Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Cantik

JIHAD EKONOMI PALESTIN BERSAMA AL'ARD

JIHAD EKONOMI PALESTIN Jihad berasal dari perkataan Arab ‘jahada’ bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah dalam perbagai cara. Jihad juga bermaksud penentangan terhadap anasir-anasir yang ingin merosakkan negara. Selain itu, peperangan suci melawan orang kafir kerana mempertahankan agama Islam juga adalah jihad. Gabungan definisi ini jelas bahawa jihad itu adalah sebuah kecekalan perjuangan menegakkan perkara yang benar bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T. Kita semua sedia maklum peperangan di bumi Palestin. Selain jihad memboikot produk-produk zionis, kita juga boleh memperkukuhkan ekonomi Palestin melalui produk-produk keluaran bumi anbiya’ (para nabi) itu. Ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial umat Islam untuk membantu sesama Muslim. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang banyak harta adalah orang-orang yang sedikit (kebaikannya) pada hari kiamat kecuali orang yang diberi harta oleh Allah lalu di...

Tabiat Suka Koyakkan Kutikula

Setiap orang ada tabiat tersendiri, tapi ini salah satu tabiat SS.

Isterisihat Cetus Rumahtangga Bahagia

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  WANITA NADI RUMAHTANGGA. Wanita merupakan makhluk terindah ciptaan Allah S.W.T, sehingga terdapat surah An-Nissa satu-satunya surah yang menceritakan keseluruhan perihal wanita dalam Al-Quran. Wanita, seorang isteri, ibu, kakak, adik, anak semuanya merupakan hiasan dunia. Boleh bayangkan dunia tanpa wanita? Apa jadi agaknya?. Biasa kita dengar ayat;  “disebalik kejayaan lelaki berdirinya seorang wanita”,  “disebalik kejayaan seorang anak ada doa seorang ibu – doa ibu yang tiada hijabnya”. 

10 Fakta Gel Pembersih Wajah Tanah Liat Azyma Care

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Memang dah lama jatuh cinta dengan produk-produk Azyma Care. Biasanya pakai Body Wash sahaja, tapi apabila mereka keluarkan pencuci muka, memang tak lepaskan peluang untuk membuat tempahan. Dah pakai sebulan yang lalu. Kali ni, sekali lagi repeat order . 🤗 

Gel Pembersih Wajah Tanah Liat Azyma Care Bebas Sabun dengan Kebaikan Royal Jelly dan Propolis Lebah

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Terkejut dengan berita status terkini Covid-19 hari ini telah melebihi angka 20 ribu. Allahu. Terdiam dibuatnya. Hanya Allah yang tahu rahsia disebalik semua yang berlaku ni dan kita, teruslah berusaha untuk jauh dari virus Covid-19. SS e nggan mengulas lebih lanjut mengenai covid-19 yang akan menjadikan kita semakin tertekan dengan melihat angka semakin melonjak dan macam-macam kejadian dalam negara. Adalah lebih baik SS review satu produk buatan Malaysia yang berkualiti dan bagus untuk kulit wajah daripada Azyma Care.

Pilihan Ramadhan : Lipstik atau Pelembab Bibir?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Google Bila sampai bulan Ramadhan, setiap kali nak keluar rumah, akan terfikir sejauh mana lipstik ni mampu memberi manfaat kepada bibir? Rutin SS pergi kerja memang pakai lipstik. Cuma sejak mula pakai pelitup muka ni, jarang sangat SS nak pakai. Nanti melekat-lekat kat pelitup muka, kotor pula. Setiap kali pakai lipstik dan pelitup muka, mesti akan tukar lepas buka pelitup. Rasa macam membazir pula.  Tapi, bila dah puasa ni, kalau pakai lipstik batal puasa tak? Kot-kot laa, termasuk dalam kawasan dalam mulut tanpa disedari?

Sebuah Penghargaan untuk Hubbub - Spa Muslimah Kuantan

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Pahang dah PKP oiiii.... Teringat waktu PKP Mac tahun lalu, 3 bulan terperap kat rumah seronok tu memang laa seronok sebab SS ni work-a-holic. Memang jarang cuti. Pergi balik kerja pula, memang tak jumpa matahari. Sampai pejabat jam 8.00 pagi, balik rumah kadang-kadang 2.00pagi. Kadang-kadang laa.... Sekali dua je pernah balik 5.00pagi. Dan pernah 2 kali tidur kat pejabat. heheheh... melampaukan. Tapi itulah, biasanya kerja-kerja adhoc je jadi macam tu. Jadi, waktu PKP tu memang terperap betul kat rumah. Tak berani nak keluar pergi mana-mana. Terbayang kat luar rumah tu, zombi berkeliaran merata-rata. Ok, ini pengaruh filem. 3 bulan di rumah menyebabkan postur badan jadi tak betul. Paling ketara adalah sakit pinggang. Di rumah pun seharian mengadap laptop. Waktu PKP tu SS kat rumah mertua, tak ada tempat yang proper untuk Work From Home (WFH). Jadi, mengadap laptop sekejap kat meja makan, sekejap kat coffee table depan T...