Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Drama

25 Pengajaran dari Drama Curi-curi Cinta Astro Ria

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... Walaupun ada babak yang tidak logik, tapi tetap ada pengajaran disebalik drama Curi-curi Cinta. 1. Bahagia dan mudahnya kehidupan seorang anak adalah berkat dari doa seorang ibunya walau sebanyak mana silapnya seorang anak. ~Makcik Asmah, Abg Is & Intan 2. Keinsafan harus dimaafkan, maka kebahagiaan akan dinikmati bersama. Malah lebih akrab dari sebelumnya . ~Peggy & Intan. 3. Seorang isteri yang tidak sempurna, dididik dengan sebaiknya oleh seorang suami sehingga menjadi isteri yang terbaik. Isteri adalah dari tulang rusuk. Andai bengkok luruskanlah dengan betul caranya. Salah kaedahnya, maka patahlah ia. ~Intan & Danny 4. Seorang anak yang memendam rasa mempunyai sebab untuk tidak bersuara kerana taat, kerana takut kata2 kesat yang lahir dari lidah seorang ibu dan demi menjaga hati ibunya walau jiwanya sendiri tersiksa. ~Fariza 5. Seorang ibu yang tidak mempercayai kata anaknya, mementingkan diri ...