Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Bila nak meminang girlfriend ni...???

Assalamualaikum kawan-kawan... Dalam kekalutan aku menyibukkan diri dalam tugas-tugas harian mencari info-info terkini tentang bidang aku ni sekejap aku  merehatkan minda dan jiwa meluangkan masa bersama blog yang biasa-biasa saja ni... RAHSIA HARI INI... Apa rahsia aku nak bagitau ni? Ok, Hari ni hari apa kawan-kawan? Hari Khamis kan... ok, Rahsia Hari Khamis...ialah Khamis ialah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat kita... Kenapa ye kawan-kawan? Ye...kerana pada zaman nabi-nabi dulu, Nabi Ibrahim a.s yang mempunyai hajat telah pergi ke Istana Raja Mesir, dengan izin Allah, raja Mesir telah menunaikan hajat Nabi Ibrahim a.s dan mengembalikan isterinya Siti Sarah. Subhanaallah... Oleh itu ye kawan-kawan, kepada kawan-kawan yang mempunyai hajat, lakukanlah pada hari Khamis... nak masuk minang girlfriend ke, nak mintak duit pendahuluan ngan bos ke, nak apa-apa sajalah... Berdoa dan laksanakanlah pada hari Khamis. Mudah-mudahan dengan izin Ya Rabul Izzati h

Boleh pandang-pandang...

Assalamualaikum... Apa khabar sahabat2  blog aku ni... rindu kt korang... korang ni rindu aku ke tak? hehehhe, sape lah nak rindu kt aku yang punya blog buruk ni kan... hehehh Mintak maaf ye kawan-kawan..kerana kesibukan  masa aku sehingga aku tak sempat nak menaip madah-madah punjangga untuk korang kt blog aku ni. Meh sini aku nak cerita skit.. baru-baru ni aku busy melatih students aku, melengkapkan dua tarian... aku buat step untuk tarian 1 Malaysia dan tarian moden guna lagu Ana Raffali tu... Boleh pandang-pandang...Jangan pegang-pengang....  haaaa, itu yang pasalnye.. aku busy aku masih amatur, Itu persembahan mereka yang pertama.Tapi aku bangga kerana kesungguhan dorang sehingga membuahkan hasil yang boleh dibanggakan... Sempat lah aku snap dengan handphone murah aku ni, oleh itu kualiti gambar pun tidaklah sebagusmana ye... Gambar-gambar di atas adalah gambar students aku yang sempat aku snap. Jangan nak cari aku kat dalam gambar tu. Saat in

NOMAD

Assalamualaikum kawan-kawan... Sesiapa yang sudi singgah di entry ni... Sesiapa yang sudi baca entry-entri di sini... Sesiapa yang sudi comments di entri-entri Cik Semut ni... Sesiapa yang sudi tegur Cik Semut di Shout Box... Terima kasih banyak-banyak Cik Semut ucapkan... Buat masa ni, Cik Semut tidak dapat update entries baru kerana Cik Semut sudah mula nomad mencari sesuap makanan eheheh, Cik Semut dah mula sibuk dengan tugasan dari satu tempat ke satu tempat. Tempat tinggal pun merata-rata je.. Apa pun insyaallah, kalau panjang umur dan lapang masa, PASTI Cik Semut akan ada cerita-cerita baru untuk dikongsi bersama. Blogers semua jaga diri baik-baik, Jangan nakal-nakal... Cik Semut pasti rindu kamu semua... Salam penuh mesra, Senyum Selalu... Cik Semut Senyum

Si Comel

Assalamualaikum... Cik Semut nak bagitau yang.. Cik Semut bela mahluk di atas tuh! Eh, tak tak.. tipu tipu! Cik Semut cuma nak bagitau apa yang berlaku di sekeliling kita ni sebenarnya adalah cikgu yang paling hampir dengan kita..  Si Joyah datang cerita itu ini... Si Bedah datang cerita itu ini.. Si Tipah datang cerita itu ini... Si Midah datang cerita itu ini... Ini bukan pantun ye, cuma kadang-kadang Cik Semut ni menjadi tempat Si Joyah, Si Bedah, Si Tipah dan Si Midah bercerita itu ini... Kadang-kadang Cik Semut tak comment apa-apa pun, tapi dorang suka sangat bercerita. Cerita-cerita dorang kadang-kadang adalah cerita-cerita yang tak pernah  Cik Semut alami. Banyak cerita pasal kehidupan la... Kadang-kadang pasal cinta . Biasalah kan... Kadang-kadang menjadi pendengar yang setia pun dah cukup buat orang tersenyum... kan COMEL tu... Makhluk di atas itu adalah seekor KIWI, comel kan?!

Warna Pilihan ku

Assalamualaikum .... Salam 1 Malaysia.... Masih dalam mood merdeka raya ke? Atau hanya mood raya? Atau hanya merdeka? Cik Semut tersenyum saja... Warna -warna ceria Warna- warna suram Warna-warna girang Warna- warna amukan Warna -warna perasaan Warna- warna kedamaian Warna-warna peperangan Warna- warna pelengkap kehidupan Apa-apa juga warnanya hasilnya daripada kita ini hasilnya daripada keadaan alam ini... Pilihan warna kadang kala di tangan sendiri Kadang kala tidak walau kita punya tangan sendiri Suka pada alis hitam Suka pada buku biru Suka pada baju hijau Suka pada gambar oren Suka pada barang kuning Suka pada perabot merah Suka pada rasanya coklat Suka pada bau merah jambu Suka pada segala warna dunia... Korang suka warna apa?

Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum... sila klik sini : Semut Senyum 

Pendaftaran Pelajar Baru...

Assalamualaikum bloggers and readers..... hehehhe macam la Cik Semut ni ramai readers, tapi saja-saja nak taip macam tu... Hari ni 4 September Cik Semut masih kerja... Pelajar baru daftar di Universiti Malaysia Pahang, tempat Cik Semut kerja... jeng jeng jeng.... Hari ni kerja dari pagi sampai malam. Seronok juga tengok pelajar-pelajar baru. Datang dengan muka yang membawa 1000 harapan gituu... bagus lah adik-adik. Harap kamu semua berjaya dan seronok di sini.... (Macam lah depa baca apa yang Cik Semut taip ni)... hehehe. Siang tadi Cik Semut jaga bahagian penginapan Siswi.. .  Ada yang bercakap laju duk depan Cik Semut.. Ada yang terketar-ketar duk depan Cik Semut... Ada yang kalut-kalut duk depan Cik Semut... Ada yang blur-blur duk depan Cik Semut... Ada yang sengeh je macam Cik Semut.. Apapun kedatangan dorang kat kampus ni sangatlah dialu-alukan. Terima kasih kerana memilih Universiti Malaysia Pahang... (Kira promote la ni). Cik Semut tetap memberi senyuma

Belum Sempat.....

 google je... Assalamualaikum.... Apa khabar rakan blogger hari ni? Belum sempat Cik Semut kenyang dengan rendang dan ketupat Belum sempat Cik Semut kenyang dengan nasi minyak dan kari ayam mak ... Belum sempat Cik Semut kenyang dengan tose dan maruku nenek... Belum sempat Cik Semut kenyang dengan lontong bakal mak mertua ,ehem ehem... Belum sempat Cik Semut habiskan biskut kacang dan kuih bangkit berbalang-balang... Belum sempat Cik Semut habiskan mercun-mercun bawang dan bunga-bunga api anak-anak jiran ... Belum sempat Cik Semut pakai semua baju raya 30 pasang (sehari 1 persalinan untuk raya sebulan)... Belum sempat Cik Semut bersalaman sanak sedara sekampung dan kampung sebelah ... Cik Semut dah kene KERJA hari ini.....  

SSn1