Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Luahan Rasa Jiwa

Ucapan Ulangtahun Kelahiran 2023

Peringatan kepada diri sendiri (Ucapan sempena ulangtahun kelahiran kepada diri sendiri) 9 Jun yang lalu..... Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Menciptakan, Sekalung penghargaan didedikasikan kepada mak abah atas pengorbanan kedua-duanya, Seutuh rasa kasih bersulam ikatan cinta untuk suami tersayang yang menggalas beratnya beban amanah mempunyai aku sebagai isterinya.

Perkahwinan yang Kesebelas Tahun

Assalamualaikum. Hari ni ulangtahun ke-11 perkahwinan aku. Alhamdulillah telah sampai ke tahap ini, melepasi Fasa 2 perkahwinan. Dalam duni yang serba mencabar ni, memang betul-betul menguji kehidupan. Kami masih lagi berdua. Masih berusaha, berdoa dan mengharapkan hadirnya zuriat keturunan kami. In Shaa Allah. 

Tenang Lubuk Jiwa

Dikala susah, tiada siapa yang akan bantu melainkan diri sendiri  hatta menangani emosi pun, sendiri.  Diam, sepi dalam diri. Berhenti seketika menikmati alam; hadiah kebesaran Ilahi...

Singgah Berpaling

  Dihadapan, masih panjang dan tinggi duri-duri hidup untuk dititi... Singgah aku di hentian ini Berpaling seketika saksikan detik indah semalam mungkin tidak berulang dinihari Bayu kekuatan dihirup meresap ke jiwa kental hati terus setia bersama aku yang sendiri Esok atau lusa, entah bila mampu mencapai di puncak pelangi sana kecundang diperjalanan atau tercapai impian  bersama parut-parut yang tidak hilang dari pandangan Terkadang aku hilang disembunyi bayang sendiri  hati tidak sangsi  memilih kanan atau kiri aku manusia,  beza kita akal dan jiwa peribadi mengunci jatidiri   Afiza Asmi  

Melepaskan atau Pertahankan ?

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Dalam hidup ini sentiasa ada pilihan.  Baik atau buruk, kurang atau lebih, banyak atau sedikit, hitam atau putih... Kadang-kadang memilih dua jalan itu, lebih sukar . Melepaskan atau terus pertahankan? Otak dan hati terkadang tidak sehaluan. Bertingkah hujah,  berperang , bersaingan. Memujuk lembut dan bicara tegas berdebat bergiliran.

Salah Siapa?

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... 

TTC's Story #9 : Perlu Sokongan

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......     SS mengambil masa yang lama juga rupanya untuk update cerita pasal usaha-usaha dan perkongsian mengenai perjalanan SS ikhtiar hamil. SS bukan jenis yang suka nak bercerita pasal perihal peribadi. SS rasa tak menarik pun. Tapi sejak sejak PKP tahun lepas akibat terperap dalam rumah, SS banyak habiskan masa untuk kembali aktifkan blog. Simptom biasa bila menaip entri, tiba-tiba tak ada idea. Kemudian itu lah muncul idea untuk tulis pasal TTC ni.   

Wordless Wednesday #20

CELARU

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Dalam hidup ni selalu diberi pilihan. Nasi atau mee? Buah atau jus? Dzikir atau doa? Solat sunat atau mengaji? Kurung atau jubah? Jam atau gelang? Merah atau pink? Baik atau lagha?. Pasti yang baik perlu diutamakan. Perkara baik ni kadang-kadang kena paksa supaya biasa. Hati pun kena didik biar celik. Hari-hari tanpa perubahan, lama-lama beku fikiran. Hari ni emosional sikit, mungkin sebab stress fikir itu ini. Macam-macam persoalan yang datang dalam kepala. Tak terjawab semuanya. Doakan SS menemui jalan & beroleh ketenangan di saat buntu dalam kesesatan pemikiran. Google  Terima kasih meluangkan masa di blog ini. "It's Okay Not To Be Okay, kan?"

Penat Otak

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Aku dah mula masuk kerja bermula Rabu lepas 10 Jun 2020. Sebelum ni dah masuk secara giliran. Tapi tempoh berada di pejabat 5 jam sahaja. Bermula Rabu lepas, tempoh masa dah kembali normal iaitu masa fleksibel bermula jam 7.30 hingga 9.00 pagi dan berakhir jam 4.30 hingga 6.00 petang.  Waktu buat kerja kat pejabat, ringan-ringan sahaja tugasnya. Nak sesuaikan diri dengan norma baharu. Banyak belajar dan praktikal cara pengendalian mesyuarat dan gerak kerja atas talian. Tapi bila sampai rumah, siap mandi, masak, makan sehingga solat Isyak, aku dah tersengguk-sengguk. Entah apa yang penat sangat tu sampai mengantuk awal.  Tak sempat nak blogwalking. Biasanya aku ni spesis burung hantu. Selagi tak pukul 3.00 pagi, memang mata tak reti nak lelap. Rabu-Jumaat tu, memang macam tu lah keadaan aku. Penat lain macam. Mungkin sebab penat fikir agaknya. Mata pula begitu lama mengadap komputer. Aku perasan, b...

Seusia ini.

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Sumber : Google Birthday aku 3 hari yang lepas, 9 Jun. Sampai ke hari ini aku masih mendapat ucapan dari semua kenalan aku. Rupanya masih ada yang mendoakan yang baik-baik untuk aku. Masih ada yang menghargai aku dalam hidup mereka. Aku  bersyukur kerana masih ada yang mengasihani dan menghargai aku. Semua ucapan itu akan aku balas satu persatu. Bagi aku, mereka telah meluangkan sedikit masa untuk memberi ucapan itu, maka apalah salahnya meluangkan masa aku untuk menghargai mereka. Cepat atau lambat, aku tetap rasa seronok untuk membalas. Di blog, facebook , instagram, mesej mahupun whatsapp . Seiring berganjaknya usia itu, a ku terfikir apa bakti ku pada usiaku yang semakin meningkat ini?  Baginda s.a.w wafat pada usia 63 tahun.  Umat Muhammad, majoritinya meninggal seusia itu.  Usia ku?  Telah separuh dari itu.  Jarak antara hidup dan mati juga terasa begitu singkat.  Semoga ada ruang u...

Kesempatan Ramadhan

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Sumber : Google Macam mana Ramadhan kalian di muzim PKP ni? SS doakan moga semuanya berjalan dengan lancar dan penuh hikmah. Alhamdulillah. Ramadhan kali ini menjadi sejarah dalam hidup kita.  Ramadhan adalah anugerah dan tanda kasih sayang Allah S.W.T untuk hambanya. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai manusia. Walaupun sebagai manusia kita memang ada khilafnya, namun keampunan Allah adalah untuk seisi alam kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Memakbulkan doa.  Manusia mana tidak pernah membuat silap? Kita tidak maksum seperti Nabi Muhammad s.a.w, sebaik-baik manusia. Rasulullah adalah qudwah hasanah (tauladan/model kehidupan) untuk setiap manusia.Sering kita berkali-kali membuat silap, namun kita tetap diberi nafas hingga ke hari ini.  Tetap diberikan rezeki. Makanya menunggu hidayah dari Allah itu bila-bila masa saja akan Allah makbulkan. Tapi sebagai manusia yang berakal, teruslah ...

Strong & Independent

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Adakah hidup ini satu pilihan? Ya, bukan pilihan kita. Tapi pilihan Pencipta. Maka hiduplah kita yang telah dipilih ini, di bumi ciptaanNYA. Hidup yang kita tempuh juga ada banyak pilihan. Setiap pilihan ada jalan ceritanya. Setiap pilihan ada pahit manisnya. Setiap pilihan ada cabarannya. Itulah rencah kehidupan. Hari-hari yang kita lalui tak selalunya indah. Setiap ketidakindahan itu sebenarnya terkandung hikmah. Untuk kita yang sentiasa berfikir dan kepadaNYA kita berserah. Aku bermuhasabah. Hidup ini tidak mudah. Namun mengapa aku masih bertahan? Ku teliti dan amati jauh ke dalam diri. Sebenarnya Allah dah cukupkan semangat dalam diri. Serulah semangat itu agar kita menjadi seorang yang kuat dan tabah. Lalu aku edit satu gambar aku. Aku letakkan perkataan : "Strong & Independent" Aku perhati. Ya, selagi mana kita kekal berfikiran positif. Selagi it...

Review Filem : Sid & Aya

Bismillahirahmanirrahim ..... Assalamualaikum w.b.t...... Cuti sempena COVID19 hari ke-5. Well, bagus juga cuti lama ni, rajin sikit nak taip entry walau pun sehali sekali. Memadai. Kali ni nak share salah satu movie yang aku tengok untuk memanfaatkan masa di rumah. Kali ni, oleh kerana IFLIX kasi tengok cerita-cerita free, makanya apalah salah untuk kita download app IFLIX kot-kot ada cerita-cerita yang berkenan untuk ditonton.. ye dak? Sempat lagi kalau uols nak download tu. Klik je sini : IFLIX , keluar laa website-nya. Tak yah susah-susah nak search dah.. heheh  Godek punya godek nak sesuaikan dengan mood aku, akhirnya aku decide untuk tengok satu cerita Filipina. Katanya Not A Love Story, jadi apa??? Menarik minat aku untuk explore.  Sid dan Aya ni adalah nama watak dalam filem ni. Sebuah cerita ditulis dan arahan Irene Villamor. Hero : Dingdong Dantes sebagai Sid Heroin : Anne Curtis sebagai Aya. Nak je aku ucapkan tahniah kepada penulis, pengar...

Khayal

Assalamualaikum semua... Hari ni just nak share sikit pasal aku khayal. Ops jangan fikir bukan-bukan. Sebenarnya aku jadi khayal sebab tak cukup tido semalam. Aku ni ikotkan insomnia juga. Sebab dah terbiasa kerja sampai lewat malam. Masuk sebulan dua ni, students cuti dan aku banyak masa rehat. Seronok laa sebab hidup rasa lebih tenang. Tapi, mcm mana boleh tak cukup tidur tu?. Malam tu, aku kerap terjaga. Tak tahu lah, kenapa. Terganggu betul tidur aku. Tidur kejap, terjaga! Tidur kejap, terjaga! Memang terasa penat. Esok pula nak kerja. Pastu bila dah macam-macam usaha buat nak tidur balik dah tak boleh tidur. Tepuk-tepuk tilam, tepuk-tepuk bantal, wuduk... baca-baca ayat sikit, still tak boleh tidur. Baca buku, main phone, still tak boleh tidur.. Tup-tup tengok dah pukul 5.30 pagi. Hmmh, tak de harapan dah nak cuba tidur lagi. Hari tu memang aku niat nak puasa, so terus laa bersahur. Solat semua, siap-siap pergi kerja. Hari tu memang awal aku masuk ke...

BAGI PELUANG & MAAFKAN

FROM GOOGLE Kita kena ingat, mana ada manusia yang sempurna.... Kalau dia buat salah hari ni, bagi je lah peluang.. macam laa seumur hidup dia, seumur itulah dia bersalah... tak... tak... Tengoklah dari sudut positif, Nilailah dengan akal yang waras, Pasti akan nampak yang baik-baik. Bagi peluang kepada diri sendiri untuk maafkan diri sendiri dan maafkan juga untuk orang lain. Kita, tak pernah buat silap ke?

DUGA

Apabila kita diduga, itu tanda cinta kasih Allah terhadap kita. ...itu tanda Allah memerhatikan kita ...Allah hiraukan tentang hidup kita ... Bicara Allah kepada kita. ] Maka, bersyukurlah. from Google

Cara Kita Bahagia

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Semua orang nak bahagia kan... Apa makna bahagia dalam hidup kita? Hanya kita yang boleh tafsir bahagia untuk kita.... Simple example, macam dalam drama-drama laaa..... Ada orang bahagia sebab hidup mewah Ada orang bahagia sebab ada keluarga di sisi Ada orang bahagia sebab ramai kawan Erti bahagia yang lain? Cara bahagia yang berbeza, Ada orang bahagia bila post foto bahagia mereka di facebook Ada orang bahagia bila tidak diheboh tentang bahagia mereka Ada orang rasa bahagia bila bercerita tentang bahagia mereka Ada orang rasa bahagia bila mendengar cerita bahagia manusia Ada orang bahagia bila dipendam segala rasa bahagia Ada orang bahagia bila dapat makan sama-sama dengan suami isteri Ada orang bahagia bila keluar jalan berpimpin tangan Ada orang bahagia bila bergaduh manja Ada orang bahagia bila tumbuk-tumbuk mesra Ada orang bahagia bila dibelai-belai Ada orang bahagia bila pasangan ter...

Ditimpa musibah

Assalamualaikum. Hidup di dunia penuh pancaroba. Itu ujian dariNYA. Menguji sejauh mana kita mengingati Yang Kuasa. Selagi mana kita hidup di bumi Tuhan ni, selagi itulah kita punya waktu untuk bertaubat. Allah kan, Maha Penyayang. Begitu juga dengan manusia. Fitrah kita berkasih sayang.  Ar-Rahman.... Ar-Rahim... Allah lebih dekat daripada urat nadi dileher kita. Allah ada bersama-sama kita. Allah indahkan kita dengan sifat kasih dan sayang. macam Nabi Muhammad s.a.w ampunkan umat... itu sudah cukup membuktikan betapa baginda sayangkan ummat. Apatah lagi kita. Ramai yang menganggap "itu nabi, bukan kita.... kita tak sebaik nabi...". Betul, kita insan lemah yang serba kekurangan, tapi kita kan punya contoh. Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh terbaik untuk kita. Hidupkanlah sunnah. Susah nak buat? Takpe, perlahan-lahan laa... Kita, ummat Nabi Muhammad s.a.w, Kita punya hati, rasa dan akal. Kita punya rasa kasih dan sayang. Kita masih punya...

Suci Seorang Sahabat

Sahabat itu Hadir waktu susah Ingat waktu senang Bersama-sama Sahabat itu Saling tiada rahsia Saling mendoa Sahabat itu Tiada iri bertamu di hati "Susah nak cari sahabat ni. Ibarat sebutir belian di pasir pantai. Tapi yang telah temui seorang sahabat, tahniah diucapkan. Jagalah sahabat itu sebaiknya. Dia juga anugerah dari Allah. Sahabat inilah yang menceriakan hidup kita di bumi Tuhan, dan menjadikan siapa kita pada hari ni. Menjadikan kita tidak hipokrit, bebas dan berani menegur salah kita untuk kebaikan.   Sahabat adalah insan terpilih selepas darah daging kita".