Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Kunang-kunang Mabuk

Assalamualaikum... Mai nak cerita skit ni... Semalam, waktu Cik Semut dah bersiap-siap nak tidur... Dah kemas tilam semua... Otak dah free dari semua kerja-kerja, Cik Semut pun..... ...tutup lampu, ...terus merebahkan diri atas tilam, ...tarik selimut ...terus pejam mata! Tetiba telinga terdengar bunyi sesuatu... Cepat-cepat angkat kelopak mata. Meliar anak mata memerhati sekeliling dalam kegelapan tu.. Tiba-tiba ternampak 3 cahaya kecil berterbangan .... Cahaya itu bewarna kuning.... Berkelip-kelip... Laaaaaaa.....Tinkerbell rupanya. Apa yang dorang bertiga tu buat kat dalam bilik Cik Semut ni... Heheeee..... Nak kawan dengan Cik Semut ye.. tapi dah malam laa, Cik Semut kena tidur. Esok nak kerja. Saja panggil Thinker Bell, comey skit. ehheheh Cik Semut harap tak bahaya lah. Tapi buat Cik Semut tersenyum... Tak pernah lagi seumur hidup ada kelip-kelip bermain-main dalam bilik Cik Semut ni. Masa kecik-kecik dulu memang suka tengok

Jom Kawan!

Assalamualaikum.. Hari ni agak sibuk. Tak dapat nak menaip panjang lebar... Tak dapat nak blogwalking or running or jumping.... nggeeeeeeeehhhhh cuma nak promote skit la, siapa-siapa yang sudi berkawan dengan Cik Semut, atau ada info-info terkini yang nak sharing .... boleh saja klik di sini...  Blog Semut Senyum. Baru je berjinak-jinak di sini... Moga ukhwah yang terjalin diberkatiNYA. Amin...

...kerana RM 500.00

  Sumber Google .....satu pagi .....di warung .....sebuah kampung Aku duduk di penjuru sudut mengadap jalan tar, melihat kereta-kereta yang lalu lalang di jalan kecil itu. Sementara menunggu minuman dan makanan sampai, aku memerhati keadaan sekeliling. Terdengar perbualan pakcik-pakcik di sebelah meja. Ku kira perbualan antara seorang nelayan dan pemandu bas.   Sumber Google Sumber Google Pakcik Ali ( bukan nama sebenar ) bercerita mengenai bot, laut, ikan-ikan... Pahit maung di laut melawan ombak. Hasil tangkapan tidak menentu. Lauk pauk sama setiap hari.. Pakcik Abu ( bukan nama sebenar ) bercerita mengenai bas, tempat-tempat, penumpang bas... Kemalangan di jalan raya. Tinggalkan keluarga berhari-hari. Keluar awal pagi, pulang lewat malam... Cuma yang sama antara mereka, kedua-duanya berwajah ceria. Penuh senyuman. Bersembang mengenai RM500.00 bantuan kerajaan tempoh hari, macam-macam yang mereka beli untuk anak-anak dan ist

Cantiknya Lelaki & Gagahnya Wanita

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal yang kemas dan bersih tetapi juga kepada murni rohaninya. Lelaki yang cantik adalah : # Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan # Lelaki yang sedia menerima segala terguran # Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun # Lelaki yang tenang dan lapang dada # Lelaki yang baik sangka # Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.   Kegagahan seorang wanita bukan kepada  pejal otot badannya tetapi pada kekuatan perasaannya. Perempuan yang gagah adalah : # Perempuan yang gagah menerima sebuah kehilangan # Perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan # Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan # Perempuan yang tidak meminta-minta untuk dipenuhi segala keinginannya Kegagahan perempuan berdiri di atas keteguhan iman. Seluruh kegagahan yang ada p

Cerita Cinta Pandang Pertama (2C2P) Part 2

.......yang belum mengetahui jalan cerita dari awal boleh lawat ke sini >>>  2C2P Kami berkenalan dan berkawan dalam tempoh setahun... Rasanya cukup untuk mengenal hati, budi, perasaan, pemikiran dan tingkah laku Mamat. Dia, Prince Charming aku. Sejak dari pandangan pertama kami. Dia miliki segala ciri-ciri yang aku nak... Subhanallah... jarang kita dapat orang yang kita suka, pun sama suka kat kita. Sama-sama suka kerana pandang pertama. Cinta. Kesudahannya... Hati ini milik DIA. Maha Pencipta. Tuhan Semesta Alam. DIA telah menggerakkan hati ini bertaut pada anugerah ciptaanNYA. DIA juga yang telah menjauhkan hati ini daripada ciptaanNYA yang sempurna itu. Mamat meluahkan rasanya. Ingin menghantar pinangan untuk melamar aku. Tapi setelah aku memperhambakan diri menghadap Ilahi melalui Istiqarah. Menyerahkan seluruh isi hati dan jiwa kepada NYA, ternyata Mamat belum menghuni rumah hati ku. Allah lebih tahu.Kata orang, tak kenal maka tak

Cerita Cinta Pandang Pertama (2C2P)

(Banyak backgroud music dalam entry kali ni. Korang WAJIB dengar bagi menghasilkan mood ketika membaca entri ini.. Imaginasi juga harus tinggi. Terima kasih.) .........kaki melangkah masuk ke dalam dewan yang sedia dihuni para peserta dari seluruh pelosok negeri. Aku lambat. Flight delay satu jam. Tapi nasib baik masih sempat mendengar taklimat malam itu. Aku mendapatkan tempat duduk di barisan belakang sekali. Kerana fizikal aku yang begitu kecil, memang tak nampak apa yang terbentang di depan mata. Sekarang menggunakan deria pendengaran mengamati bait-bait ucapan dalam majlis taklimat itu. Sedang aku menulis point-point penting dari taklimat itu...aku terpandang seorang pemuda yang tidak jauh dari aku. Dia pun turut memandang aku... "zzzzrrrr....zzzzrrrr..." Pandangan pertama bertaut. Dunia terhenti seketika. Hanya bunyi degupan jantung sendiri yang terdengar kian kencang. Spotlight               >>>>>>Aku dan Dia  Background music >&g

Kisah Coke & Maggi

Assalamualaikum Sudah lama tak update blog.  7 hari Cik Semut ke negeri Terengganu. Jadi Fasilitator untuk Kursus Jurulatih Seni Budaya Negara. Alhamdulillah semuanya dah selesai dengan jayanya. Seronok berada di bumi Darul Iman itu. Lain entry la Cik Semut cerita pasal tu ye. Ada kisah yang lebih penting Cik Semut nak kongsi dengan korang. Coke & Maggi al-kisahnye... Ini cerita sebenar yang diceritakan oleh seorang cikgu Cik Semut. Bukan untuk mengaibkan keluarga beliau tapi sebagai ikhtibar untuk kita semua. Lagipun korang tak kenal siapa cikgu Cik Semut tu kan... Curi dari fadily Kisahnya macam ni. Kamarul (bukan nama sebenar) merupakan seorang anak muda yang sangat kacak rupanya. Seorang anak bongsu berusia 21tahun yang sangat bijak dan menjadi harapan keluarga. Suatu hari berlaku salah faham diantara Kamarul dengan ibunya yang menyebabkan Kamarul merajuk. Tapi rajuknya lama hingga 7hari dia tidak keluar dari biliknya.  Ibunya pul

Zaman Terlanjur....

Astagfirullah .. Mengucap panjang bila zaman ini, aktiviti seksual macam pergi makan tepi jalan je.. bersepah-sepah... Budak-budak sekolah, bawah umur, atas umur, dah tak kisah dah tentang aktiviti yang 'BERAT' ni.... Haiiissshhh.. Nak salahkan siapa pun tak tahu... Salah ke ibu yang mengandung? Setiap ibu pasti inginkan anaknya menjadi anak yang terbaik... Tapi zaman sekarang ni tak tahu macam mana lagi nak mendidik anak. Bila tak bagi kebebasan, kata kita mengongkong... Bila bagi kepercayaan, ntah apa-apa yang dorang buat kat belakang kita... Cik Semut terkedu dengan masalah dunia sekarang... Cik Semut yang masih belum kahwin ni, mula memikirkan hal ni sebab suatu hari nanti, Cik Semut juga akan punya anak... Insyaallah. Macam mana Cik Semut nak jadi kreatif mendidik mereka? Dunia terlalu mencabar sekarang... Mendidik anak-anak juga satu pengembaraan yang sungguh mencabar. Dulu mak ayah rotan, kita rasa itu satu pengajaran. Kita masih boleh

Semut n Siput's Sleep

Kelmarin dapat m.m.s dari Maxis.. menyatakan Siput boleh tidur selama 3 tahun! Cik Semut pasti pengguna-pengguna rangkaian Maxis mesti ada dapat m.m.s tu jugak kan... Pengetahuan baru untuk Cik Semut sebenarnya. Selama ni tak pernah tahu pun kawan Cik Semut yang Cik Siput belakang rumah tu boleh tidur 3tahun. Patot la 3 tahun dah tak jumpa dia. Tidur rupanya... heheheh. Tapi Cik Semut?? Ok.  Semut pekerja boleh tidur 250 kali sehari. Setiap kali lebih kurang seminit lebih. Semut permaisuri pulak boleh tidur 90 kali sehari, setiap kali 6 minit lebih.  Boleh tahan jugak la Semut tidur ek.. Kalau korang perhatikan semut, ada masa semut tu akan berhenti. Kalau dia tak lari tu, tidur lah dia tu sebenarnya.. ehhehe info selanjutnya boleh baca di sini :  Semut Tidur

Anggota Yang HOT !

Kita lahir dengan dua mata yang 'hot' di depan muka kita.. Supaya kita sentiasa melihat ke depan, melihat masa depan kita.. dan jarang-jarang sekali kita pandang ke belakang... Kita lahir dengan dua telinga yang 'hot'... Supaya kita dapat mendengar dari dua sisi... Mengumpul pujian dan kritikan Memilih mana yang benar, mana yang salah... Kita lahir dengan otak yang 'hot'... Terselamat dalam tengkorak kepala.. Tiada siapa yang mampu curi apa yang ada di dalam sana.. Idea dan fikiran kita... Isinya lebih bernilai daripada emas dan wang ringgit... Kita lahir dengan satu mulut yang 'hot'.. Kenapa satu sahaja? Kerana ia sangatlah tajam.. Boleh menyakiti, Boleh membunuh, Boleh menggoda... Kita lahir dengan satu hati yang 'hot'... Tempat lahir segala emosi... Satu hati melengkapi penglihatan, pendengaran, percakapan dan akal fikiran keseimbangan diri. Bersyukurlah! Anda "HOT" jika anda menggunakan anggota ini

Zumba!

Assalamualaikum... Korang tahu apa itu Zumba? Ok, Zumba tu lebih kurang tarian kecergasan  yang terbesar.Zumba ada unsur-unsur tarian dan aerobik yang menggabungkan gaya tarian hip-hop, samba, salsa, merengue, mambo, seni mempertahankan diri dan Bollywood. Haa, dengar macam best je kan? Memang best pun.!! Kat mana boleh join Zumba ni? Semua negeri dah ada rasanya di studio-studio fitness berbayar... Gambar Kenangan sewaktu program Zumba : Charity for Breastcancer. Seronok ke? YUP! Sangat seronok....!!!! Pergerakan bertenaga. Muziknya ala-ala Latin, Hollywood dan Bollywood... Kat Malaysia jangan tak tahu, ada Joget Zumba! Masih mengekalkan ciri-ciri keMelayuan, siapa kata tak boleh? Malaysia boleh kan! Siapa-siapa yang berminat,  boleh search je kat YouTube... Banyak video-video zumba.... Bersenam sambil berhibur... Cuba lah! p/s : Gambar sewaktu berzumba tak boleh upload bagi menjaga sensitiviti pihak-pihak tertentu. ^__^

Tidak Ada Apa-Apa.

Hari ni hari Jumaat pertama 2012. Tak tahu apa perasaan Cik Semut di kala ini. Gembira. Biasa saja Sedih. Biasa saja Teruja. Biasa saja Bahagia. Biasa saja Kesimpulannya perasaan hari ini 'Biasa Saja'. Tidak ada apa-apa. Enggan terlalu gembira. Enggan terlalu sedih. Lebih baik biasa-biasa saja. Seperti tidak ada apa-apa. Dalam hati berdoa. Moga keberkatan menyelubungi kita semua. Di Jumaat pertama 2012.

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda

SSn1