Skip to main content

Posts

Showing posts with the label TTC's Story

TTC's Story #26 : Rutin Tiga Jenis Makanan Sunnah

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Salah satu cara lagi yang aku amalkan sejak tahun 2016 adalah pemakanan Sunnah pati delima, kurma dan susu kambing. Walaupun aku bukan peminat kurma, tapi ku gagahi jua.  

TTC's Story #25 : Pati Delima, Jus Lemon, Madu & Cuka Epal Membantu Meningkatkan Kesihatan Wanita.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Lama betul tak sambung cerita tentang ikhtiar hamil. Masih lagi cerita kegigihan 2016 yang masih aku amalkan sehingga sekarang. Salah satunya adalah mengamalkan minum pati delima, jus lemon, madu kelulut dan cuka epal. Macam mana cara minumnya? Mari aku kongsikan.

TTC's Story #24 : Pil Hormon vs Pil Perancang

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Masih cerita 2016 yang lalu. Bila keadaan haid setiap bulan masih tingtong-tingtong , memang mendatangkan tekanan jiwa. Rasa serabut, emosi, dan bermacam perasaan negatif yang muncul. Bila kepala otak dah serabut, jiwa dah kacau, terus ambil keputusan untuk rujuk klinik. Waktu tu pergi klinik berhampiran rumah. Janji dapat cakap-cakap dengan doktor. Tapi kali ni, aku ke klinik Sulaiman pula. Rupanya klinik tu doktor lelaki. Tapi dah sampai tu, cerita saja lah apa masalah yang membelenggu diri. Sebenarnya tukar klinik ni, untuk cari mood dan idea baru doktor. Teori aku, pergi banyak-banyak doktor, dapatlah banyak ilmu.

TTC's Story #23 : Susu Kambing

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  2016 merupakan tahun permulaan yang aku betul-betul berusaha gigih untuk hamil. Setelah 4 tahun berkahwin dan masih belum ada tanda kehadiran cahaya mata, jadi aku perlu lebih serius. Segala petua akan aku ikhtiar untuk dijadikan amalan. Kali ini dengan susu kambing pula. Aku terdengar banyak ceramah-ceramah agama oleh ustaz-ustaz di Malaysia mengenai khasiat susu kambing kepada orang yang ikhtiar hamil. Seumur hidup rasanya aku tak pernah minum susu kambing. Mana nak cari?

TTC's Story #22 : Khidmat Urutan Mamacare

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Masih menggamit memori 2016. Hampir setahun aku tidak berurut setelah Tok Cha menjaga cucunya bersalin di Kuala Lumpur. KLIK SINI. Aku masih mencari tukang urut yang menepati rasa firasatku. Namun masih tidak dijumpai. Ye lah, aku tak mau tukang urut yang ada jampi pelik-pelik. Walau pun zaman sekarang serba canggih, jangan tak tahu, masih ada lagi manusia yang pelik-pelik mengamalkan ajaran yang pelik-pelik. Jadi menjadi tuntutan kita untuk mencari tukang urut yang memenuhi syarak.

TTC's Story #21 : Kurma Muda

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Masih menggamit memori 2016. Aku berkongsi cerita dengan seorang pelajar aku mengenai usaha aku untuk ikhtiar hamil. Aku tak sangka dia turut berkongsi dengan keluarganya. Kemudian dia maklumkan kepada aku bahawa ayah dia berpesan untuk aku amalkan makan kurma muda. Makk aiii mana nak cari. Puas satu Kuantan aku pusing cari kurma muda. Ada satu tempat yang menjual produk-produk dari Arab. Harga waktu tu RM30 sekilo. Beli jugalah. Cuma aku dah lupa aku beli berapa kilo. Aku amalkan makan 7 biji sehari. Apa kaitan kurma muda dengan ikhtiar hamil? Tak boleh ke makan kurma biasa?

TTC's Story #20 : Garam Bukit & Mandi Sebelum Fajar

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Dari Abdullah bin Umar "Sesungguhnya Allah menurunkan empat berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam."  Garam salah satu anugerah alam yang bermutu dan berkhasiat. Garam merupakan unsur semulajadi ciptaan Allah yang mempunyai kesempurnaan sifat dan memberi banyak manfaat kepad manusia, haiwan dan tumbuhan. Garam bukit terhasil melalui mendapan garam daripada laut sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Garam bukit wujud sebagai lapisan mineral di bukit-bukau, gunung-ganang, kawasan tanah tinggi, dan kawasan laut yang surut.

TTC's Story #19 : Asid Folik

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  2016 : Masuk alam perkahwinan pada tahun ke-4. Ada kawan sekolah contact aku melalui facebook. Dia cerita kat aku mengenai dia yang juga TTC. Kemudian dia cadangkan aku buat group whatsapp bersama 3 lagi rakan yang turut sama berjuang untuk hamil. Kami namakan group tu TTC. Banyak yang kami bualkan tentang pengalaman masing-masing dalam ikhtiar hamil. Kami juga saling memberi semangat antara satu sama lain untuk terus ikhtiar. Mereka membuatkan aku rasa betapa pentingnya mempunyai kawan-kawan perempuan sejak zaman persekolahan. Terima kasih kepada Aida Riena, Miza, Fatimah dan Suziana. 

TTC's Story #18 : Consume Evening Primrose Oil (EPO)

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  2015 : Aku hadiri satu ceramah agama bersama ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Waktu tu, ustazah ni memang viral dengan rancangan Semanis Kurma. Aku pun memang suka tengok rancangan tu setiap malam Jumaat. Banyak ilmu-ilmu rumahtangga percuma dapat dari ustazah dan suaminya. Berbalik pada ceramah ustazah yang aku sertai tu, ustazah ada bercakap pasal EPO. Aku tak tahu apa itu EPO. Kata ustazah EPO ni untuk stabilkan hormon. Ustazah mengamalkan makan EPO untuk menjaga kesihatan dalaman .  Itu je seingat aku. Aku tertarik pada perkara-perkara untuk betulkan hormon ni. Habis ceramah aku terus godek-godek internet cari apa itu EPO.

TTC's Story #17 : Celup-celup OPK

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Beli 100 keping OPK dan percuma 5 keping Kit Uji Kehamilan Mengimbau detik 29 Mei 2015. 3 tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat. Masih bekerja keras untuk betulkan period. Agak susah juga untuk aku mengesan tarikh subur kerana faktor period yang tingtong (tidak konsisten). Maka, salah satu cara lagi adalah menggunakan strip ujian kesubur atau lebih dikenali sebagai Ovulation Predictor Kit (OPK). Tujuan OPK ini adalah untuk wanita mengenalpasti hari subur dengan lebih tepat.  Alat ini membantu mengesan berlakunya ovulasi dengan tepat (99.6%), in shaa Allah.  

TTC's Story #16 : Jumpa Bidan II & Suspect Pregnant II

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Google 2015 - Sekali lagi aku menemui bidan yang sama bagi ikhtiar secara urutan.  Menggamit cerita 2013 waktu pertama kali jumpa Bidan Tok Cha. Boleh klik ceritanya di SINI  dan Suspect Pregnant I di SINI. Kenapa 2 tahun baru aku jumpa bidan balik? Aku memang cerewet pilih bidan, risau dapat bidan yang bukan-bukan. Tambahan pula waktu tu Tok Cha tak ada di rumah, hampir setahun kerana menjaga cucunya dalam pantang di Kuala Lumpur. Lagipun, Tok Cha dah terlalu tua, aku macam tak sampai hati nak suruh Tok Cha urut walaupun kemahiran Tok Cha mengurut masih berbisa. Otai kan. 

TTC's Story #15 : Cek Long

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.  Teringat aku pada tahun 2015 yang lalu. Sewaktu usia perkahwinan mencecah 3 tahun dan masih aktif check UPT setiap bulan, namun masih tiada double line yang muncul. Aku dan suami tetap melaluinya dengan tabah dan bahagia. Kemudian, adik aku dah mula mengandung. Aku gembira kerana mendapat anak sedara pertama. Mak dan abah pun akan dapat cucu pertama. Sedikit pun aku tidak rasa sedih atau terasa hati. Tapi jauh di sudut hati ada sedikit rasa 'down' dengan diri sendiri . Lagipun adik aku kahwin lebih awal dari aku. Langkah bendul. Kehadiran cahaya mata seorang anak sedara ini semakin mengeratkan lagi perhubungan kami. 

TTC's Story #14 : Makanan Sunnah

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Google Ini adalah entri menggamit kenangan dan aku masih lagi TTC (Try To Conceive) di tahun ke-9. Ok. Berbalik kepada cerita TTC yang lain, boleh singgah di My TTC's Story (KLIK). Ok, dipendekkan cerita, selepas 2 tahun berkahwin (2014) dan pemeriksaan kesihatan pertama kali, aku didapati ada masalah hormon. Jadi, bermula dari situ aku banyak fokus untuk betulkan hormon. 

TTC's Story #13 : Hormon

 Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Sekali lagi dimaklumkan ini adalah entri diari yang mengimbau kenangan dan hasil usaha dan ikhtiar hamil agar dapat mengembalikan semangat untuk terus berusaha . Tahun ini tahun ke-9 usaha masih diteruskan. Boleh klik cerita TTC ( Try To Conveice ) aku di SINI.  Dipendekkan cerita pada 2014 yang lalu, aku didapati mempunya kadar hormon progresteron yang rendah. Hormon progesteron adalah hormon yang paling penting untuk kehamilan. Badan perempuan ada hormon estrogen dan progesteron. Kedua-dua hormon ini perlu seimbang. Jika salah satunya terlebih atau terkurang, maka tubuh badan akan berlaku komplikasi. Secara lumrahnya, badan wanita merembeskan hormon estrogen dan progestron. Meh, aku cerita sikit secara ringkas dan mudah faham tentang dua hormon ini. Harapan aku agar pembaca sekalian betul-betul faham dengan penerangan aku ni.

TTC's STORY # 12 : Suspect PCOS

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Aku turut mempunyai sahabat-sahabat yang senasib dengan aku. Yang jauh lebih lama berbanding aku. Kami buat satu whatsapp group untuk saling menaikkan semangat ikhtiar hamil. Bila semua dah buka sejarah masing-masing , seorang kawan bertanya padaku adakah aku mengidap PCOS?.

TTC's STORY #11 : KEPUTUSAN UJIAN DARAH

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Google : Rujukan (KMC) 2014 NOVEMBER : Aku & suami ke Kuantan Medical Centre (KMC). Aku turutkan walau dalam ketakutan. Dapatkan konsultansi doktor. Aku beritahu bahawa aku mengalami haid yang tidak normal, aku dah rujuk klinik, dan doktor klinik suspek aku ada cyst. Kemudian doktor tekan-tekan perut aku. Tapi aku tak ada rasa sakit apa-apa pun. Doktor minta aku baring di katil rawatan untuk imbasan rahim. Waktu inilah, aku sedikit gugup. Alhamdulillah doktor kata tengok dari imbasan ini aku tak ada cyst. Syukur sangat-sangat. Tapi doktor minta aku dan suami buat rawatan susulan. Temujanji seterusnya pada kitaran haid hari ke-2 & hari ke-21 di makmal untuk ujian darah. 

TTC's STORY #10 : SUSPECT CYST

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......   Kredit to : yashadaahospital.com   OGOS 2014 :   Usia perkahwinan dah 2 tahun dah masih hidup berdua. Jadi, aku terbuka hati untuk rujuk klinik keluarga. Aku ke klinik Ummu Roihan di bandar Pekan, jumpa doktor dan terangkan masalah aku yang aku alami iaitu haid tidak teratur. Istihadah teruk. Setiap bulan tempoh haid lebih daripada 15 hari. Doktor di klinik Ummu Roihan tu sangat baik dan lemah lembut. Agak-agak umurnya awal 50an ketika itu.  

TTC's Story #9 : Perlu Sokongan

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......     SS mengambil masa yang lama juga rupanya untuk update cerita pasal usaha-usaha dan perkongsian mengenai perjalanan SS ikhtiar hamil. SS bukan jenis yang suka nak bercerita pasal perihal peribadi. SS rasa tak menarik pun. Tapi sejak sejak PKP tahun lepas akibat terperap dalam rumah, SS banyak habiskan masa untuk kembali aktifkan blog. Simptom biasa bila menaip entri, tiba-tiba tak ada idea. Kemudian itu lah muncul idea untuk tulis pasal TTC ni.   

TTC Story #8 : Jumpa bidan

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Cilok dari  Google : Fiksyen Shasha Masih lagi sebuah cerita mengimbau kenangan. 2013 - Waktu usia perkahwinan telah mencecah setahun lebih dan aku masih belum ada tanda-tanda kehamilan. Ibu mertua sarankan aku berjumpa bidan. Katanya ada seorang bidan terkenal kat Kampung Padang Manggis di Pekan. Ramai dah orang berjaya hamil dengan ilmu bidan tu. Aku bukanlah orang yang mudah-mudah nak terima tentang ini. Aku akan berfikir banyak sudut.

TTC's Story #7: Not Very Long Distance Relationship

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  2010 - Aku bertukar tempat kerja jauh dari rumah. Buat pertama kali aku hidup menyewa dengan orang yang aku tak kenal. Mereka satu kampus, cuma lain jabatan. Aku tak pernah masak kat rumah sewa tu. Ye lah, barang orang kan. Dah laa ketua rumah tu garang, tak pernah menegur pun. Bila aku kat ruang tamu nak borak-borak dengan dia, cepat-cepat dia lari masuk bilik. Aku pun tak tahu kenapa. Teman serumah bagitau memang macam tu perangai dia. Terima sajalah. Jadi, aku hanya perlu korbankan cara aku. Tak perlu minta dia ikut cara aku. Cukup sekadar menghormati cara mereka.