Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kahwin

Perkahwinan yang Kesebelas Tahun

Assalamualaikum. Hari ni ulangtahun ke-11 perkahwinan aku. Alhamdulillah telah sampai ke tahap ini, melepasi Fasa 2 perkahwinan. Dalam duni yang serba mencabar ni, memang betul-betul menguji kehidupan. Kami masih lagi berdua. Masih berusaha, berdoa dan mengharapkan hadirnya zuriat keturunan kami. In Shaa Allah. 

PELEPASAN RENTAS DAERAH UNTUK MAJLIS PERNIKAHAN

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Adik aku bakal melangsungkan pernikahan pada Ahad ini. Sebulan dua ni, memang aku resah gelisah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini. Bergantung pada keputusan kerajaan sama ada terus PKP atau PKPB (Bersyarat). Waktu pengumuman Pahang dapat PKPB aku salah seorang yang yak yak yeh, yak yak yeh... melonjak kegembiraan. Siap menelefon adik dan keluarga semua. Tup tup, pergerakkan untuk rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan. Hancurnya hatiku.... Sedih memang sedih. Down dan stress semua ada. Tapi sampai bila? Tak kan nak mengalah? Berbekalkan sedikit keyakinan, aku pun bincang dengan suami untuk dapatkan surat polis. Kebetulan dua, tiga hari ni suami kerap pergi balai polis untuk uruskan pelepasan rentas daerah dia. Kebetulan dia bertugas di Kuantan sebagai Lighting Programmer sempena Majlis Pemasyuran Bandaraya Kuantan. Dia punya permohonan, sudah tentu lulus. Cuma untuk tujuan aku yang hanya seorang kakak...

TTC's Story #7: Not Very Long Distance Relationship

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  2010 - Aku bertukar tempat kerja jauh dari rumah. Buat pertama kali aku hidup menyewa dengan orang yang aku tak kenal. Mereka satu kampus, cuma lain jabatan. Aku tak pernah masak kat rumah sewa tu. Ye lah, barang orang kan. Dah laa ketua rumah tu garang, tak pernah menegur pun. Bila aku kat ruang tamu nak borak-borak dengan dia, cepat-cepat dia lari masuk bilik. Aku pun tak tahu kenapa. Teman serumah bagitau memang macam tu perangai dia. Terima sajalah. Jadi, aku hanya perlu korbankan cara aku. Tak perlu minta dia ikut cara aku. Cukup sekadar menghormati cara mereka.

Satu Perjalanan Yang Panjang

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Apa khabar semua rakan-rakan blogger SS? Macam mana situasi Covid-19 dan banjir di tempat anda? SS cuma nak kongsi cerita dan pengalaman  SS baru-baru ni. SS mula bercuti pada 30 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021. 5 hari je cuti.  SS ambil cuti sempena adik ipar SS yang ke-4 nak kahwin pada 1 Januari 2021. Al-kisahnya bermula pada 30 Disember 2020 pada hari Rabu lepas. Majlis sepatutnya berlangsung di rumah mertua telah ditukar ke rumah adik ipar SS disebabkan banjir di rumah mertua. Jadi kami semua mula bergotong-royong mengemas rumah adik ipar.  31 DISEMBER 2020 - MALAM BERINAI Dimusim Covid-19 ni kami tak menggalakkan ramai sedara-mara untuk datang membantu. Jadi yang banyak menguruskan semua adalah ayah mertua, bakal pengantin, Adik ipar ke-2 bersama suami & anak-anak sahaja. Suami SS pula tak dapat cuti hari ni. Pulangnya jam 2,3 pagi juga. Ibu mertua SS hilang kudrat sikit disebabkan baru-baru ni,...

Tahun ke-8

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Apa khabar semua? Alhamdulillah, seronok dengar berita PKP kita ni akan berakhir tak lama lagi. Apa pun, SS harap kita semua jangan laa terlalu teruja sangat sampai lupa jaga diri. Kita masih dalam kehidupan norma baharu, kebersihan dan keselamatan perlu diutamakan. Marilah kita sama-sama menjadikannya satu tempoh bertenang untuk kita semua. Sambil tu, boleh laa plan baik-baik perancangan kewangan dan aktiviti masa hadapan. Google Hari ni, ulangtahun perkahwinan SS ke-8. Sekejap je masa berlalu. Masih teringat lagi perjalanan mendirikan rumahtangga, bertunang, diijabkabulkan, pengembaraan ke fasa 1. dan sekarang menghampiri fasa 2 dah. Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami sebagai suami isteri. SS dengan suami jarang sangat bergambar sekali. Kami sendiri tak tahu kenapa. Waktu nak muat turun gambar berdua kat media sosial ni pun, puas SS cari nak letak gambar yang mana. Rupanya dalam ...

Privacy; Suami & Isteri

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum w.b.t...... Sorotan daripada kisah  Suami & Isteri -Dunia Masing-masing   dalam entri sebelum ni. Atau dalam bahasa mudah, suami punya agendanya, dan isteri juga ada agendanya. Masing-masing ada agenda masing-masing. Ada minat masing-masing. Ada gaya hidup masing-masing. Ada budaya masing-masing. Ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Yang membuatkan dua kehidupan ini bersatu adalah mungkin kerana ada satu minat yang sama, atau saling toleransi, atau persediaan untuk mengembara dalam dunia pasangan masing-masing. Paling penting menerima dan menghargai antara satu sama lain. Sumber : Google Suami tak boleh paksa isteri ikut cara si suami. Isteri tak boleh paksa suami ikot cara si isteri. Ini yang selalu menjadi konflik dalam rumahtangga.  Ego kerana tidak mahu belajar dan memahami dunia pasangan masing-masing.  Betul, isteri itu perlu taat pada suami Betul, suami itu perlu membi...

Bicara seorang isteri...

.................              ............................                                        ................................................ ...Aku ni dah 3 tahun berkahwin.... tapi masih terasa baru. B anyak lagi perkara-perkara yang aku masih rasa awkward dengan suami aku.. Tapi 3 perkara yang aku selalu ingatkan diri aku sejak pertama kali menjadi isteri ..... Syaitan sentiasa cari peluang nak hancurkan rumahtangga aku... itu sebab ada gaduh-gaduh, salah faham... tapi kalau sama-sama ikutkan syaitan tu, memang dah lama musnah... tapi kalau kita sama-sama berjaya atasi, padan muka syaitan tu!!! Jadi, aku kena tabah! kena kuat! Nak jadi isteri solehah bukan senang, Allah akan bagi ujian jugak... jadi sekali lagi kena cekal dan tabah menghadapi. Banyak pahala jadi suami isteri ni.. sentuh cuit pun...

POLIGAMI

Assalamualaikum .... jawab dulu salam aku tu... Ok... aku mengumpul segala kekuatan zahir dan batin untuk menaip entri pasal POLIGAMI ni.... Tajuk besar yang memang akan dibantah oleh ramai perempuan dan topik yang membuat lelaki senyum sampai esok pagi... Minggu lepas, aku pergi kursus POLIGAMI ni.... anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) UMP. Dah lama aku tergerak hati untuk membuka minda aku dan lapangkan dada aku untuk menuntut ilmu ni... aku pun tak tahu apa yang menarik minat aku, bila difikir-fikirkan balik ini sebagai salah satu persediaan masa depan (kita tak tahu apa akan jadi hari esok kan. apapun mintak jauh laa kan...) dan ini pun salah satu tuntutan agama untuk menuntut ilmu.  Perempuan mana suka berkongsi... Lelaki mana tak teringin lebih satu isteri... Itu lumrah hati. Penceramah pertama bukan calang-calang orang iaitu Tuan Guru Shaikh Dr. Hj. Jahid bin Hj. Sidek Al-Khalidi . (klik kat nama Tuan Guru tu untuk biografi). ...

IJAB & QABUL

Kredit gambar kepada  MeghaaMoment Studio  / Jihan Meghaa Ismail Dengan Ijab & Qabul Maka terjadilah perubahan besar Haram menjadi halal Maksiat menjadi ibadat Keji menjadi suci Kebebasan menjadi tanggungjawab Nafsu menjadi cinta dan kasih sayang Subhanallah... Indahnya janji Allah. "Siapa kenal pengantin lelaki dalam gambar di atas tu.."

Yang LEBIH berharga, LEBIH bahagia

Assalamualaikum... Aku suka tengok gambar kahwin. Aku suka tengok hasil-hasil kreatif jurufoto. Aku suka tengok gelagat-gelagat pengantin yang sedang bahagia. Aku suka melihat kemeriahan & pancaran wajah-wajah bahagia setiap yang menghadiri kenduri perkahwinan. Tarikh Kenduri : 18 November 2012 Pelamin : Tiada Bunga Tangan : Tiada Meja makan beradap : Tiada Hiasan bilik : Hanya langsir dan cadar sahaja. Tiada  yang hebat-hebat. Semua biasa-biasa saja. Sangat simple. YANG LEBIH BERHARGA. Saat itu, Pengantin ambil lauk sendiri dan masuk makan kat dalam rumah dengan ayah pengantin perempuan. Sebab kat luar dah penuh dengan tetamu dan rombongan pihak lelaki.. Ayah pengantin kurang sihat sikit.. Tambah pulak kat luar panas. Masyaallah. Indah sungguh rasa ini. Kata AjiYusop : "Lauk pengantin sama je macam orang lain, ambil sendiri lauk. Gulai nangka, kerabu mangga, ikan goreng, sambal belacan. Tiada ayam masak merah, ...

Maaf Zahir dan.....

Assalamualaikum... Last update itu hari 15hb Ogos yang lepas. Ni dah masuk September. Makk aiii, lama benor tak update entry baru. Raya sakan betol aku tahun ni ye.. ehhehe... Mana tak sakan, tahun ni aku dah tak raya bujang lagi dah.. aku dah berteman dah.. jeng jeng jeng.... Lepas raya baru ni sempat la buat kenduri skit... meraikan kami berdua ni.. Pas selesai majlis kami kene gosok periuk.. hahaha, pengalaman yang tidak dapat lupakan... Periuk tu besor sangat,. Aku pun boleh muat dalam periuk tu tau. heheheh Lepas tu, nk ngemas2 rumah lagi... 2,3 hari jugak la. Pastu kawan-kawan pulak buat open house. Jenuh keliling kampung pergi rumah terbuka. Tapi best! Tak dapat nak taip banyak2 ni. Masa terhad. Insyaallah ada kesempatan nanti aku upload gambar-gambar n story morry bab KAHWIN pulak ye.. heheheh Dikesempatan ini aku nak mintak ampun maaf, zahir dan batin atas segala mana yang terlebih terkurang tu... okeh. Ari tu tak sempat nak post e-kad kat korang.

Kahwin Umur Belasan, Ada Bran???

Assalamualaikum... Aku dapat di youtube video ni. Majlis Perkahwinan Syafiq (16 tahun) dengan pasangannya Yana (14 tahun). Hari baik, bulan baik ni.. marilah kita doakan kebahagiaan mereka... Walau umur masih belasan, banyak tanggungjawab yang akan mereka pikul di usia muda. Mampukah mereka? Insyaallah. At least mereka berjaya menolak segala maksiat dan tidak menghampiri zina. Perkahwinan adalah suatu tuntutan dan sunnah nabi. Dah cukup umur, cukup syarat zahir batin, boleh la kahwin kan...  Matang tak matang, bila dah kawin ni matang tu otomatik datang sendiri. Kahwin kan melatih diri menjadi lebih bertanggungjawab dan melatih untuk membaiki kesilapan diri. Tengok video ni, aku rasa sweet jugak dorang ni.. hehehe. Masih ketara kebudak-budakkan. Comel je... Daripada gambar ni, aku rasa budak ni orang Pahang. Sebab ada sorang pakcik tu aku nampak pakai baju tertulis KK Rompin FC' pada minit ke 00:04. Pada minit 08:17 hingga akhir video, lokasi di Tasik Chini, P...