Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Intan

New Desktop Wallpaper

2024, sebulan telah berlalu. Terlalu banyak peristiwa besar yang berlaku dalam hidup SS. Masih tersimpan semua cerita dalam draf blog. Bila masuk tahun baru, ada orang yang inginkan semua baru. Tapi SS ni mengikut situasi dan keadaan juga. Buat masa ni SS mulakan pandangan yang baru di  desktop SS.  Hari-hari buka mengadap laptop kan, jadi apa yang kita lihat itu akan mempengaruhi minda kita. Betul tak?

Kenangan Ramadhan 2021

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum.... Tahun lepas, sebulan tak dapat aura solat jemaah macam ni. Kali pertama PKP kan, solat pun kat rumah saja. Tapi tetap bersyukur sebab hikmahnya boleh belajar cara solat terawih sendiri. Pengalaman juga tu. Waktu tu juga, ambil peluang untuk aktif blogging semula setelah sekian lama blog bersawang. Banyak masa kat rumah kan, data internet pun dapat percuma kan waktu tu? Apa lagi, laptop memang terpasang 24jam lah. Walaupun begitu, tetap merindukan aura solat berjemaah di masjid, rindu bau waktu terawih tu. 

Penat Shopping Raya

Gambar ehsan daripada Google Assalamualaikum kawan-kawan... Cik Semut baru je balik daripada shoping sakan sempena raya ni... Penat juga la seharian berjalan-jalan... tak pe lah.. boleh kurus kan, kawan-kawan.. heh heh heh....  Teman adik bongsu Cik Semut ni lah pergi beli barang dia... ni haa gambar dia...  Interframe kejap... Baru form 1...biasa lah budak-budak baru nak membesar ... nak bergaya macam ni lah, macam tu lah...budak-budak zaman sekarang ni faham-faham saja lah.... beli kasut, beli baju, beli tudung, beli ini, beli itu....itupun tak cukup lagi... macam 1 shopping mall tu dia nak beli. .. haiiihhh...  Jalan-jalan tadi sempat lah terserempak dengan kawan-kawan Cik Semut. Kawan sekolah rendah, sekolah menengah, rakan sekerja semua kelihatan ceria membeli belah......kat bandar Kuantan hari ni raaaaammmaaaiiii sangat manusia... Padat beb! Macam-macam gelagat . Kemudian terserempak lah dengan Cik De  adik beradik shopping di tem...