Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Mencari Diri Merawat Hati

Mencari Diri Yang Hilang

Dalam kekalutan dan kesibukan mencari diri, kerja dan rutin harian menjadikan diri ini agak 'hilang diri'.  Tak tahu apa yang berlaku kepada diri sendiri. Terasa hilang sesuatu.  Dari pagi rasa nak makan,  tapi tak makan-makan tak tahu nak makan apa, tak tahu nak makan kat mana, tak tahu nak masak apa, Sampailah habis waktu rehat. Balik rumah, Fikir pula untuk makan malam. Pujuk-pujuk diri sendiri Tetap tiada jawapan. Pusing-pusing kawasan... Ke Kampung dan ke Bandar  Masih tiada jawapan diri Maknanya hari berlalu dengan rasa kosong. Semangat diri yang hilang entah ke mana. Banyak kali juga SS jadi macam ni. Adakah kerana SS stress? Atau burn out? SS tak faham dengan diri sendiri. Sebagai manusia, adakah ini normal?  Salah satu aktiviti memenuhi diri yang kosong menghadiri ceramah Ustaz Wadi. 

BAGI PELUANG & MAAFKAN

FROM GOOGLE Kita kena ingat, mana ada manusia yang sempurna.... Kalau dia buat salah hari ni, bagi je lah peluang.. macam laa seumur hidup dia, seumur itulah dia bersalah... tak... tak... Tengoklah dari sudut positif, Nilailah dengan akal yang waras, Pasti akan nampak yang baik-baik. Bagi peluang kepada diri sendiri untuk maafkan diri sendiri dan maafkan juga untuk orang lain. Kita, tak pernah buat silap ke?

Spontaneous Thursday #7

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Sebenarnya dah lama sangat tak buat Spontaneous Thursday ni... Last buat pun 2015. Kemudian, lama juga tak singgah blog sendiri. Asal nak taip je, hilang idea. So, kali ni spontan je lah.. Taip je apa yang rasa nak taip... Bagi hidup blog ni je.. Macam suram je haa..   Percaya tak... Dengan mensyukuri apa yang kita ada itu, membuatkan kita lebih bahagia... lebih berlapang dada. Kadang-kadang mungkin kita tak nampak apa yang ada dekat dengan kita. Kita masih bernafas, masih ada anggota tubuh yang sempurna,ada daya ingatan yang boleh menggamit segala memori suka duka. kita ada suami/isteri, ada anak-anak, anak mak ayah, ada kerjaya, ada kereta, ada rumah....makan cukup.... Allahurobbi, kalau nak senaraikan ni memang laa banyak, tak terhitung... Lihat juga lah, sekeliling kita ada orang yang jauh tidak bernasib baik seperti kita...  Semua rezeki itu dari Allah... Ada hikmah disetiap apa yang tel...

MENCINTAI KETIDAKSEMPURNAANNYA

Sekali disahkan akad yang terlafaz, maka jadilah kita pasangan yang akan menempa hidup bersama... sampai bila? Tiada jawapan dari kita. Tapi yang pasti, b erusaha dan berdoalah moga ikatan perkahwinan kekal bahagia sampai ke syurga. Dalam dunia ni mana ada orang yang sempurna? Kita sendiri mahupun pasangan hidup kita... Tapi kedua-dua ketidaksempurnaan inilah yang melengkapkan satu sama lain. Belajar menerima dan mencintai kelemahan pasangan akan mudahkan urusan rumahtangga kita. Setiap hari, ucapkanlah sayang pada pasangan walau dengan apa cara sekalipun. Setiap hari, mohonlah ampun dan maaf. Setiap hari, ucapkanlah terima kasih. Kuasa ucapan sayang, maaf dan terima kasih mampu menaikan semangat, menenangkan jiwa dan meringankan segala penat lelah tugasan kita seharian. Mudahan-mudahan pasangan kita adalah jodoh kita yang kekal sampai syurga. Andai pengakhirnya bukan untuk kita, pasti hikmah Allah itu mengatasi segalanya.

MENSYUKURI ANUGERAH TUBUH YANG TERINDAH

“Sesungguhn ya telah Kami kurniakan kepadamu kenikmatan yang melimpah ruah.” Al-Kautsar : Ayat 1 Sejak mula melangkah ke alam persekolahan, kita didedahkan dengan ilmu asas ini. Pengenalan tubuh badan manusia dan fungsinya. Bila semakin dewasa, mungkin kita semakin lupa yang asas ini. Allah tidak menjadikannya dengan sia-sia. Subhanaallah…. Tak perlu tengok yang jauh di mata. Lihatlah kepada diri sendiri . Rambut, dahi, kening, mata, hidung, mulut, lidah, tangan, badan, kaki…. Syukur semua masih sihat. Aku masih mampu berdikari. Urusanku bertambah mudah dengan adanya anggota badan yang terindah ini. Kerana anugerah ini, aku masih mampu menatap wajah-wajah yang aku sayang. Masih mampu membelai tubuh yang aku kasih. Masih boleh berkongsi rasa. Andai hilang, pasti aku rasa sakit merindu. Aku bersyukur kerana semuanya masih sempurna. Punya kekuatan untuk aku berdikari dan berbakti kepada keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling. Andai hanya jasad ter...

MENSYUKURI SEGALA NIKMAT ILAHI

Google je... “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pasti akan selalu ingat kepadamu dan bersyukurlah atas nikmat-nikmat-Ku dan janganlah kamu mengingkari-Ku” Al-Baqarah : 152 Syukur masih bernafas. Syukur masih waras. Syukur masih sihat. Syukur masih ada kenangan terpahat. Syukur masih ada suami. Syukur masih melengkapi. Syukur masih ada mak & abah. Syukur masih ada tabah. Syukur masih ada kedua mertua. Syukur masih sempat menyayangi mereka. Syukur masih ada adik-adik kandung, adik kakak ipar. Syukur masih tidak berlapar. Syukur masih ada anak-beranak, saudara-mara. Syukur masih gagah ke timur, barat, selatan, utara. “Ketika Tuhanmu mengumumkan : Jika kamu bersyukur, pasti Aku tambah untukmu, jika kamu berlaku ingat, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” Surah Ibrahim:7 Syukur masih ada kerja. Syukur masih ada semangat waja. Syukur masih ada tempat berlindung. Syukur masih hujan panas berbumbung. Syukur masih ada kenderaan. Syukur masih ada kekuatan. S...

Anggota Yang HOT !

Kita lahir dengan dua mata yang 'hot' di depan muka kita.. Supaya kita sentiasa melihat ke depan, melihat masa depan kita.. dan jarang-jarang sekali kita pandang ke belakang... Kita lahir dengan dua telinga yang 'hot'... Supaya kita dapat mendengar dari dua sisi... Mengumpul pujian dan kritikan Memilih mana yang benar, mana yang salah... Kita lahir dengan otak yang 'hot'... Terselamat dalam tengkorak kepala.. Tiada siapa yang mampu curi apa yang ada di dalam sana.. Idea dan fikiran kita... Isinya lebih bernilai daripada emas dan wang ringgit... Kita lahir dengan satu mulut yang 'hot'.. Kenapa satu sahaja? Kerana ia sangatlah tajam.. Boleh menyakiti, Boleh membunuh, Boleh menggoda... Kita lahir dengan satu hati yang 'hot'... Tempat lahir segala emosi... Satu hati melengkapi penglihatan, pendengaran, percakapan dan akal fikiran keseimbangan diri. Bersyukurlah! Anda "HOT" jika anda menggunakan anggota ini ...