Bismillahirahmanirrahim ..... Assalamualaikum w.b.t...... Cuti sempena COVID19 hari ke-5. Well, bagus juga cuti lama ni, rajin sikit nak taip entry walau pun sehali sekali. Memadai. Kali ni nak share salah satu movie yang aku tengok untuk memanfaatkan masa di rumah. Kali ni, oleh kerana IFLIX kasi tengok cerita-cerita free, makanya apalah salah untuk kita download app IFLIX kot-kot ada cerita-cerita yang berkenan untuk ditonton.. ye dak? Sempat lagi kalau uols nak download tu. Klik je sini : IFLIX , keluar laa website-nya. Tak yah susah-susah nak search dah.. heheh Godek punya godek nak sesuaikan dengan mood aku, akhirnya aku decide untuk tengok satu cerita Filipina. Katanya Not A Love Story, jadi apa??? Menarik minat aku untuk explore. Sid dan Aya ni adalah nama watak dalam filem ni. Sebuah cerita ditulis dan arahan Irene Villamor. Hero : Dingdong Dantes sebagai Sid Heroin : Anne Curtis sebagai Aya. Nak je aku ucapkan tahniah kepada penulis, pengar...