Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Prince Of Songkla Universiti, Thailand

Assalamualaikum kawan-kawan. Terima kasih kerana sudi singgah lagi...  Lagi sambungan kisahku di Thailand. Ini kisah aku sebelum ni : Menjejak Bumi Thailand   Kg. Tammalang, Thailand Hotel Holiday Hatyai Pengembaraan di Hatyai bermula ....... Kami bangkit dengan penuh semangat. Semangat nak shoping sebenarnya. ehheheh. Ramai dah tunggu di lobby. Nampak gayanya ada yang lebih bersemangat daripada aku ni! hehehe... Bila semua dah naik bas, kami pun pusing-pusing la di bandar Hatyai.   Cuba kamu orang tengok kabel di negara ini. Berselirat! Aku pun tak tahu laa macam mana kalau ada lintar pintas, tak tahu macam mana nak bezakan antara satu persatu wayar tu. Mungkin Thailand ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini. Ataupun tak pernah ada pintasan letrik? Siapa tahu? Cuba kamu orang tengok pakcik/makcik ni pula. (Aku gagal mengesan jantina). Dengan selambanya dia menjual kalungan bunga di tengah-tengah jalan raya. Ish... a

Hotel Holiday Hatyai.

Assalamualailkum kawan-kawan semua... Sihat ke hari ni? Okeh, aku nak sambung cerita 3 aku di negara orang iaitu : Thailand.  Sila rujuk : Cerita 1 Sila rujuk : Cerita 2 Daripada Satun ke Hatyai mengambil masa lebih kurang 2jam dengan menaiki Bas. Boleh tahan la.... Sampai saja di Hatyai waktu tu, hari dah malam. Jadi, kami terus check in di Holiday Hotel, Hatyai. Penumpang 4 buah bas semuanya menginap di situ. Aku pun usha-usha la harga. Lebih kuran RM60 untuk satu malam. Dah berbaloi tu untuk hotel 3/4*. Hotel kelihatan bersih. Cuma di sini tidak lagi menggunakan bahasa Melayu. Dah boleh mula speak English atau Thai yang mana fasih. ehheheh. Sementara menunggu semua pelajar check in, aku pun massage dulu la.... Gambar . Heeee...heheheee... Kemudian, dah selesai semua. Kami pun naik lif masuk ke bilik masing-masing.  Di depan pintu bilik. Tak sabar nak terbungkam ni. Melepaskan segala penat lelah di tilam yang empuk!  Haa... ini lah rupa bentu

Kampung Tammalang, Thailand.

Assalamualaikum kawan-kawan. Seperti yang aku telah janjikan. Ini sambungan sikit pasal trip aku ke Thailand tempoh hari. Boleh rujuk kat sini untuk pengenalan pertama aku : Menjejak Bumi Thailand Kali ni pun tak mau taip panjang-panjang. Cukuplah bagi korang tengok gambar dan aku cerita sikit-sikit k. Semua cerita ni berlaku di Kampung Tammalang, Satun, Thailand. Setibanya di Satun, kami dikehendaki menaiki bot ke Kg. Tammalang. Ini pengangkutan utama daripada kg ke pekan. Di kampung tu tidak ada kereta yang dapat masuk. Kampung kecil. Yang ada hanyalah motor sahaja. Penduduk di situ lebih kurang 2000 orang sahaja. Kecil kan?. Waktu kami sampai ni dah Maghrib. Di sini, waktunya sejam lebih awal daripada Malaysia. Apa adik-adik kita ni buat? Dorang ni nak kalungkan bunga untuk kami lahh... lalallalallaaaaaaaaaaaa....... Penat-penat sampai, rasa terhibur dengan sambutan daripada penduduk Kg. Tammalang ni. Lepas dah dikalungkan bunga tu, apa lagi... kami bergamb

SSn1