Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Privacy; Suami & Isteri

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum w.b.t...... Sorotan daripada kisah  Suami & Isteri -Dunia Masing-masing   dalam entri sebelum ni. Atau dalam bahasa mudah, suami punya agendanya, dan isteri juga ada agendanya. Masing-masing ada agenda masing-masing. Ada minat masing-masing. Ada gaya hidup masing-masing. Ada budaya masing-masing. Ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Yang membuatkan dua kehidupan ini bersatu adalah mungkin kerana ada satu minat yang sama, atau saling toleransi, atau persediaan untuk mengembara dalam dunia pasangan masing-masing. Paling penting menerima dan menghargai antara satu sama lain. Sumber : Google Suami tak boleh paksa isteri ikut cara si suami. Isteri tak boleh paksa suami ikot cara si isteri. Ini yang selalu menjadi konflik dalam rumahtangga.  Ego kerana tidak mahu belajar dan memahami dunia pasangan masing-masing.  Betul, isteri itu perlu taat pada suami Betul, suami itu perlu membimbing isteri Rumahtangga ak

25 Pengajaran dari Drama Curi-curi Cinta Astro Ria

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... Walaupun ada babak yang tidak logik, tapi tetap ada pengajaran disebalik drama Curi-curi Cinta. 1. Bahagia dan mudahnya kehidupan seorang anak adalah berkat dari doa seorang ibunya walau sebanyak mana silapnya seorang anak. ~Makcik Asmah, Abg Is & Intan 2. Keinsafan harus dimaafkan, maka kebahagiaan akan dinikmati bersama. Malah lebih akrab dari sebelumnya . ~Peggy & Intan. 3. Seorang isteri yang tidak sempurna, dididik dengan sebaiknya oleh seorang suami sehingga menjadi isteri yang terbaik. Isteri adalah dari tulang rusuk. Andai bengkok luruskanlah dengan betul caranya. Salah kaedahnya, maka patahlah ia. ~Intan & Danny 4. Seorang anak yang memendam rasa mempunyai sebab untuk tidak bersuara kerana taat, kerana takut kata2 kesat yang lahir dari lidah seorang ibu dan demi menjaga hati ibunya walau jiwanya sendiri tersiksa. ~Fariza 5. Seorang ibu yang tidak mempercayai kata anaknya, mementingkan diri send

Bukankah suami dan isteri itu, punya dunia sendiri?

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... Esok dah raya. 1440H/2019 Dah lama jejari tak menari menaip entri. Ada rasa yang membuak-buak minta dimuntahkan segala rasa yang ada dalam hati ni. Semalam terbaca status whatsapp rakan sepejabat yang berbunyi : "Kita 9 tahun duduk sini..dia baru 11 hari nak duduk Ayer Keroh dah bising-bising! 😢 nak balik pun sebab raya, sebelum ni kita balik sendiri dengan anak-anak naik bas tak de pun nak menyusahkan dia!" "Kita dah berkobar-kobar mood nak balik raya. Dia boleh buat perangai. Potong mood betullah! 😠" "Cakap balik raya Ayer Keroh sampai raya 6 terus panas bontot!" Sumber : Google Mengimbau status whatsapp nya seminggu sebelum raya. "Baju raya dah siap packing dah 😍" "Tak sabar nak balik Ayer Keroh... dah plan macam-macam aktiviti dengan adik kakak💕💖"  "Kakak, ko tunggu aku balik, kita buat kek batik sama-sama

SEMPAT

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Dunia ini ladang. Selagi roh mendiami jasad Selagi akal menghuni fikiran Selagi semangat melawan nafsu kemungkaran Buatlah pilihan yang tepat. Masih sempat bertaubat. Masih sempat beribadat. Terus semangat! Selagi masih ada nafas tak tersekat. Sumber dari Google

SSn1