Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Info

ATM CIMB telan duit and report failed! Apa nak buat?

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua.... Seperti biasa, aku bayar duit kereta kat ATM. Masih cara lama, tapi entahlah, kenapa dalam sistem online tak boleh nak bayar atau aku yang tak jumpa cari kaedah nak bayar secara online . Jadi, seperti biasa aku ke Automatic Transfer Machine (ATM).  Siap langkah terakhir sahkan pemindahan duit, tiba-tiba paparan di skrim ATM mengatakan  'Machine Out Of Service'. Tapi duit tak keluar. Nasib baik resit keluar seperti gambarajah di bawah cuma tak senang rasa hati bila terpampang laporan 'Transaction Timeout'. Runsing kejap sebab tak tahu duit tu bank dah terima atau belum. Memandangkan aku ke ATM jam 6.00  petang melepasi waktu pejabat agak sulit jadinya. Sekiranya masih waktu pejabat, sebarang masalah boleh berurusan di kaunter bank. Tapi syukur, ATM tu sebelah CIMB. Lepas intai-intai dalam bank, syukur nampak ada staf dalam tu. Walaupun rasa tak sesuai nak kacau mereka bukan waktu bekerja, tapi sebab te...

Petua Ubati Sakit Sendiri

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Tahun ni ketara sangat aku kerap sakit-sakit yang kadang-kadang aku sendiri tak boleh terima. Ye lah, yang sebenarnya aku ni dah meningkat usia.. Dah tua. Sebab tu badan dah bagi signal suruh rehat tu. Bila dipaksa-paksa kerja siang malam itu lah jadinya. Google So, kat sini aku nak share sikit beberapa petua yang aku dapat dari kawan aku. Ye laa, petua ni kan amalan orang-orang tua dulu-dulu. Tak ada doktor. Bahan untuk rawat diri pun ada disekeliling. Lagipun aku tengok bahan-bahannya mudah dapat dan memang biasa guna dalam masakan dan minuman. Tak ada laa petua pelik-pelik ye. Ni antara sakit-sakit yang kerap juga aku rasa sejak akhir-akhir ini. Badan kebas & kejang urat Petanda : Tanda awal angin ahmar Petua : Minum air kelapa 3 hari berturut untuk lembutkan urat. Bangun pagi rasa nak pitam. Petanda : Darah beku dalam kepala Petua : Amalkan makan buah masam-masam untuk cairkan ...

KANSER KOLOREKTAL

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum w.b.t...... Waktu nak pergi kerja, ada terdengar segmen kesihatan dalam radio IKIM.FM  mengenai kanser kolon... sebelum ni tak pernah ambil tahu pun. Tapi semalam terasa perjalanan pergi kerja tu macam lama je, so, sambil drive sambil menuntut ilmu pasal kanser kolon.  Panel yang diundang tu, Ybhg. Datuk Dr. Ismail Sagap - Pakar Pembedahan Kolorektar . Jap nak google gambar dia. heheh... Ni haa orangnya... boleh Google insan hebat ni. Antara artikel yang menarik perhatian aku adalah  Improved safety in high-tech surgery  dan  Rakyat Malaysia terima anugerah di Scotland Baru aku tahu rupanya kanser kolon di Malaysia ni merupakan penyakit No.1 yang dihidapi oleh kaum lelaki. Manakala kaum perempuan lebih terkenal dengan kanser payudara. Namun, jangan seronok sangat, sebab kanser kolon merupakan kanser kedua terbesar selepas kanser payudara. Allahu Robbi.... Simptom dia paling ketara ...

Anak Perempuan

  Pernah dengar tak, orang-orang tua selalu berpesan,  'lebih baik jaga lembu sekandang, daripada jaga anak perempuan seorang..." Perumpamaan itu menunjukkan betapa mencabarnya bila punya anak perempuan . Apa yang mencabar? Rupanya tidak mudah menjaga anak perempuan. Lebih-lebih lagi dengan keadaan dunia sekarang ni.. Budak-budak hari ni, tak sama macam budak-budak dulu... apa yang paling ditakuti adalah gejala sosial yang berleluasa. Baca tajuk-tajuk besar itu pun, sudah menggerunkan ibu bapa. Tapi Allah tak kan jadikan sesuatu itu dengn sia-sia,kan? Pasti ada sebabnya...  itu semua rahsia Allah.. Perlu audit balik diri kita sendiri. Sekarang ini, nak mendidik anak pun, perlu ada ilmu yang penuh di dada. Pergi saja lah mana-mana bengkel / kursus yang ada. Timbalah sebanyak ilmu yang boleh. Selalunya  LPPKN  yang sering menganjurkan kursus-kursus kekeluargaan.  Anak itu rezeki... cabaran itu pasti datang deng...

Peristiwa Ramadhan

Assalamualaikum ..~ ~ jawab dulu salam ni...  Saja nak share sikit beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadhan, moga menjadi panduan pada kita dan anak cucu cicit kita nanti..  PERANG BADAR AL-KUBRA DARI BLOG ATRIZA 17 Ramadhan Tahun ke-2 Hijrah 313 tentera Islam 1300 tentera kafir Quraisy (4x ganda tentera Islam) Peralatan tentera Islam sangat kurang. Tentera Islam berjaya dalam peperangan ini  FATHUL MAKKAH KLIK SINI TONTON VIDEO 10 Ramadhan Tahun ke-8 Hijrah Mekah dibebaskan daripada musyrikin Mekah Kaabah dibersihkan daripada patung-patung berhala. PERANG TABUK GOOGLE Rejab hingga Ramadhan Tahun ke-9 Hijrah Perang terakhir yang Rasulullah sertai Pasukan Romawi menarik diri setelah melihat besarnya pasukan Islam. NUZUL AL-QURAN Also by Google 17 Ramadhan Gua Hira' ROMBONGAN TAIF Taif by Google Taif merupakan tempat Rasulullah dihalau dan dibaling batu sehin...

Keagungan Ramadhan

Assalamualaikum ~~jawab dulu salam tu. Wajib kan... Masih bersisa 8 malam sebelum Syawal. Tak ramai yang nak baca ilmiah kan, tapi tak pa, bulan baik ni manfaatkan masa kita ni, moga-moga sama-sama beroleh pahala berlipat ganda.. yea... Menabung untuk masa depan yang kekal abadi. Ibn Khuzaimah meriwayatkan dalam sahihnya daripada Salman al-Farisi r.a berkata :  Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada kami di hari terakhir bulan Syaaban, Sabda baginda s.a.w : "Wahai manusia sesungguhnya telah tiba satu bulan yang agung lagi berkat menaungi kamu, bulan yang di dallamnya terdapat satu malam yang lebih daripada seribu bulan. " Allah menjadikan puasa satu kefarduan dan qiyam di malamnya satu sunat. Siapa yang bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) didalamnya dengan  melakukan satu bentuk kebajikan  ia adalah menunaikan satu  fardu di dalam bulan lain. Siapa yang menunaikan satu fardu di dalamnya ia adalah seperti menunaikan 70 fardu di bulan lain.   ...

BUKAN SALAH KAUM TIKUS

OLOHH looohhhh... cuba tengok muka tak bersalah dia tu... Kesian je... comel je... telus je...   Assalamualaikum... ~ ~ jawab dulu salam tu. Wajib kan.. Simple story yang aku nak share pasal penyakit Kencing Tikus ni.... atau dikenali sebagai LEPTOSPIROSIS. Ramai yang menganggap penyakit ini berpunca daripada kaum tikus sahaja. Salah ye kawan-kawan. Sebab penyakit popular yang boleh membawa maut ni, bukan hanya berpunca daripada kaum tikus sahaja, malah bangsa-bangsa haiwan yang lain juga yang dihasilkan oleh agen perkumuhan mereka. Penyakit LEPTOSPIROSIS ini memang bahaya. Semua orang tahu, ianya boleh membawa maut. Tanda-tandanya lebih kurang macam simptom-simptom demam dengki tapi malah sedikit teruk daripada itu.  Di bulan Ramadhan ni, banyak bazar-bazar kan... kalau pergi bazar tu nilai laa gerai mana yang bersih. Tak nak bagi pergi bazar, aku tak de hak laa kan. Masing-masing ada jadual hidup sendiri. Mungkin terpaksa pergi bazar sebab tak sempat mas...

NUZUL AL - QURAN

Peristiwa Nuzul  Al - Quran menjadi sejarah dalam kehidupan Nabi S.A.W Perkataan 'Nuzul' bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat pertama yang diturunkan adalah Al - Alaq ayat 1-5 .  "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang mencipta, Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu lah yang Maha Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan pengantaraan kalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." Gua Hira' 17 Ramadhan Malam Jumaat tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad s.a.w ...kemudian wahyu telah putus sementara... ......dan seterusnya.... ...hingga seterusnya berperingkat-peringkat selama lebih kurang 23 tahun akhirnya lengkap menjadi sebuah naskah kitab Al - Quran yang ada pada kita hari ini. Mukjizat Nabi S.A.W ini mempunyai : 30 juzuk 6666 ayat 114 surah Al - Quran Kareem... Mendedahkan segala jawapan setiap persoalan, sejarah, dan masa hadapan....

Dah tukar duit raya ke belum?

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin. Gambar dan info dari facebook. Ciplak dari Google. Edit sikit utk mengelak penyalahgunaan mata wang antik ni. Ciplak dari Google lagi, edit sikit utk tujuan keselamatan. Saja aku nak simpan kt blog ni, nak buat kenangan. Boleh tunjuk kat cucu cicit aku nanti. Sempena Ogos, Hari Kemerdekaan ini apa salahnya aku post entry ini kan... ^___^ Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.  Wajah di mata wang negara kita sejak 12 Jun 1967 . 24 Ogos 1895 : Keputeraan baginda di Seri Menanti, Negeri Sembilan. 31 Ogos 1957 : Agong pertama Malaysia sehingga kemangkatan baginda pada 1 April 1960. 12 Jun 1967   :   Ringgit Malaya dan Borneo British secara rasminya digantikan dengan matawang baru. Moga Allah kekalkan kedamaian dan kemakmuran negara kita. Aminn. Dah tukar duit raya ke belum?    ...

Rumah Kedah

Ini lah rupa bentuk rumah Kedah. Kedah merupakan salah satu negeri yang terkenal dengan seni ukir selain daripada Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Kenapa? Sebabnya, Kedah merupakan salah satu negeri yang menjalinkan hubungan rapat dgn Patani. Suatu masa dulu, Patani ni sebuah negeri yang yang terkenal dgn pusat kegiatan seni ukir. Kalau tengok corak ukiran Kedah dan Patani, tidak jauh bezanya. Seni ukir kayu dalam pembinaan rumah-rumah tradisional bukan sekadar hiasan malah ada fungsinya. Contohnya seperti ukiran tebuk yang diukir di tempat-tempat pengaliran udara yang memisahkan ruang dalam dengan ruang luar. Ukiran-ukirannya lebih cenderung kepada bentuk-bentuk tumbuhan, geometri dan kaligrafi  (penghayatan seni keislaman). Tapi sayang seribu kali sayang, rumah tradisional macam ni dah tak ramai yang nak bina lagi dah. Rumah sebegini yang ada pun jarang dipelihara betul-betul. Mungkin tukang kayu pun dah pupus daripada kalangan orang-orang muda (...

Sayang Hormon ni...

Assalamualaikum pembaca-pembaca blog sekalian... Korang rajin membaca. Dengan membaca, banyak ilmu yang kita dapat. Betul? Membaca itu jambatan ilmu, pernah dengar masa kita sekolah rendah dulu kan.... betullah tu... Cikgu tak ajar ajaran sesat tau! Cik Semut juga seorang yang memang suka membaca. Asyik membaca satu majalah tadi, terbaca sesuatu tentang hormon. Teringin nak share dengan kamu, kamu dan kamu... Ini FAKTA yang kita semua perlu tahu. Ekstrogen. Hormon dalam tubuh wanita. Dia memelihara sifat dan keanggunan wanita. Dia semakin susut dengan drastik bermula dari usia kita 35 tahun sehinggalah kita monopaus. Jadi, bila dia dah susut maka dia akan menimbulkan pelbagai simpton yang menjejaskan keanggunan wanita. Macam mana nak tambah hormon ni supaya kita kekal anggun? HRT iaitu rawatan gantian hormon ekstrogen. (Hormon Replacement Therapy). Bagaimana caranya? Ada yang menggunakan kimia iaitu ubat-ubatan walau sebenarnya kimi...

2nd Smoker

Assalamualaikum kawan-kawan... Sila jawab dulu salam tu... # Memberi salam itu sunat. # Menjawab salam itu wajib. Terima kasih meluangkan masa membaca entri Cik Semut kali ini. Hari ni nak cerita pasal '2nd Smoker'.. Atau dengan kata lain penghidu asap rokok. (Kisah benar yang diolah) Al-kisahnya macam ni... Di sebuah kampung bernama Kampung Pinang Sebatang, tinggallah satu keluarga yang sangat sederhana hidupnya. Mereka sangat bahagia. Ali dan Melah diserikan dengan kehadiran 3 orang cahaya mata. Ali seorang buruh sementara Melah hanyalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Melah seorang ibu mithali dan seorang isteri yang patuh pada suaminya. (Jalan cerita telah diolah oleh Cik Semut Senyum. Suka hati je kan,).   Anggap je ni keluarga Ali pada tahun 1985 Ali mula merokok sejak berumur 13tahun. Mengenali rokok dari kawan-kawan sekolahnya. Ali sudah menjadi perokok tegar. Sebelum makan, hisap rokok. Selepas makan, hisap rokok. Pag...