Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ramadhan

Iftar 2025 Bersama Rakan Sepejabat di Hotel Shahzan, Kuantan

Officemate adalah keluarga kedua kita.  Seminggu ada 5 hari kita bersama mereka.  Sehari, lebih kurang 8jam bersemuka. 

Hukum Menjemput Bukan Islam Berbuka Puasa

Semalam pejabat sebelah ada buat juadah bawaan ( potluck)  dijemputnya kami yang sedang siapkan rakaman sempena Aidilfitri. Antara menu yang dihidangkan adalah Laksa Pahang. SS pun menerangkan serba sikit tentang Laksa Pahang kepada pelajar SS yang datang dari Sabah dan Sarawak. Ini pertama kali mereka jumpa Laksa Pahang. Sekali rasa, terus nak lagi. Menambah tau!. Sambil makan, asyik puji kesedapan Laksa Pahang. SS pesan kat mereka berdua, sebelum habis belajar ni dan sementara ada di bumi Pahang ni, ambillah peluang untuk meneroka makan-makan dan tempat-tempat yang menarik di Pahang dan di semenanjung. 

Penuhkan Saf Yang Lopong

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum. Syukur sangat keadaan sekarang dah boleh solat berjemaah rapat-rapat, walaupun hanya sejadah yang dirapatkan. Tetap keadaan saf lebih baik berbanding tahun lalu yang solat pun  selang-selang lopong. 

Kenangan Ramadhan 2021

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum.... Tahun lepas, sebulan tak dapat aura solat jemaah macam ni. Kali pertama PKP kan, solat pun kat rumah saja. Tapi tetap bersyukur sebab hikmahnya boleh belajar cara solat terawih sendiri. Pengalaman juga tu. Waktu tu juga, ambil peluang untuk aktif blogging semula setelah sekian lama blog bersawang. Banyak masa kat rumah kan, data internet pun dapat percuma kan waktu tu? Apa lagi, laptop memang terpasang 24jam lah. Walaupun begitu, tetap merindukan aura solat berjemaah di masjid, rindu bau waktu terawih tu. 

Zakat Fitrah Bukan Sekadar Bayaran.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Google Saja nak cerita zaman bujang SS dulu. SS pernah ikuti rakan-rakan persatuan untuk pergi memberi zakat kepada orang-orang susah yang telah dikenalpasti oleh ahli persatuan. Zaman bujang dulu memang aktif berpesatuan ni. Macam-macam persatuan SS sertai. 

PENGSAN DIBIUS

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Google Baru-baru ni, SS ada sembang-sembang dengan seorang jururawat kat klinik. SS tanya pendapat dia tentang vaksin. Dia baru sahaja lepas divaksin kali ke-2. Katanya dia ambil vaksin Pfizer. Dos kali kedua agak kuat sampai demam dan kebas. Dia ambil cuti kerja sehari saja. 

Mandi Wajib Selepas Masuk Waktu Subuh di Bulan Ramadhan.

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum. Google Waktu tengah hari mata mengantuk. Hari ni memandu pergi-balik 120km.  Ada juga sekali dua ter-microsleep. Bahaya kan?. Tapi itulah dugaan kalau terpaksa memandu di waktu tengahari. Kalau tak puasa, boleh laa ada kudap-kudapan elak mengantuk dalam kereta. Bila puasa ni, memang terasa betul penatnya. Tapi, alhamdulillah masih selamat memandu seorang diri hingga selamat sampai destinasi pergi dan balik. Sebab tu lah sis tak suka kalau ada mesyuarat jauh-jauh waktu macam ni.  Nak selesaikan masalah mengantuk tu, konon-konon buka radio nak dengar ceramah. Tak ada maknanya, memang kelaut dalam perginya sebab rasa mengantuk lebih kuat menguasai diri. Terpaksalah beralih ke siaran radio yang lain, kalau-kalau ada lagu-lagu yang menyegarkan biji mata ni. Tup tup keluar lagu rap, apa lagi, sis pun rap je lah dalam kereta tu. Lantak laa kalau orang kiri kanan pandang serong pun, sis dah mengantuk tahap Suria Perkasa Hitam dah tadi. Ken...

Soda Bandung Resepi Aplikasi F&N Life Sepantas Kilat.

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Waktu bulan puasa ni, biasanya air akan menjadi keutamaan. Tambahan pula sekarang dah masuk pertengahan Ramadhan, sekali iftar, terus 2 gelas air. Air juga menjadi pembuka selera setiap hari. Suami biasanya akan bertanya : "Nak buat air apa hari ni?"

Hukum Berbekam & Derma Darah Ketika Berpuasa.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum... Sumber gambar :Google Sejak pandemik melanda ni, baru sekali sempat pergi berbekam. Seterusnya sampai sekarang masih tak berpeluang nak pergi berbekam.  Cuma ambil sample darah je ada. Tapi, bulan puasa ni, bolehkah berbekam?

Pengalaman Pertama Menggunakan Aplikasi F&N Life & Unboxing Package!

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Tengok kawan-kawan blogger semua pakat-pakat order online air kegemaran ni, apa lagi, untuk pertama kali SS pun turut sama terpengaruh untuk membuat pembelian secara online menggunakan aplikasi F&N Life. Yaa Allah, Yaa Rabbi, Yaa Kariimmm... Senang sangat rupanya. Dah laa tu, cepat, pantas dan efisyen!. Patutlah ramai yang guna aplikasi ni, bila barang dah sampai, semua ceria je... Meh, SS ceritakan macam mana nak guna applikasi tu.

Perlukah Memperbaharui Niat Puasa Setiap Malam?

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... Sejak dari kecil lagi, memang mak abah dah ajar niat puasa sebelum tidur malam harinya. Waktu tu tak belajar pun lagi niat puasa sebulan. Sampailah masuk sekolah menengah, bekerja, masih tak tahu pasal kewujudan niat puasa sebulan. Kat sekolah pun, ustaz dan ustazah hanya mendidik dengan niat puasa di malam hari.  Apa bila dunia semakin canggih dan semua perkara di hujung jari, makanya barulah terjumpa dengan artikel-artikel dan video-video ceramah mengenai puasa sebulan. Rasa teruja waktu malam pertama menyambut Ramadhan ketika itu sebab boleh niat puasa untuk sebulan terus. Manalah tahu kalau-kalau terlepas niat puasa malam hari yang hari-hari tu... Tapi oleh kerana dah terbiasa dari kecil berniat puasa di malam hari, rasa janggal pula bila tidak berbuat demikian. Untuk sedapkan hati sendiri, sejak daripada itu, terus niat puasa sebulan pada malam menyambut Ramadhan dan malam-malam hari berikutnya. Selepas baca sumber d...

Pilihan Ramadhan : Lipstik atau Pelembab Bibir?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Google Bila sampai bulan Ramadhan, setiap kali nak keluar rumah, akan terfikir sejauh mana lipstik ni mampu memberi manfaat kepada bibir? Rutin SS pergi kerja memang pakai lipstik. Cuma sejak mula pakai pelitup muka ni, jarang sangat SS nak pakai. Nanti melekat-lekat kat pelitup muka, kotor pula. Setiap kali pakai lipstik dan pelitup muka, mesti akan tukar lepas buka pelitup. Rasa macam membazir pula.  Tapi, bila dah puasa ni, kalau pakai lipstik batal puasa tak? Kot-kot laa, termasuk dalam kawasan dalam mulut tanpa disedari?

Salam Ramadhan Untuk Semua

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... 

Notis Terakhir Untuk Perokok

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Jeng jeng jeng... biasanya perokok tak berapa gemar artikel sebegini. Hehehe. Suami SS pun pernah jadi perokok tegar. Saja je beli buku ni waktu pameran buku Big Bad Wolf. RM3 je , apa salahnya beli, kan?. Tambah juga ilmu pengetahuan sikit sebanyak. Sejak baca buku ni, suami jeling-jeling je. Alaaa, bukan SS suruh dia baca pun.. Tapi ye lah, comfirm dia baca cover kan? Sebab tu menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang.... eh!. Seperti biasa, SS senyum-senyum aje. Peringatan dalam diam je. Hik hik hik. Buku ni menceritakan tentang pengalaman penulis yang berjaya berhenti merokok selama 12 tahun. Banyak tips yang dikongsikan untuk mereka yang berazam berhenti merokok sehingga ke kaedah hipnoterapi. Masyaa Allah. Kalaulah dah berniat di hati, kena kuatkan semangat untuk ikut segala tips yang diberi. Struggle is real. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? SS doakan rakan-rakan yang bern...

Air Detox

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t Kalau dah bulan puasa, kadang-kadang air satu jag memang tak cukup untuk iftar. Lebih-lebih lagi kalau keluarga besar. Si ayah nak ais. Si ibu nak air panas. Anak-anak pula nak air buah... Uish, macam-macam jenis air buat. Kadang-kadang sebulat suara ahli keluarga nak Lai Chi Kang. Ada masa tekak rasa nak air masam-masam, buat la air oren, air sunquick, air teh o limau. Ada masa cukup simple dengan sirap sahaja. Esok pula sirap lagi, special sikit ada laa buah laici dalam sirap. Nak lagi special, add on daun pandan dan selasih.  Tengok juga pada kerajinan pembuat dan mood nak minum air apa. Lusa pula permintaan sirap lagi, tapi masuk susu sikit, jadilah air bandung. Ada masa cukup air kosong saja. Macam-macam ragam kan?. Itu lah warna warni keluarga bila dapat berkumpul waktu berbuka puasa. 

Kesempatan Ramadhan

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Sumber : Google Macam mana Ramadhan kalian di muzim PKP ni? SS doakan moga semuanya berjalan dengan lancar dan penuh hikmah. Alhamdulillah. Ramadhan kali ini menjadi sejarah dalam hidup kita.  Ramadhan adalah anugerah dan tanda kasih sayang Allah S.W.T untuk hambanya. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai manusia. Walaupun sebagai manusia kita memang ada khilafnya, namun keampunan Allah adalah untuk seisi alam kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Memakbulkan doa.  Manusia mana tidak pernah membuat silap? Kita tidak maksum seperti Nabi Muhammad s.a.w, sebaik-baik manusia. Rasulullah adalah qudwah hasanah (tauladan/model kehidupan) untuk setiap manusia.Sering kita berkali-kali membuat silap, namun kita tetap diberi nafas hingga ke hari ini.  Tetap diberikan rezeki. Makanya menunggu hidayah dari Allah itu bila-bila masa saja akan Allah makbulkan. Tapi sebagai manusia yang berakal, teruslah ...

Salam Ramadhan 1441H

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Sumber : Beautifulnara  Dikesempatan ini, SS ingin mengucapkan Selamat Menghidupkan Pesta Ibadah sepanjang Ramadhan Al-Mubarak 2020 . Semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya.  "Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadhan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr. Amiin Yaa Rabbal Alaamiinn..."  Terima kasih meluangkan masa di blog ini. "Amatlah rugi jika Ramadhan kali ini  tiada beza dengan bulan-bulan yang lain.  Pilihlah keberuntungan ini"

TERAWIH SEORANG AKU

....ASSALAMUALAIKUM. Biasalah bulan Ramadhan, rindu dengan tarawih... dengan laungan kalimah-kalimah indah dari bilal dan jemaah.... bergema satu masjid... seronok rasa... memang dari kecil lagi dah family dah dedahkan aku dengan solat tarawih.. bezanya dulu, pergi masjid dengan keluarga, sampai kat masjid solat satu saff dengan kawan-kawan... bila dah besar sikit, aku pergi dengan mak abah dan arwah Tok, sampai selesai solat laa, aku akan satu saff dengan mereka... pastu dah kahwin ni, pergi dengan suami laa pulak kan. .. pergi lah dengan siapa pun, tapi paling shahdu, dan paling rindu adalah pada kalimah yang dilaungkan dalam masjid tu, sepanjang tarawih berlangsung. COPY DARI BLOG AL-AZKAR Terawih 8 rakaat ke.... 20 rakaat ke buatlah ikut kemampuan kita. Ukurlah dari segi kesihatan, masa, dan apa saja. Tak kira laa di rumah, atau di surau atau di masjid. Mana yang selesa untuk kita. Tapi bagi aku, aku suka berjemaah di masjid. Seronok bila dapat solat ramai-ramai....

Air Jimmy Asmara Untuk Iftar

Alamak, dah pukul 7.00!!! Air tak siap lagi niihhh!!! Alamak, air apa pulak nak buat niii!!!

FIDYAH

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan. HUKUM FIDYAH Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin. SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH : 1. Uzur Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. 2. Peremp...