Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2022

Tersedak Ketika Tidur Lena

24 November 2022 - Sedang elok tidur nyenyak, dah dapat deep sleep elok dah, tiba-tiba terjaga sebab tersedak. Dan tersedak teruk rasa seperti kerongkong ni nak terkeluar. Perasaan ini seolah-olah betul-betul dah di hujung nyawa. Minum air sejuk peti makin parah tersedaknya. Minum air suam makin perit rasa tekak ni. Perasaannya tu betul-betul macam nak mati. Dada rasa sempit, berdebar-debar, nafas tersekat-sekat. Rasa nak muntah tak boleh muntah. Fuuhhh…. Ku cuba untuk tenang walau masih bersisa rasa tersedak. Keadaan ini mengambil masa selama satu jam untuk reda. Allahu, serik rasa.

Roadtour 3B Azdan Quranic Center di Pahang

Assalamualaikum semua, kenal tak siapa sebelah SS ni? Sedondon pula kami.  Alhamdulillah… Terima kasih kat kawan  SS, Hanum  yg mengajak  SS  ke Roadtour 3B Azdan Quranic Center. Sebulan yang lalu memang sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, tambahan dengan keadaan diri yang kurang sihat. Bila di ajak ke sini,  SS  terus setuju. Benda baik yang datang kan, jadi memang tak fikir panjang, terus terima tanpa banyak soal.  SS sebenarnya tak tahu tentang program Azdan ni, tak pernah rasa nak cari pun, sehingga SS dapt whatsapp daripada Khidmat Pelanggan Pusat Quran Azdan yang memperkenalkan dirinya sebagai Ustazah Dee. Baru teringat yang Hanum dah daftarkan nama SS. Masa tu baru tertengok poster. Laaaa ini ke Azdan-nya… Selalu sangat nampak Ustaz Anas Azami dan Ustazah Aisyah Baain lalu-lalang dalam iklan mengaji di facebook . Suka dengar bacaan ustazah. Tapi tak pernah laa nak godek-godek pasal Azdan ni.    Ustaz Fateh mencerikan suasana seminar dengan aktiviti yang bikin s

SSn1