Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

Wujudkah cinta?

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Aku tidak percaya pada kewujudan sebuah cinta secara semulajadinya sesama manusia berlainan jantina.  Cinta boleh dipupuk.  Dia tak kan lahir sendirinya.  Semuanya aku belajar disekeliling aku. Cinta pada awalnya boleh jadi akan merosakkan.  Cinta yang dipupuk biasanya lebih terikat dengan tanggungjawab.  Cinta, kadang-kadang mampu menjadikan si cerdik kepada si bodoh. Aku dah tengok semuanya yang berlaku disekeliling aku. Semuanya buat jadi pengajaran. Ntah la... bagiku tiada cinta dalam dunia yang tiba-tiba datang secara semulajadi dalam 2 jiwa berbeza.  Kemudian, aku berkenalan dengan seseorang melalui telefon. Budak baik. Kemudian berjumpa. Berkenalan - berkawan - bercinta. Cinta itu datang setelah kami berkawan selama 1 tahun. Cinta kami bertaut sehingga tahun ke-4 sahaja. Itu ku kira cinta pertama. Yang benar-benar suka. Yang benar-benar belajar tentang tanggungjawab dan belajar berkongsi rasa dan

SSn1