Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Durian! Durian! Durian!

Google jeww... Haaaa... musim durian datang lagi...  Aku ni masa zaman sekolah dulu memang suka bau durian, wangi.... bau yang fresh air laa.. kalau bau yang dalam air-cond tu, aku pun pening... cuma masa muda remaja, aku memang tak boleh makan durian, tak boleh nak terima dek tekak aku ni.. tak tau laa pasai pa... Kemudian, dah meningkat dewasa, tetiba mai teringin nak makan durian dengan sendirinya. Sekali makan, ffuuuhh penangan dia, memang memukau.. SEDAAAPPP rupanya raja buah ni.. Sejak dari tu, sampai sekarang, durian dah jadi buah favourite aku dah... Semalam, berbuka puasa kat Restoran Arab, Kuantan. Boleh review SINI . Sebelum berbuka tu, kami pi ronda-ronda servey durian. Ada satu port jual buah di Kuantan. Servey laa kat situ kejap. Tapi tak beli pun. So hari ni, tak boleh jadi... kena juga pergi cari durian.. So petang tadi dah pergi beli durian di bandar Pekan. Well, makan laa puas-puas selepas berbuka tadi. hehehe... Tadi aku beli 3 jenis durian. 

Gaya Rambut Anak Perempuan

Assalamualaikum.. Saja-saja aku online, google gambar-gambar style rambut. Tetiba terjumpa gambar-gambar gaya rambut untuk budak-budak & remaja perempuan. Rasa seronok laa pula.. ni kalau ada anak perempuan ni, memang aku bela rambut panjang sikit supaya boleh buat pelbagai style. Ok. ni antara gaya rambut yang aku paling minat. Simple, cute n very nice!!! Jom tengok cara buatnya kat bawah ni. Ok. ini antara yang aku minat jugak ni....  Macam-macam gaya kreatif kan... Subhanallah.... seronok tengok. Tinggal nak buat je ni haa.. tengah fikir siapa boleh jadi mangsa aku untuk aku cuba style rambut-rambut ni. hehehe. Aku dah 3 tahun berumahtangga, tapi aku dan suami masih berusaha gigih lagi, dan tak jemu berdoa.. Pasti ada hikmah kenapa lambat kan.. Allah lebih tahu.  Daripada Aisyah r.a., daripada Rasullullah s.a.w baginda telah bersabda yang bermaksud :  &quo

Qasar Saba - Arab Cuisine

Assalamualaikum...... (pssttt.. jawab dulu salam tu...hehehe) Petang tadi berbuka di Restoran Arab. Feeling Arabic sikit lepas dengar lagu Kun Anta - Humood Alkhuder. Catchy2 song kan... dah jadi kegemaran rakyat Malaysia. Makanan Arab ni salah satu yang terbaik juga untuk kesihatan kita. Restoran yang aku pergi ni namanya Qasar Saba.  Rupanya banyak cawangan dia. Ada di Ipoh, Kuala Lumpur ... Tapi husband aku kata, di sini masakkan arabnya macam dah taste Malaysian sikit, so kita masih boleh terima cara masakannya berbanding Restoran Arab yang lain.. Harganya pula, jauh lebih murah berbanding restoran arab yang lain di Kuantan ni. Selama menunggu hidangan, aku dah rasa macam duduk di negara Arab je bila dengar dorang bercakap waktu kalut-kalut nak hidang untuk pelanggan. Aku rasa kat sini seorang je yang boleh bercakap Melayu. Yang lain semua speaking arab sesama mereka dan basic English dengan customer. Tadi makan kami berempat. Aku, husband, dan mak abah mertu

Jahit Manik

Assalamualaikum... Apa macam tema baju raya tahun ni? Baru seminggu puasa, dah tanya pasal baju raya kan... Biasa laa orang perempuan, selalu nak buat persiapan awal... tambahan awal2 puasa ni pun banyak k edai jahit dah tak ambil tempahan dah ... makannya kene luangkan masa pergi cari yang siap. Lebih kurang je harganya beli siap atau tempah. Tambahan pula keadaan sekarang yang semua benda kena bayar lebih .. mahal.. terasa laa juga. Kita yang jadi Menteri Kewangan kat rumah ni, awal-awal lagi dah kena buat perancangan bajet keluarga supaya dapat buat perbelanjaan dengan penuh hemah. Perlu laa jadi pengguna bijak kan. Berbalik pada tajuk, ini sebenarnya 'throwback' aku 2 tahun lepas. Aku baru jumpa gambar-gambar tu dalam external hardisk aku. Tapi ilmu yang aku belajar tu kan untuk sepanjang tahun selagi tak nyanyuk laa kan. hehhehe Aku ada sertai Bengkel Jahitan Manik yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti . Aku ingat Kolej Komuniti ni khas untuk pelajar-pelajar d

SSn1