Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

The Kampung Boy oleh Lat

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Sambil-sambil Bekerja Dari Rumah (BDR) ni, sambil-sambil tu terapi minda dengan bahan bacaan santai. Tapi, kali ni tak ada lah nak baca sangat sebab buku ini lebih kepada wordless. Patutnya pos entri ni hari Rabu lepas kan? Sempena Wordless Wednesday. Lama dah tak buat. Zaman muda remaja dulu suka juga buat Wordless Wednesday dalam entri. Tapi tak apa lah, tujuan SS buat entri ini pun sekadar untuk berkongsi bahan bacaan sahaja. Siapa tak kenal dengan karya hebat dan popular hingga ke luar negara. Kampung Boy karya penulis dan pelukis bernama Lat. Dulu-dulu selalu keluar televisyen. SS tak pasti sekarang masih ada dalam kaca televisyen atau tak?. SS beli buku ni pun sebab nak simpan buat koleksi untuk cucu cicit SS nanti. Hehehe, jauh berangan walaupun SS masih ikhtiar hamil. Tak salah kan? Mana tahu, angan-angan Ramadhan menjadi kenyataan. Amiinn.. Berbalik pada buku ini karya Lat ni sampai ke peringkat antarabangsa dan menang p

Thank You Cik Miela

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Sumber : Google Entri ini merupakan pos penghargaan kepada Cik Miela   kerana telah memilih SS sebagai salah seorang yang terpilih sebagai bloglist beliau setelah menyertai segmen bloglist yang dianjurkannya. SS tak sangka akan terpilih setelah berhempas-pulas dengan masalah entri hilang hari tu. Apa pun, SS harap semangat blogging ini berterusan. SS sendiri pun banyak nak kena belajar pasal dunia blog ni. Walau pun dah lama ada blog, tapi SS tetap tak berapa pandai. Nak belajar pun terkial-kial satu dua perkara.   Terima kasih meluangkan masa di blog ini. "Semoga semangat menulis blog dan ukhwah berterusan."

Birthday Giveaway Anisa Anuar Official Blog

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Birthday Giveaway Anisa Anuar Official Blog Haa biasanya SS join segmen. Tapi kali ni SS di- tag oleh Radhia Razali  . Terima kasih Radhia Razali. Makanya SS sangat berbesar hati untuk menyertai Giveaway (GA) ni. Memandangkan entri kali ini adalah Birthday Giveaway, jadi, dikesempatan ini, teristimewa untuk Anisa Anuar SS nak ucapkan Happy Belated Birthday. Doa SS, semoga Allah permudahkan perjalanan hidup Anisa Anuar, dilimpahkan rezeki seluas lautan dan diberkati umurnya. Aamiin.  Sumber : Google Bagi menyokong dan memeriahkan Giveaway ini, dengan sukahatinya SS ingin tag 3 sahabat blogger SS iaitu : NA,   Silah Hassy,   Sunah Sakura. Sebenarnya bila SS terjah blog Anisa Anuar tu, teruja juga pasal produk NIQA tu. Macam dalam gambar di atas tu. Instant Stain Remover For Fabric. Sejujurnya SS tak pernah dengar pasal produk ni. Tapi tengok pada rupa bentuk yang simple, warna yang lembut dan

Hebatnya Ahli Sufi

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Satu lagi bahan bacaan musim PKP ini. Kita sedia maklum bahawa ahli sufi ini adalah orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar iman dan taqwa. Perjalanan hidup mereka mengikut cara hidup Rasullullah s.a.w. Mengamalkan cara hidup yang sederhana dan tidak terpengaruh dengan kemewahan dan keseronokkan dunia. Hidup mereka adalah untuk akhirat. Pendek kata, hidup mereka mengutamakan Allah S.W.T berbanding yang lain sehingga Allah mengutamakan mereka dengan yang lain. Diberikan kelebihan-kelebihan mereka, sesuai dengan amalan para sufi ini. Mereka adalah golongan yang berani kerana tidak takut mati.  Mereka adalah golongan yang pemurah kerana tiada langsung sifat kedekut.  Mereka adalah golongan yang pemaaf kerana tidak pernah rasa terluka oleh kesalahan insan. Mereka adalah golongan yang tiada hasad kerana akal dan hati hanya kepada Yang Maha Haq. Bibir mereka sentiasa dibasahi zikrullah.  Hati mereka sentia

Ucapan Hari Guru, Bikin Ku Terharu

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Semalam, 16 Mei 2020 merupakan Hari Guru. Aku mendapat banyak ucapan daripada pelajar aku. Rasa terharu. Sebenarnya aku bukanlah seorang pensyarah. Tapi aku cuma seorang pegawai yang bertanggungjawab menyemarakkan dan membentuk mahasiswa melalui kebudayaan & kesenian. Tugasan ini memang mencabar. Lebih-lebih lagi bila bekerja di sebuah universiti teknikal. Cuma,  apabila pelajar menggelarkan aku sebagai seorang guru, aku rasa itu satu penghargaan yang sangat tinggi yang mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Aku bekerja di Pusat Kebudayaan UMP. Staf kami cuma 6 orang sahaja dalam universiti yang terdiri daripada seorang pengarah, seorang ketua pegawai dan 4 pegawai kebudayaan. Bertambah mencabar, bukan? Tapi aku bersyukur kerana dengan pekerjaan aku ini telah menjadikan aku rapat dengan mahasiswa. Pendek kata, akulah tenaga pengajar, akulah kakak, akulah ibu, akulah penasihat, akulah rakan.. kerana peranan-peran

Alpa

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Salah satu bahan bacaan yang mampu menjentik hati.  Tertarik dengan tagline pada buku ini : "Dalam dunia bukan hanya kau seorang yang berdosa". Sebagai manusia, banyak benda yang kadang-kadang membuatkan kita terlupa.  Jadi, buku ini salah satu cara yang akan mengingatkan kita supaya tidak lalai dengan dunia.  Ringkas sahaja isi dalam buku ni, namun yang lebih penting adalah inti untuk mengisi jiwa. Isi-isi yang ada dalam buku ini berbentuk 'quotes'.  Satu malam pun dah boleh habiskan bacaan.   Terima kasih meluangkan masa di blog ini. "Diri sentiasa perlu diingatkan walau dengan apa cara sekalipun."

Kicap Kollagen

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Dah hujung-hujung Ramadhan ni, kadang-kadang tak tahu nak masak apa dah. Tekak ni nak makan menu ringkas-ringkas je . Kali ni SS nak kongsi menu pilihan suami SS iaitu Kaki Ayam Masak Kicap atau SS namakan Kicap Kollagen. Kenapa namanya sebegitu rupa? Ini kerana, kaki ayam merupakan sumber kolagen asli . Jadi, sesiapa yang perlukan kolagen, cukup sekadar makan kaki ayam. Sebenarnya ramai je kawan-kawan SS tak selera nak makan kaki ayam. SS dulu pun tak makan, tapi bila semakin tua ni, rasa macam suka pula makan kaki ayam, terutama yang buat sup. Kaki ayam perlu dibersihkan betul-betul. Bahagian kuku dan tapak perlu dipotong.

Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Entahlah apa nasib SS hari ni. Ni kali ke-4 SS taip entri ni. Entri mula-mula SS taip, bukan main panjang lagi. Waktu itulah idea datang mencurah-curah. Kemudian, bila SS publish , tiba-tiba entri hilang. Yang ada tajuk entri sahaja. Ok, Mungkin SS terpadam. Kemudian SS buat entri ke-2, pun masih panjang. Pun, lepas publish , entri hilang. Tak tahu apa masalah. Mungkin salah tekan setting , tapi tak ada pula tekan apa yang pelik-pelik. Atau ada gangguan internet?. Masa ni dah rasa frust. Hampir tunjuk perasaan tak nak masak dah. Ok, ini melampau.   Rasa nak marah akibat kecuaian sendiri. Tapi nak marah pun tak bersebab juga. Tak tahu apa punca. Taip pulak entri ke-3, tapi dah tak sepanjang tadi. Dah cun, taip pun dengan senyuman, SS pun tarik nafas dan klik publish. Aiiihhh.. tak ada juga. Kat saving post pun tak ada entri. Ada tajuk sahaja. Waktu ni mula terdetik, adakah SS je yang tak nampak entri sendiri? Tapi, macam mustahil

Rindu Pejabat

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Hari ni terpaksa masuk pejabat 3 jam untuk siapkan dokumen. Tempat kerja SS dah benarkan untuk masuk pejabat dan pinjam aset untuk Work From Home (WFH). Bermula hari ini sehingga 19 Mei 2020 sahaja. Pergerakkan keluar masuk perlu direkodkan. Tapi, SS tak ada apa nak bawa balik pun, cuma nak selesaikan kerja berkaitan kewangan sikit. Bab kewangan ni tak boleh dilengah-lengahkan.  Tapi keluar saja dari kawasan rumah lebih kurang dalam jam 10.00 pagi, uish, banyak juga kereta. Pandang kiri kanan, pasaraya, Mr.DIY, 7-Eleven, pejabat J&T berbaris orang beratur untuk urusan masing-masing. Berniat juga lepas balik kerja nak singgah freshmart. Nampaknya niat tidak kesampaian. SS masih takut nak terdedah sangat. Tapi cuaca, Subhanallah. Kalau dulu selalu nampak kelabu je. .. tapi kali ni keluar rasa udara segar, pandangan pun jelas. Ini salah satu hikmah Allah turunkan makhluk Corona tu kan?   SS belanja sikit gambar k

Notis Terakhir Untuk Perokok

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Jeng jeng jeng... biasanya perokok tak berapa gemar artikel sebegini. Hehehe. Suami SS pun pernah jadi perokok tegar. Saja je beli buku ni waktu pameran buku Big Bad Wolf. RM3 je , apa salahnya beli, kan?. Tambah juga ilmu pengetahuan sikit sebanyak. Sejak baca buku ni, suami jeling-jeling je. Alaaa, bukan SS suruh dia baca pun.. Tapi ye lah, comfirm dia baca cover kan? Sebab tu menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang.... eh!. Seperti biasa, SS senyum-senyum aje. Peringatan dalam diam je. Hik hik hik. Buku ni menceritakan tentang pengalaman penulis yang berjaya berhenti merokok selama 12 tahun. Banyak tips yang dikongsikan untuk mereka yang berazam berhenti merokok sehingga ke kaedah hipnoterapi. Masyaa Allah. Kalaulah dah berniat di hati, kena kuatkan semangat untuk ikut segala tips yang diberi. Struggle is real. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? SS doakan rakan-rakan yang berniat nak b

Terima kasih Abam Kie

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Google Entri ini merupakan pos penghargaan kepada 'The Man of The House' iaitu blogger yang dikenali ramai sebagai Abam Kie kerana menganjurkan Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie.  Dan keputusannya telah diumumkan di SINI.  Selalunya SS tak pernah bertuah pun bila join segmen-segmen oleh rakan-rakan blogger ni. Tapi kerana niat nak menyokong penganjuran, lagi pun tak susah mana pun segmen Abam Kie tu, semuanya di hujung jari. Akhirnya tidak ku sangka, cempedak menjadi nangka, rupanya ada tuah SS dalam segmen tu sebagai Pemenang Bertuah. Dapatlah topup Maxis RM5. Yeaaahhh!!! Happy sangat! Semoga Allah limpahkan rezeki untuk Abam Kie sekeluarga. Aamiin Yaa Rabb. Boleh laa anjurkan lagi segmen lagi...  Tahniah juga diucapkan kepada rakan-rakan lain yang berjaya dan bertuah.   Terima kasih meluangkan masa di blog ini. "Sama-sama memeriahkan dunia blog. Kalau kita tidak menyokong r

Anding Ayangan II by RAM

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Kalau dah minat tu, memang tak boleh nak cakap apa la. Tambahan pula musim terperap dalam rumah sekarang ni. Makin menjadi-jadi aktiviti membaca novel ni. Novel ni adalah sambungan dari karya Anding Ayangan.    SS rasa, ini antara novel yang paling tebal kot. Atau mungkin, jenis kertas yang digunakan itu menyebabkan dia menjadi tebal. Boleh tahan juga la rasa tangan SS nak tampung berat buku tu. Sampai tergeliat pergelangan tangan. SS tak salahkan novel, sebenarnya cara SS yang membaca ni yang tak betul. Terbaring lah, tertiarap la, terngiring lah, macam mana tak terpeleot tangan tu. Tapi novel ni memang antara yang berat. Tangan SS pula insan yang lemah.  Walaupun tebal & berat, pengembaraan ini haruslah diterokai sehingga akhirnya. Cerita memang best. Dongengan yang memanipulasi fikiran seolah-olah ia wujud di bumi nyata. Macam biasa, membaca novel karya Ramlee Awang Mursyid ni perlu fokus dan AMARAN

Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Uisshh.. dah lama bebenor SS tak join segmen-segmen ni.. Tapi kali ni kita try saja laa tanda support rakan-rakan blogger kita ni. Sambil tu dapat juga mengeratkan silaturrahim dan mana tahu rezeki kita dapat rakan-rakan baru, ye dak?. Tengok-tengok, mak aiii.... hari ni dah last segmen ni. Sempat lagi kalau korang nak join pun. Syarat-syaratnya sangat simple. Boleh klik kat banner di bawah ni untuk terus ke blog Abam Kie. Saya sudah...  Anda? Tunggu apa lagi?  Jom kita terjah blog Abam Kie.  Terima kasih meluangkan masa di blog ini. "Happy Blogging!!!"

Air Detox

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t Kalau dah bulan puasa, kadang-kadang air satu jag memang tak cukup untuk iftar. Lebih-lebih lagi kalau keluarga besar. Si ayah nak ais. Si ibu nak air panas. Anak-anak pula nak air buah... Uish, macam-macam jenis air buat. Kadang-kadang sebulat suara ahli keluarga nak Lai Chi Kang. Ada masa tekak rasa nak air masam-masam, buat la air oren, air sunquick, air teh o limau. Ada masa cukup simple dengan sirap sahaja. Esok pula sirap lagi, special sikit ada laa buah laici dalam sirap. Nak lagi special, add on daun pandan dan selasih.  Tengok juga pada kerajinan pembuat dan mood nak minum air apa. Lusa pula permintaan sirap lagi, tapi masuk susu sikit, jadilah air bandung. Ada masa cukup air kosong saja. Macam-macam ragam kan?. Itu lah warna warni keluarga bila dapat berkumpul waktu berbuka puasa. 

Anding Ayangan by RAM

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  SS memang suka membaca. Cuma sejak bekerja susah sangat nak cari masa untuk diri sendiri dengan membaca. Ada saja kerja yang lebih penting minta dibuat selain membaca. Zaman muda remaja dulu, memang banyak novel SS akan baca. Bila masa dah mula terhad, nampaknya SS kena hadkan juga buku-buku dan novel yang hendak di baca. Jadi, karya Ramlee Awang Musyid (RAM) adalah salah satu kegemaran SS.  Novel Anding Ayangan ni SS beli tahun 2017. Tapi rezeki Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, akhirnya selesai juga SS baca novel ni. Anding Ayangan merupakan sebuah karya yang menakjubkan. Cerita kali ini adalah pasal dogenganan. Apa pun, karya RAM masih mampu manipulasi pemikiran SS seperti sebuah cerita dogeng yang mampu terbawa ke alam realiti.  Walaupun masih terasa rindu pada Saifudin Jalis iaitu watak dalam novel-novel RAM pasal Laksamana Sunan, tapi dalam Anding Ayangan ini mampu membuatkan SS move on .

SSn1