Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Terawih

Penuhkan Saf Yang Lopong

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum. Syukur sangat keadaan sekarang dah boleh solat berjemaah rapat-rapat, walaupun hanya sejadah yang dirapatkan. Tetap keadaan saf lebih baik berbanding tahun lalu yang solat pun  selang-selang lopong. 

Kenangan Ramadhan 2021

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum.... Tahun lepas, sebulan tak dapat aura solat jemaah macam ni. Kali pertama PKP kan, solat pun kat rumah saja. Tapi tetap bersyukur sebab hikmahnya boleh belajar cara solat terawih sendiri. Pengalaman juga tu. Waktu tu juga, ambil peluang untuk aktif blogging semula setelah sekian lama blog bersawang. Banyak masa kat rumah kan, data internet pun dapat percuma kan waktu tu? Apa lagi, laptop memang terpasang 24jam lah. Walaupun begitu, tetap merindukan aura solat berjemaah di masjid, rindu bau waktu terawih tu. 

TERAWIH SEORANG AKU

....ASSALAMUALAIKUM. Biasalah bulan Ramadhan, rindu dengan tarawih... dengan laungan kalimah-kalimah indah dari bilal dan jemaah.... bergema satu masjid... seronok rasa... memang dari kecil lagi dah family dah dedahkan aku dengan solat tarawih.. bezanya dulu, pergi masjid dengan keluarga, sampai kat masjid solat satu saff dengan kawan-kawan... bila dah besar sikit, aku pergi dengan mak abah dan arwah Tok, sampai selesai solat laa, aku akan satu saff dengan mereka... pastu dah kahwin ni, pergi dengan suami laa pulak kan. .. pergi lah dengan siapa pun, tapi paling shahdu, dan paling rindu adalah pada kalimah yang dilaungkan dalam masjid tu, sepanjang tarawih berlangsung. COPY DARI BLOG AL-AZKAR Terawih 8 rakaat ke.... 20 rakaat ke buatlah ikut kemampuan kita. Ukurlah dari segi kesihatan, masa, dan apa saja. Tak kira laa di rumah, atau di surau atau di masjid. Mana yang selesa untuk kita. Tapi bagi aku, aku suka berjemaah di masjid. Seronok bila dapat solat ramai-ramai....