Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

MENCINTAI KETIDAKSEMPURNAANNYA

Sekali disahkan akad yang terlafaz, maka jadilah kita pasangan yang akan menempa hidup bersama... sampai bila? Tiada jawapan dari kita. Tapi yang pasti, b erusaha dan berdoalah moga ikatan perkahwinan kekal bahagia sampai ke syurga. Dalam dunia ni mana ada orang yang sempurna? Kita sendiri mahupun pasangan hidup kita... Tapi kedua-dua ketidaksempurnaan inilah yang melengkapkan satu sama lain. Belajar menerima dan mencintai kelemahan pasangan akan mudahkan urusan rumahtangga kita. Setiap hari, ucapkanlah sayang pada pasangan walau dengan apa cara sekalipun. Setiap hari, mohonlah ampun dan maaf. Setiap hari, ucapkanlah terima kasih. Kuasa ucapan sayang, maaf dan terima kasih mampu menaikan semangat, menenangkan jiwa dan meringankan segala penat lelah tugasan kita seharian. Mudahan-mudahan pasangan kita adalah jodoh kita yang kekal sampai syurga. Andai pengakhirnya bukan untuk kita, pasti hikmah Allah itu mengatasi segalanya.

MENSYUKURI ANUGERAH TUBUH YANG TERINDAH

“Sesungguhn ya telah Kami kurniakan kepadamu kenikmatan yang melimpah ruah.” Al-Kautsar : Ayat 1 Sejak mula melangkah ke alam persekolahan, kita didedahkan dengan ilmu asas ini. Pengenalan tubuh badan manusia dan fungsinya. Bila semakin dewasa, mungkin kita semakin lupa yang asas ini. Allah tidak menjadikannya dengan sia-sia. Subhanaallah…. Tak perlu tengok yang jauh di mata. Lihatlah kepada diri sendiri . Rambut, dahi, kening, mata, hidung, mulut, lidah, tangan, badan, kaki…. Syukur semua masih sihat. Aku masih mampu berdikari. Urusanku bertambah mudah dengan adanya anggota badan yang terindah ini. Kerana anugerah ini, aku masih mampu menatap wajah-wajah yang aku sayang. Masih mampu membelai tubuh yang aku kasih. Masih boleh berkongsi rasa. Andai hilang, pasti aku rasa sakit merindu. Aku bersyukur kerana semuanya masih sempurna. Punya kekuatan untuk aku berdikari dan berbakti kepada keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling. Andai hanya jasad ter

MENSYUKURI SEGALA NIKMAT ILAHI

Google je... “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pasti akan selalu ingat kepadamu dan bersyukurlah atas nikmat-nikmat-Ku dan janganlah kamu mengingkari-Ku” Al-Baqarah : 152 Syukur masih bernafas. Syukur masih waras. Syukur masih sihat. Syukur masih ada kenangan terpahat. Syukur masih ada suami. Syukur masih melengkapi. Syukur masih ada mak & abah. Syukur masih ada tabah. Syukur masih ada kedua mertua. Syukur masih sempat menyayangi mereka. Syukur masih ada adik-adik kandung, adik kakak ipar. Syukur masih tidak berlapar. Syukur masih ada anak-beranak, saudara-mara. Syukur masih gagah ke timur, barat, selatan, utara. “Ketika Tuhanmu mengumumkan : Jika kamu bersyukur, pasti Aku tambah untukmu, jika kamu berlaku ingat, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” Surah Ibrahim:7 Syukur masih ada kerja. Syukur masih ada semangat waja. Syukur masih ada tempat berlindung. Syukur masih hujan panas berbumbung. Syukur masih ada kenderaan. Syukur masih ada kekuatan. S

SSn1