Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kampung

Kambing Mengembek Di Subuh Hari

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Kawasan rumah SS ni luar bandar. Jadi, lembu, kambing, kerbau, babi hutan, biawak itu memang hiburan jalanan. Selepas Suboh, terdengar bunyi kambing mengembek dari luar rumah. Lain macam je bunyi. Ni mesti jatuh dalam longkang. Memang dah biasa kambing jatuh dalam longkang depan rumah ni. Susah hati juga SS sebab SS tak mampu nak tolong. Tapi biasanya memang ada je orang yang akan tolong keluarkan kambing tu. Tapi makin lama makin panjang pula suara kambing ni. SS mampu berdoa supaya Allah selamatkan kambing tu. Biasanya tak lemas pun, sebab longkang tak ada air sangat. Kambing ni biasalah, dia panik jatuh longkang, menjerit laa minta tolong, tak boleh nak panjat keluar laa tu. Sebelum pergi kerja, SS buka pintu nampak ade anak kambing, comelnya lahaiiii duduk diam je depan pintu pagar. Suara kambing mengembek-ngembek tu tak dengar dah. SS pun sambung laa buat kerja-kerja rumah. Bila mengadap pintu tu, nampak anak kambing ...

Ada lembu nak jaga!

Assalamualaikum... Aku bekerja di sebuah universiti di pantai timur. Kampus aku berdekatan dengan pantai. Kawasan kampus aku sangat lapang. Dahulunya hutan tempat lembu meragut rumputan. Di kawasan lapang dalam kampus, masih ada lembu-lembu yang sedang meragut rumput. Kadang-kadang segerombolan kerbau pun ada berkubang di kawasan tasik buatan dalam kampus ni. Beberapa kali jugalah, orang menghalau lembu, dan beberapa kali itulah lembu-lembu tak pernah lekang dari pandangan mata penghuni kampus ni. Setiap hari. Dari pagi sampai malam. Ada saja lembu. Meragut rumput, atau berjemur di rumput tanpa apa-apa perasaan yang terpamer di riak muka lembu. Pernah mata bertentang mata waktu aku berjalan ke kafe. Pun aku tak dapat tafsir apa ada di dalam hati atau di benak fikiran lembu-lembu tu.  GOOGLE JE Kadang-kadang petugas keselematan terpaksa buat part-time mengusir lembu-lembu. Kesian jugak aku tengok. Dari mana datang lembu-lembu tu? Sebenarnya, kampus aku adalah di kaw...

KAMPUNG NELAYAN

Assalamualaikum... Apa macam cuti sempena Nuzul Quran semalam? Adakah anda memanfaatkan sebaik-baiknya? Dah berapa juzuk baca Surat Cinta tu? Aku masih lagi membaca setiap hari... Cuti 3 hari lepas, aku n family sempat jalan-jalan kat kampung nelayan... Saja-saja menghirup udara pantai di Kampung Kuala Pahang. Salah satu rumah nelayan yang ada di situ...  Lori yang digunakan untuk membawa hasil laut ke pasar-pasar. BUBU : Alat yang digunakan untuk menangkap ikan. Aku zoom skit rupa bentuk Bubu ni. Hasil laut yang dijemur dan dijual..  Yang paling best aku rasa, ikan kerapu.. Tak terlalu masin tau, tapi mmg sedap makan dengan nasi panas-panas pun jadi lah. Beli dengan pengusaha ikan masin ni lebih murah tau. Kedai yang masih mengekalkan reka bentuk lama. Susah nak jumpa sekarang ni. Rumah baru dibina bagi menggantikan rumah-rumah nelayan yang akan dirobohkan tak lama nanti. Di sini, aku mengajak korang bandingkan perbez...