Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

BUKTI ALLAH MENDENGAR DOA

ASSALAMUALAIKUM... Salam Jumaat penuh baraqah. Dalam kesibukan dan kepeningan aku bekerja... aku ambik sedikit masa rehat untuk taip 1 entry.. Sekarang aku sibuk dengan urusan kemasukkan pelajar-pelajar baru di tempat kerja aku. Office aku ni pun dah macam office dorang. Keluar masuk kesuka hati... tanpa dapat dihalang lagi.. gitewww... GOOGLE JE... Ok berbalik pada tajuk. Aku ada impian aku sendiri. Aku ada kemahuan kita sendiri. Aku berusaha... Aku berdoa... pagi petang siang malam.... tak cukup dengan tu,  aku bangkit mendirikan solat-solat sunat terutamanya solat hajat. Meminta Allah menunaikan kemahuan aku. Aku terus berusaha dan berdoa.... Terus-terusan.... sehingga satu masa aku rasa kenapa aku masih belum dapat apa yang aku nak? Kenapa Allah belum tunaikan??? Jangan menyalahkan Allah. Perasaan dan fikiran begitu memang normal. Normal bagi kehidupan manusia. Allah kurniakan otak supaya kita berfikir. Suara-suara dalam diri mengiang-ngiang dim

2 Tangan, 10 Jari

ASSALAMUALAIKUM. Fuuhh.... kesibukan bagai tsunami yang menghempas diri aku saat ini... chewah! berbunga-bunga ayat.Serius! Aku memang sibuk. Dengan program, dengan kerja hakiki... macam-macam lagi lah. Ini belum students masuk lagi, kalau dah masuk lagi tak tau laa mcm mana keadaan aku. Kerja di hujung jari. Masuk office, buka PC... tup tap tup tap tup tap... check memo, appointment segala.... Tup tap tup tap tup tap.... menaip.... Tup tap tup tap tup tap... kriiinnnggg!!!! Telefon berbunyi. Ok aku tipu, sekarang bunyi handphone tak de nak kriiinnggg kriiinnngg dah .... segala macam lagu ikut kesukaan kita kan. Tapi kriinnnnggg tu dah cukup melambangkan bunyi telefon.... ok. Bla...bla...bla.... pot pet pot pet, bercakap dgn orang di sana. Tup! Talian dimatikan. Ok ade kerja. Perlu berhubung dengan students. Ok, nak mudah, murah, cepat dan berkesan..... ok, bukak facebook. Tup tap tup tap tup tap... menaip.... Tup tap tup tup tup tap... bersoal jawab den

Kari Daging

Assalamualaikum... Kali ni aku nak kongsi reseipi kari daging. Aku ni darah Malbari. So, memang sah-sah laa kari tu sebahagian dari rencah hidup aku... giteww.... Bahan-bahan: 1) Bawang merah dikisar 2) Bawang putih dikisar 3) Bunga lawang 4) Bunga cengkih 5) Ketumbar 6) Cili kisar 7) Rempah kari Baba's 8) Air 9) Minyak Cara-cara memasak : Masukkan minyak sampai panas. 1) Tumis bawang merah, bawang putih yang dikisar tu... 2) Tumis sekali dengan bunga lawang, cengkih, ketumbar. 3) Tunggu beberapa minit... kemudian masukkan cili kisar... kacau-kacau sikit... 4) Masukkan rempah kari Baba's..... kacau-kacau... sampai pecah minyak... 5) Masukkan air separuh periuk ke... sampai bahan-bahan tu sebati. 6) Masukkan daging.... masak sampai separuh masak.... kemudian... 7) ....masukkan kentang. tunggu smpai daging masak dan kentang empuk... Siap!

Musykil dengan 'Anonymous'

Assalamualaikum. Ada sesiapa boleh tolong terangkan apa dah berlaku kat blog aku ni? Kot-kot engkau orang pun sama pernah terkena macam aku? Tengok top entry Tajuk 'Hari Sibuk' tapi bila klik keluar kat address tajuk entry 'Rindu Dia'. Pastu, tengok kat comments, mak aii... banyak nye comment! Aku ni bukan famous pun blogging. Suam-suam kuku je. Tapi komen ni paling banyak. Tapi semua speaking ala-ala blogger dari oversea aje... ape kes?? Cuba korang tengok. Dekat entry tulis Hari Sibuk, tapi dekat address tulis Rindu Dia . Pastu korang baca laa comment2 dari Anonymous-anonymous tu.... Aku rasa pelik je. banyak pulak tu... Kenapa ini terjadi? Adakah virus menular? Tengok-tengok balik, semua komen tu tahun 2012-2013. Masa tu aku dah tak aktif blogging. Sebab tu aku tak perasan. Ada sesape boleh tolong bagitau apakah sebabnye?

SEGMEN BLOGWALKING OGOS by Karya Mahirah

Hye kawan-kawan... Jemput la  join  Segmen Blogwalking Ogos By Karya Mahirah . Sambil-sambil blogwalking tambah kenalan tu kan, mana laa tahu kot-kot rezeki korang dapat duit raya penganjur ni... Aku pun dah lama tak join segmen2 mcm ni.. alang- alang te ngok syarat dia simple sangat.. tak sampai 5 minit pun dah boleh siap 1 entry tau! heheheh..... Ramai kenalan, luas pengetahuan... =D TARIKH TUTUP 15 OGOS 2014 | 19 SYAWAL 1435H Selamat berkenalan.. Happy blogwalking! Happy blogging!

Lontong Ibu Mertua Ku

Assalamualaikum... Hari ni 9 Syawal 1435H. Baru kesempatan jugak aku nak update pasal menu wajib Aidilfitri di rumah ibu mertuaku... Mak kan ramai adik beradik... setiap adik beradik mak ada menu special tersendiri. Jadi, tak de lah nak bergaduh rebut-rebut menu bila buat open house kan... Makanya cuti seminggu tu, aku memang kenyang perut laa menjamah menu wajib di rumah dorang. 

Hari Raya 2014

Assalamualaikum.... Hari Raya kali ni, merupakan raya ke-3 aku sambut sebagai isteri. Kali ni tema kami warna ungu manggis. Bab warna ni, memang aku terserah pada suami. Sebab idea dia memang kena & menjadi. Aku tak kisah pun... Tahun ni, satu famili sebelah suami warna ungu. Aku beraya ni di sini laa tahun ni... Cuti raya 7 hari. Aku pusing-pusing ziarah sedara-mara sebelah suami. Sampai tak sedar cuti dah nak habis. Mak mertua aku ade ramai adik beradik.. 1) Ayah Ngah 2) Pak Anjang 3) Mak Cik Nur 4) Mak Cik Eni 5) Mak Teh 6) Pak Teh 7) Pak Itam 8) Mak Itam 9) Ayah De 10) Mak De 11) Pak Busu Aku tak ikot susunan.. sebab aku pun pening susunan belah mertua aku yang tak sama macam aku... Mak mertua aku ada 14 orang adik beradik. Mak yang ke-7. 2orang meninggal. Jadi kalau hari raya tu, memang menyinggah dan bertemu laa semua. Mula-mula dulu aku pun pening sebab tak biasa duduk dalam famili yang ramai. Tapi semua kena belajar laa mengenali kaum ke

SSn1