Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Idea

New Desktop Wallpaper

2024, sebulan telah berlalu. Terlalu banyak peristiwa besar yang berlaku dalam hidup SS. Masih tersimpan semua cerita dalam draf blog. Bila masuk tahun baru, ada orang yang inginkan semua baru. Tapi SS ni mengikut situasi dan keadaan juga. Buat masa ni SS mulakan pandangan yang baru di  desktop SS.  Hari-hari buka mengadap laptop kan, jadi apa yang kita lihat itu akan mempengaruhi minda kita. Betul tak?

Gaya Rambut Anak Perempuan

Assalamualaikum.. Saja-saja aku online, google gambar-gambar style rambut. Tetiba terjumpa gambar-gambar gaya rambut untuk budak-budak & remaja perempuan. Rasa seronok laa pula.. ni kalau ada anak perempuan ni, memang aku bela rambut panjang sikit supaya boleh buat pelbagai style. Ok. ni antara gaya rambut yang aku paling minat. Simple, cute n very nice!!! Jom tengok cara buatnya kat bawah ni. Ok. ini antara yang aku minat jugak ni....  Macam-macam gaya kreatif kan... Subhanallah.... seronok tengok. Tinggal nak buat je ni haa.. tengah fikir siapa boleh jadi mangsa aku untuk aku cuba style rambut-rambut ni. hehehe. Aku dah 3 tahun berumahtangga, tapi aku dan suami masih berusaha gigih lagi, dan tak jemu berdoa.. Pasti ada hikmah kenapa lambat kan.. Allah lebih tahu.  Daripada Aisyah r.a., daripada Rasullullah s.a.w baginda telah bersabda yang bermaksud :...

Jahit Manik

Assalamualaikum... Apa macam tema baju raya tahun ni? Baru seminggu puasa, dah tanya pasal baju raya kan... Biasa laa orang perempuan, selalu nak buat persiapan awal... tambahan awal2 puasa ni pun banyak k edai jahit dah tak ambil tempahan dah ... makannya kene luangkan masa pergi cari yang siap. Lebih kurang je harganya beli siap atau tempah. Tambahan pula keadaan sekarang yang semua benda kena bayar lebih .. mahal.. terasa laa juga. Kita yang jadi Menteri Kewangan kat rumah ni, awal-awal lagi dah kena buat perancangan bajet keluarga supaya dapat buat perbelanjaan dengan penuh hemah. Perlu laa jadi pengguna bijak kan. Berbalik pada tajuk, ini sebenarnya 'throwback' aku 2 tahun lepas. Aku baru jumpa gambar-gambar tu dalam external hardisk aku. Tapi ilmu yang aku belajar tu kan untuk sepanjang tahun selagi tak nyanyuk laa kan. hehhehe Aku ada sertai Bengkel Jahitan Manik yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti . Aku ingat Kolej Komuniti ni khas untuk pelajar-pelajar d...