Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Aidilfitri

Rendang Raya Ayam Kampung PKPB

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Hye semua.... jawab dulu salam SS tu.. hihi... Tiap-tiap hari rindu nak update blog. Tapi apakan daya SS sibuk sikit kat rumah. Hari ni, 11 Syawal baru boleh update . Alahaaiii, mengalah raya sebulan! heheheh.. idok lerr... Ingatkan Raya PKP ni santai-santai je kat rumah. Rupanya sibuk juga. Suasana raya tetap kena ada walaupun berkurung. 

Ucapan raya kami

Tak sempat nak shoot gambar utk buat e-kad raya...  Jadi... inilah hasilnye.. senang je... Guna kartun Bistrips ni.... Siapa ada buat katun ni...  aku rajin juga free-free layan katun tu...  suami aku pun sama.... heheehhe... kadang mencuit hati.... suka-suka je... 

Jahit Manik

Assalamualaikum... Apa macam tema baju raya tahun ni? Baru seminggu puasa, dah tanya pasal baju raya kan... Biasa laa orang perempuan, selalu nak buat persiapan awal... tambahan awal2 puasa ni pun banyak k edai jahit dah tak ambil tempahan dah ... makannya kene luangkan masa pergi cari yang siap. Lebih kurang je harganya beli siap atau tempah. Tambahan pula keadaan sekarang yang semua benda kena bayar lebih .. mahal.. terasa laa juga. Kita yang jadi Menteri Kewangan kat rumah ni, awal-awal lagi dah kena buat perancangan bajet keluarga supaya dapat buat perbelanjaan dengan penuh hemah. Perlu laa jadi pengguna bijak kan. Berbalik pada tajuk, ini sebenarnya 'throwback' aku 2 tahun lepas. Aku baru jumpa gambar-gambar tu dalam external hardisk aku. Tapi ilmu yang aku belajar tu kan untuk sepanjang tahun selagi tak nyanyuk laa kan. hehhehe Aku ada sertai Bengkel Jahitan Manik yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti . Aku ingat Kolej Komuniti ni khas untuk pelajar-pelajar d...

Lontong Ibu Mertua Ku

Assalamualaikum... Hari ni 9 Syawal 1435H. Baru kesempatan jugak aku nak update pasal menu wajib Aidilfitri di rumah ibu mertuaku... Mak kan ramai adik beradik... setiap adik beradik mak ada menu special tersendiri. Jadi, tak de lah nak bergaduh rebut-rebut menu bila buat open house kan... Makanya cuti seminggu tu, aku memang kenyang perut laa menjamah menu wajib di rumah dorang. 

Hari Raya 2014

Assalamualaikum.... Hari Raya kali ni, merupakan raya ke-3 aku sambut sebagai isteri. Kali ni tema kami warna ungu manggis. Bab warna ni, memang aku terserah pada suami. Sebab idea dia memang kena & menjadi. Aku tak kisah pun... Tahun ni, satu famili sebelah suami warna ungu. Aku beraya ni di sini laa tahun ni... Cuti raya 7 hari. Aku pusing-pusing ziarah sedara-mara sebelah suami. Sampai tak sedar cuti dah nak habis. Mak mertua aku ade ramai adik beradik.. 1) Ayah Ngah 2) Pak Anjang 3) Mak Cik Nur 4) Mak Cik Eni 5) Mak Teh 6) Pak Teh 7) Pak Itam 8) Mak Itam 9) Ayah De 10) Mak De 11) Pak Busu Aku tak ikot susunan.. sebab aku pun pening susunan belah mertua aku yang tak sama macam aku... Mak mertua aku ada 14 orang adik beradik. Mak yang ke-7. 2orang meninggal. Jadi kalau hari raya tu, memang menyinggah dan bertemu laa semua. Mula-mula dulu aku pun pening sebab tak biasa duduk dalam famili yang ramai. Tapi semua kena belajar laa mengenali kaum ke...

Kad Raya utk rakan-rakan blogger.

Lagu Raya Korang

Assalamualaikum. Lama juga tak update blog. Sibuk menyiapkan tugasan-tugasan sebelum cuti raya ni. Kepada yang bekerja ada yang dah ambil cuti awal ni. Office pun dah mula lengang hari ni. Esok lusa lagi la.. Silap-silap satu office sorang je jaga. Lagi 2 hari sebelum cuti raya kan... Time ni rasanya semua orang dalam mood raya kan kan kan.... kerja pun menerawang jauh je teringat kampung halaman.. hik hik hik... Aku kat office hari ni. Office sunyi. Tinggal 3 orang je... Kesunyian yang sungguh syahdu ini aku serikan dengan lagu-lagu raya. Haaaa, baru la muka staff-staff lain tu ceria.... Haaaa, kan bagus begitu.... Banyak lagu-lagu lama Aidilfitri yang menggamit nostalgia aku ni... Aku listkan mana yang best-best menjadi halwa telinga ni... KORANG SUKA LAGU APA? KLIK JE, AKU DEDIKASIKAN KEGEMARAN INI UNTUK KORANG.. dengan ucapan :  "Selamat Hari Raya, Makan kueh raya berpada-pada ye, Hati-hati drive balik raya tuuu...." Lebaran ini ~ Raihan, Ajai, Nows...

Moral apa dalam video ni?

Satu lagi iklan raya yang buat aku touching hari ni .. ehehhe... Pepagi terasa mengantuk, layan youtube kejap. Ada moral yang terselit dalam video ni.. Boleh kongsi dengan aku tak?

Dah tukar duit raya ke belum?

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin. Gambar dan info dari facebook. Ciplak dari Google. Edit sikit utk mengelak penyalahgunaan mata wang antik ni. Ciplak dari Google lagi, edit sikit utk tujuan keselamatan. Saja aku nak simpan kt blog ni, nak buat kenangan. Boleh tunjuk kat cucu cicit aku nanti. Sempena Ogos, Hari Kemerdekaan ini apa salahnya aku post entry ini kan... ^___^ Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.  Wajah di mata wang negara kita sejak 12 Jun 1967 . 24 Ogos 1895 : Keputeraan baginda di Seri Menanti, Negeri Sembilan. 31 Ogos 1957 : Agong pertama Malaysia sehingga kemangkatan baginda pada 1 April 1960. 12 Jun 1967   :   Ringgit Malaya dan Borneo British secara rasminya digantikan dengan matawang baru. Moga Allah kekalkan kedamaian dan kemakmuran negara kita. Aminn. Dah tukar duit raya ke belum?    ...

'RAHSIA PEREMPUAN'

Assalamualaikum 14 RAMADHAN 1433H ~ Moga-moga ada kesempatan kita melengkapkan puasa berusia 2 minggu pada hari ini, aminn... Pagi-pagi masuk office, rasa mengantuk hari ni. Nak segarkan mata, macam biasa layan facebook jap. Pastu baca artikel-artikel yang sesuai dengan kehendak hati..... sehingga terbaca satu cerita artis kita... Abby Abbady, Memey & Norman Hakim. Subhanallah.... Jom singgah kat :  MyBerita.  Comel je dua-dua ni Ada kata-kata yang menyentuh naluri keperempuanan aku. Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit,” tuturnya.  Kebahagian kepada anak sulung. Anak yang lahir dari kasih sayang cinta pertama. Yang paling dekat dengan kedua ibu bapa. Yang merasai masalah kedua orang tuanya. “Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung...

Tips Kurangkan Lapar & Dahaga

Assalamualaikum.   Alhamdulillah hari pertama & kedua berpuasa hari tu jatuh pada hari Sabtu & Ahad. Hari cuti yang membolehkan kita raikan kedatangan Ramadhan sekaligus membuka puasa bersama ahli keluarga... Bersyukurkan dengan kesempatan dan nikmat kebersamaan ahli keluarga hari tu. Hari ni kita kembali bekerja seperti biasa. Agak-agak nanti kita cepat lapar & dahaga tak? Di sini saya kongsikan sedikit tips. Insyaalalh amalan ini boleh kurangkan rasa lapar & dahaga dengan izin Allah. Insyaallah. Pertama : Mesti sahur. Ketika nak makan nasi, bacalah doa selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.   Baca lagi, makan lagi. Jadi3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.   Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Kedua : Selepas makan sahurr. Makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat sekali dan makan sebiji kurma. Selawat  lagi dan...