kita bersama.Waallahu... Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.  Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...   kredit to tulahan 1 IMAM GHAZALI :"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya : "orang tua, guru, teman dan kerabatnya " Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.   Imam Ghazali  : "Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah mati. " Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan

Biar Tak Cantik, Asal Tak Sakit

Assalamualaikum Apa khabar kamu, kamu dan kamu hari ni... Haaa...Cik Semut ada cerita nak kongsi bersama ni... Ni cerita pasal kanta lekap atau istilah bahasa Inggeris disebut "contact lense"... Bukan nak jual kanta lekap tu ye kawan-kawan. Cik Semut cuma nak bercerita. Pertama kali Cik Semut pakai kanta lekap tu agak-agak dalam 4,5 tahun lepas macam tu lah... Harga masa tu RM 70 ke atas . Hanya boleh didapati di kedai-kedai cermin mata dan klinik-klinik mata sahaja. Hari ini di laman sosial Cik Semut tengok dah banyak yang jual contact lense ni. Kat blog-blog pun banyak.  Macam-macam jenis ado! Macam-macam corak ado! Macam-macam warna ado! Macam-macam harga ado! Macam-macam saiz ado! Macam-macam brand ado! Yang pasti, budak-budak sekolah pun dah mampu nak beli. Mana tak nya, harga murah sangat. RM30 boleh pakai setahun! Atau jual package RM70 untuk 3 pasang contact lense .   Cantik dan menjimatkan! Rugi tak beli ni. Yang ada power de

Wordless Wednesday #10

 KEGILAAN KU. ..

Doa Pagi dan Petang : Sila Baca

Assalamualaikum... Apa khabar rakan blogger dan pembaca sekalian... Chewah, macam ramai je, heheheh Sedikit perkongsian dari Cik Semut hari ini. "Mengapa orang sekarang lebih banyak mengalami gangguan jiwa? Penghuni di hospital-hospital sakit jiwa kebanyakannya golongan terpelajar dan bekerjaya. Golongan kelas atasan (memililki harta yang banyak) tapi jiwa mereka kosong. Semua benda rasa belum mencukupi walaupun telah memiliki segala-galanya. Negara maju bukan Islam contohnya banyak berlaku kes bunuh diri. Negara kita sendiri dah macam-macam kes pembunuhan. Lebih menyedihkan bila ada golongan Melayu dan Islam itu sendiri yang jadi mangsa dan  pembunuh . Kenapa ini berlaku?" Sebagai peringatan kepada diri sendiri juga sebagai perkongsian kepada pembaca sekalian  pada pendapat Cik Semut masalah diatas adalah disebabkan satu faktor besar iaitu ceteknya ilmu pengetahuan tentang agama. Mereka yang terjebak dalam masalah ini selalunya orang yang mengabdikan

Duit Gaji Kita...

Google saja... Assalamualaikum... Sekadar coretan di pagi Selasa... Cukup masa kita pasti seronok menerima gaji ... Macam-macam dalam kepala otak kita. PEREMPUAN : nak beli handbag baru, nak beli kasut baru, baju baru..bla...bla..bla... LELAKI : tukar sport rim, cat kete, tukar handset, tambah gadjet-gadjet...bla...bla...bla... IBU : tak lama lagi nak buka sekolah ni.... list, list, list.....baju sekolah anak-anak, beg, bla...bla..bla... AYAH : bagi nafkah kat isteri, bagi ibu, belanja anak-anak, kasut kerja baru pun nak juga ni bla bla bal... Tapi siapa tahu keberkatan duit gaji kita tu... Kadang-kadang terlewat masuk kerja....  Kadang-kadang tepat jam 8.00 pagi belum tentu kita dah start buat kerja kita.... Kadang-kadang waktu rehat jam 1.00 sampai 2.00 petang, terlajak sampai 3.00 petang... Kadang-kadang tengah sibuk-sibuk buat kerja, idea datang terus buka blog... ^___^.. Time buat overtime, sikit pun tak nak mengalah.... Apalah salahnya

Men : Watch Out! Woman got power!!

Kes penganiayaan terhadap wanita makin menjadi-jadi sekarang ni… Kadang-kadang  aku sendiri pun rasa takut nak melangkah ke alam perkahwinan ni. Siapa tahu apa akan jadi pada kita yang perempuan-perempuan ni di masa akan datang? Entri ini bukanlah anti lelaki, tapi sekadar berkongsi dan mengajak kita semua berfikir untuk kebaikan diri sendiri dan kebaikan yang boleh kita bagi kepada orang lain. “Seorang perempuan yang berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapatkan perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh atas 1 atau lebih daripada alasan yang berikut…” Apa alasan-alasan itu yang boleh kita pelajari bersama? Mari kita fikirkan… rasa macam serius je bunyinya kan… tak kisah la rasa macam mana pun, janji perkara ini memang serius dan tidak boleh dibuat main-main…   kalau serius tak cukup, kasi up lagi 45ratus kali rius… ok kot. ^___^ 1)bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada 1 tahun; >>>&

Suara yang sayu-sayup.....

Assalamualaikum.. Dah seminggu lebih tak post entry baru. Alasan  seperti biasa. Tanggungan kerja yang tak tentu masa dan outstation... Masa untuk diri sendiri pun tak ada apatah lagi nak berblogging... Hari ni nak cerita pasal apa yang berlaku di sekitar Cik Semut... gambar curi Semalam... Cik Semut balik kerja lewat sikit dalam jam 6.30 petang macam tu... Singgah la di sebuah restoran untuk dinner.. (memang awal dinner)... Restoran tu lengang. Masa tu ada 1 meja saja yang ada pelangan. Pekerjanya pula begitu asyik menonton cerita Tom & Jerry... ( Cik Semut pun suka,boleh tumpang tengok sekali). Minuman dan makanan yang diorder telah pun sampai. Kueh teow kungfu dan air limau suam. Laju la sebab tak ramai orang kan. Nak kata sedap sangat, tak juga. Biasa-biasa saja. Cik Semut pun makanlah dengan penuh nikmat. Tak lah pelahap sangat. Tup..tup...sayup-sayup kedengaran satu suara yang merdu dikejauhan.. Cik Semut mengamati suara itu betul-betol..

Susah ke nak ucap " I LOVE YOU" ?

 Assalamualaikum... Entry ini khas untuk para LELAKI yang budiman ... Yang perempuan? Ye, tak salah membacanya... boleh la kongsi dan komen apa yang patut ye... SITUASI 1 : Seorang lelaki bernama Adam. Seorang bekerjaya. Berpangkat besar. Perempuan keliling pinggang. Adam baik dengan semua kawan-kawannya terutama perempuan. Ramai yang cun-cun malah ada juga yang sexy-sexy... wow! Hebat Adam ni. Bila di tanya siapa Ana? siapa Zulaikha? siapa Anis? mana satu girlfriend Adam? Semuanya bukan. Jawapan Adam semua tu kawan baik dia, adik angkat dia... Tapi dah berpuluh ribu Adam habiskan untuk mereka. Ana nak sambung belajar cari Adam. Zulaikha nak shoping cari Adam. Anis nak pinjam duit cari Adam. Bukan mereka bertiga saja, perempuan-perempuan lain sekeliling Adam semuanya baik bersebab. Ana kata nak sambung belajar. Duit dah habis tapi exam tak pernah lulus pun. Zulaikha cakap saja handphone apa tak pernah guna, setiap bulan mesti bertukar. Apatah lagi makan pakai d

Meredah Kenangan

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah.. tetapi terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadir cinta untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa cinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan msa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita  tahu menghargainya... tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa. Sila kongsi macam mana kamu menghargai hidup kamu...

Kisah Berkawan

Assalamualaikum... Mood hari ni : Masih boleh tersenyum. Masih boleh bergurau. Walau hakikat sebenar dalam hati rasa gundah gulana... not feeling well.  Entry ni lebih kepada luahan perasaan laa... boleh kan...  Ni haa, alkisah pasal Cik Semut, Nina dan Peah. 3 sekawan . Kawan ok...  PENGENALAN : Peah Kenal hampir 7 tahun Kami kenal waktu join aktiviti sama-sama dulu.  Jumpe pun adalah 3kali je dlm masa 7 tahun ni..  Contact pun jarang-jarang sekali..  Memang tak rapat mana lah.. Nina. Kenal daripada Peah. Kenal tidak sampai setahun Setiap hari contact. Jumpe 3/4 kali dalam beberapa bulan ni. Mula terasa rapat. Nina dan Peah tinggal berdekatan. Mereka dan Cik Semut jauh sepenanak nasi. SITUASI 1: Satu hari Peah contact Cik Semut. Dia bagitau yang dia dah lama kenal Nina. Peah dan Nina tidak lagi berkawan. Katanya Nina ni akan rampas siapa yang berkawan baik dengan Peah. Katanya lagi ramai kawan-kawan dorang memang tak suka kan Nina

Keep Planning

~~~ if 'Plan A' didn't work the alphabet has 25 more letters. So, stay cool ~~~

Semut dan Sesumpah Menari-nari

Assalamualaikum kawan-kawan... Sesiapa yang membaca blog ini , walau pun kita saling tidak mengenali tapi Cik Semut tetap menganggap kamu semua kawan Cik Semut... Selamat berkenalan ye... Boleh tinggalkan jejak anda sama ada melalui komen atau 'Shout box'... Komen selalunya untuk mengulas entry Cik Semut... mana-mana pun boleh la... sangat dialu-alukan...Nampaknya Cik Semut tak selalu menaip entry baru...masa dan keadaan betul-betul tak mengizinkan. Apa pun Cik Semut bersyukur dengan kelapangan ini sempat Cik Semut menaip untuk tatapan kamu semua... Kali ini Cik Semut nak cerita pasal seekor kawan Cik Semut ni. Dikenali sebagai Sesumpah. Sebenarnya banyak nama kawan Cik Semut ni. Ada panggil mengkarung la, cicak kubing la, Chameleon, mana yang tak kenal ini gambarnya : kredit to fotomedia Gambar diatas dari Google untuk tontonan kawan-kawan Cik Semut.. Sesumpah ni sejenis haiwan reptilia. Saiznya lebih besar daripada cicak tetapi lebih kecil daripada biawak.

SSn1