Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Boleh Booked dulu

Assalamualaikum. 10 RAMADHAN 1433 ~ Mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk menyempurnakan ibadah puasa kita pada hari ke-10 hari ini dan hari-hari seterusnya. Minggu ni agak-agaknya ramai yang diundang untuk berbuka puasa di luar atau korang sendiri akan buat majlis berbuka untuk tetamu? Sedara mara, kawan-kawan, officemate, schollmate...... Aku pun tak terkecuali mungkin minggu ni kerap dapat jemputan berbuka puasa bersama-sama kawan-kawan, sedara-mara, family terdekat dan rakan sekerja.  Kepada sesiapa di sekitar KUANTAN / KEMAMAN yang nak air banyak-banyak untuk majlis korang, aku ada promotion skit ni... Boleh booked dulu untuk kesenangan kemudian hari. Booked hari ni, nak dekat raya nanti boleh pick up. GAMBAR : lokasi di Terminal Makmur, Kuantan. AIR BOTOL F&N : 1.5L sebotol = RM2.60 1 dozen (12botol) =RM31.20. (boleh campur2). AIR MINERAL : 1 kotak botol 600ml (24btol)= RM18.00, 1 kotak botol 1.5L (12botol) = RM18.00 AIR KOTAK (SEASON): Soya

Magik Segarkan Wajah

Assalamualaikum. Dah masuk hari ke-7 kita berpuasa. Bermakna pola hidup aku juga telah berubah bulan ini. Bangun lebih awal daripada biasa untuk persediaan bersahur. Jadi kadang-kadang pergi office pun masih mengantuk.. Mata tu toksah cakap la, memang kuyu, layu. Muka pun pucat tak bermaya. Bila kita layu, kita pun rasa tak bersemangat nak buat kerja. Badan rasa tak sihat, orang tengok kita pun tak bersemangat jugak. Hah, tengok tu muka aku hari ni. Macam mayat hidup je... Pucat tak bermaya kan... Tapi tak pe, aku ada magic skill untuk menampakkan wajah layu ini menjadi segar bugar... Peralatannya tak banyak. Cuma 3 alat saja digunakan selama 3-5 minit sahaja. 3 alat magik untuk segarkan wajah yang aku sangat-sangat suka. 1) Lip Ice Sheer Colour Fragrance Free.  ~ Tak ada bau. ~ Tak ada rasa. ~ Tidak melekit ~  Hanya untuk melembabkan bibir je okeh. 2) IN2IT Xtra Lasting Liquid Eyeliner ~ Mudah digunakan sebab bukan mata halus ~ Cepat kering dan tidak comot

Kahwin Umur Belasan, Ada Bran???

Assalamualaikum... Aku dapat di youtube video ni. Majlis Perkahwinan Syafiq (16 tahun) dengan pasangannya Yana (14 tahun). Hari baik, bulan baik ni.. marilah kita doakan kebahagiaan mereka... Walau umur masih belasan, banyak tanggungjawab yang akan mereka pikul di usia muda. Mampukah mereka? Insyaallah. At least mereka berjaya menolak segala maksiat dan tidak menghampiri zina. Perkahwinan adalah suatu tuntutan dan sunnah nabi. Dah cukup umur, cukup syarat zahir batin, boleh la kahwin kan...  Matang tak matang, bila dah kawin ni matang tu otomatik datang sendiri. Kahwin kan melatih diri menjadi lebih bertanggungjawab dan melatih untuk membaiki kesilapan diri. Tengok video ni, aku rasa sweet jugak dorang ni.. hehehe. Masih ketara kebudak-budakkan. Comel je... Daripada gambar ni, aku rasa budak ni orang Pahang. Sebab ada sorang pakcik tu aku nampak pakai baju tertulis KK Rompin FC' pada minit ke 00:04. Pada minit 08:17 hingga akhir video, lokasi di Tasik Chini, P

Tips Kurangkan Lapar & Dahaga

Assalamualaikum.   Alhamdulillah hari pertama & kedua berpuasa hari tu jatuh pada hari Sabtu & Ahad. Hari cuti yang membolehkan kita raikan kedatangan Ramadhan sekaligus membuka puasa bersama ahli keluarga... Bersyukurkan dengan kesempatan dan nikmat kebersamaan ahli keluarga hari tu. Hari ni kita kembali bekerja seperti biasa. Agak-agak nanti kita cepat lapar & dahaga tak? Di sini saya kongsikan sedikit tips. Insyaalalh amalan ini boleh kurangkan rasa lapar & dahaga dengan izin Allah. Insyaallah. Pertama : Mesti sahur. Ketika nak makan nasi, bacalah doa selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.   Baca lagi, makan lagi. Jadi3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.   Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Kedua : Selepas makan sahurr. Makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat sekali dan makan sebiji kurma. Selawat  lagi dan makan kurma lagi.

Pasti Merindui Remy

Assalamualaikum... 19 Julai 2012 29 Syaaban 1433H Satu malam sebelum Ramadhan. Selagi ada waktu,                                         Selagi ada rindu..... Bersyukur kerana kita masih bernafas di bumi Allah ini. Semalam, seisi keluarga duduk depan tv, dengan penuh teka-teki, dengan penuh debaran mendengar pengumuman puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia.. Hati rasa sangat happy bila kita bakal menyambut Ramadhan... Bulan yang penuh dengan keistimewaan untuk umat Muhammad s.a.w. RAMADHAN AL-MUBARAK. Selesai dengar pengumuman, macam-macam dalam fikiran. Nak masak apa esok? Berbuka pertama nak makan apa, adik beradik mana yang nak balik berbuka puasa sama-sama?, terbayang suasana kita satu family berkumpul di meja makan. Masak sama-sama, bertaktih pergi tarawih... niat nak tadarus sebulan... merancang itu ini..... Di facebook, di tweeter, tidak ketinggalan di blog... semua berlumba-lumba mengucapkan Ahlan Waa Sahlan Yaa Ramadhan.... Di offi

My E-Day...

Assalamualaikum.   Planning menuju ke Gerbang Perkahwinan. Topik aku hari ni Merisik dan Meminang dalam masyarakat Melayu, di Malaysia. Orang Melayu kita memang kaya budi bahasa, penuh dengan adab sopan dan adat. P epatah mengatakan 'biar mati anak, jangan mati adat'. Tapi zaman sekarang ni ada jugak yang menjawab 'kalau mati anak, siapa nak teruskan adat tu pulak?'...betul jugak tu. Tapi bagi aku, pepatah orang-orang tua kita tu merujuk kepada betapa pentingnya kesinambungan bermacam-macam adat dalam masyarakat Melayu kita. Tapi itu hanya pepatah supaya masyarakat Melayu hari ini mengambil berat akan adat itu sendiri. Hiperbola laa kiranya ni... Macam tu juga la dengan perkahwinan. Sebelum seorang lelaki dan seorang perempuan itu disatukan melalui ikatan sebuah perkahwinan, mereka perlu menempuhi fasa-fasa berikut : 1) Merisik 2) Meminang 3) Perkahwinan. Zaman sekarang, ramai yang suka mempercepatkan urusan ini. Selalunya menggabungkan majl

PENCINTA kucing ke PENAKUT kucing?

Assalamualaikum.... Ini serius. Aku memang penakut dengan kucing. Sekali dia datang, sekali tu jugak aku rasa nak melompat. Tapi kalau boleh cover tu, aku cover la kan.. Kang nampak tak sopan pulak aku melompat-lompat nanti. Hilang laa keayuan aku kan... Eh, ayu kewwwee??? Al-kisahnya aku dulu mmg pencinta kucing. Suatu hari (lebih kurang 13 tahun lalu) aku b angun tido pagi tu gi sekolah, aku bukak mata je, aku nampak mcm hantu nak terkam aku.... sempat la kucing aku yang bernama 'Emy' tu cakar telinga aku akibat aku dan dia sama-sama terkejut beruk. Dah dia yg ntah dari mana melompat ke muka aku. Tapi 'Emy' dah bunuh diri. Dia terjun dalam telaga. Mungkin dia rasa bersalah sebab mengejutkan aku. Tapi aku sayang sangat kat dia. Start dari tu sampai sekarang aku mcm fobia skit dengan kucing. Cerita mcm tak apa-apa, tapi itulah kenyataan nya. Aku tak boleh kucing-kucing yang 'menikus'... Tapi kalau dia lalu dengan penuh sopan santun, aku tak

Angan atau Impian?

Assalamualaikum... Aku memang gila pada barang-barang perhiasan rumah ni. Malas taip panjang-panjang. Aku nak berangan jap. Siapa-siapa yang nak berangan ngan aku, jom!! Kalau dapat bilik macam ni. Fullamak. Nyaman nye rasa. Bilik atas pokok. Memang aku suka la... Tapi mungkin kene pasang tingkap kaca kot... supaya tak masuk nyamuk, tak masuk unggas-unggas.. atau terkena najis burung... heehheh.... tapi yang pasti nak fresh air...  Cuba tengok tu.. kalau korang pencinta kedamaian dan ketenangan, mesti korang rasa cool tempat ni kan... Cuba tengok bilik tu, cuba tengok rak buku tu... untuk orang yang ulat buku macam aku ni, aku rasa cukup nice, kan.. kreatif. Serius aku suka! Rak di tangga. Boleh jimatkan ruang... Mungkin aku akan simpan barang-barang kasut aku kat sini.. Stok makanan dalam tin. heheh... cool kan? Senang kita nak tahu stok mana yang dah nak habis boleh cepat-cepat refill kabinet ni.. ^___^ Oleh kerana aku ni buka

Deejavu di Bawah Bayu

Assalamualaikum... Ini cerita aku di Sabah. Pertama kali aku menjejak kaki di negeri Bawah Bayu itu lebih kurang 4 tahun lalu, hati aku memang dah jatuh cinta di situ. Tahun lepas sekali lagi aku ke negeri Sabah untuk tujuan kerja dan berhasrat untuk pergi lagi. Kali ini sekali lagi penghujung bulan lepas aku menjejak lagi kaki ke situ. Setakat ni, cinta aku pada negeri Bawah Baju tetap utuh di hati ... fullamak!!!  Dari Pahang aku bertolak jam 9.00 malam ke LCCT. Sempat singgah di Perhentian Genting Sempah sebab pemandu mengantuk. Kerja sebagai pemandu ni memang penat walau kita tengok dorang drive je kan... Tanggungjawab juga besar terhadap nyawa-nyawa penumpang ni. Pergi dan balik mestilah selamat. Jadi kami berhenti minum. Aku nak kongsi minuman yang pertama kali aku cuba. Buah Kiwano. Buah dari Afrika. Warna hijau. Rupa buah tu macam alien pun ada aku tengok. ehhehe. Rasanya macam campuran pisang dengan epal. Rasa pisang ada, rasa epal pun ada. Tapi ok lah.

Beg dalam bag.

Assalamualaikum. Hari-hari pergi kerja bawa handbag. Aku paling segan kalau ada yang tolong bawakan beg aku. Selalunya students aku lah yang suka sangat nak bawa handbag aku sambil berlagak gaya macam orang yang dah bekerjaya.. biasa anak muda. Kalau dah perempuan tu, perempuan lah juga kan... Aku tak kisah pun, cuma yang aku kisah bila dorang tanya apa yang aku bawa hari-hari, sebab handbag aku berat macam ada batu ! hahahah....  Aku selalu jawab, aku bawa harta karun, tinggal nanti ada orang kebas! heheheh. Aku nak share kat sini lah! Ni lah rupa handbag aku yang gemuk! Sebelum ni aku bawa handbag yang lagi besar dari ni! Tapi sebab beg tu pun dah rabak, aku pun pergi lah shopping handbag ni. Oleh kerana dah berkenan sangat, ambil saja lah.. nanti termimpi-mimpi pula selagi belum jadi hak milik. Bila dah berjaya miliki tu, sukalah hati... ^___^ Tahu tak apakah benda-benda ni?. Hahahha.. Ye, alat-alat make up untuk menambah keyakinan diri... Macam-macam ada dalam b

SSn1