Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Yang LEBIH berharga, LEBIH bahagia

Assalamualaikum... Aku suka tengok gambar kahwin. Aku suka tengok hasil-hasil kreatif jurufoto. Aku suka tengok gelagat-gelagat pengantin yang sedang bahagia. Aku suka melihat kemeriahan & pancaran wajah-wajah bahagia setiap yang menghadiri kenduri perkahwinan. Tarikh Kenduri : 18 November 2012 Pelamin : Tiada Bunga Tangan : Tiada Meja makan beradap : Tiada Hiasan bilik : Hanya langsir dan cadar sahaja. Tiada  yang hebat-hebat. Semua biasa-biasa saja. Sangat simple. YANG LEBIH BERHARGA. Saat itu, Pengantin ambil lauk sendiri dan masuk makan kat dalam rumah dengan ayah pengantin perempuan. Sebab kat luar dah penuh dengan tetamu dan rombongan pihak lelaki.. Ayah pengantin kurang sihat sikit.. Tambah pulak kat luar panas. Masyaallah. Indah sungguh rasa ini. Kata AjiYusop : "Lauk pengantin sama je macam orang lain, ambil sendiri lauk. Gulai nangka, kerabu mangga, ikan goreng, sambal belacan. Tiada ayam masak merah,

Ada lembu nak jaga!

Assalamualaikum... Aku bekerja di sebuah universiti di pantai timur. Kampus aku berdekatan dengan pantai. Kawasan kampus aku sangat lapang. Dahulunya hutan tempat lembu meragut rumputan. Di kawasan lapang dalam kampus, masih ada lembu-lembu yang sedang meragut rumput. Kadang-kadang segerombolan kerbau pun ada berkubang di kawasan tasik buatan dalam kampus ni. Beberapa kali jugalah, orang menghalau lembu, dan beberapa kali itulah lembu-lembu tak pernah lekang dari pandangan mata penghuni kampus ni. Setiap hari. Dari pagi sampai malam. Ada saja lembu. Meragut rumput, atau berjemur di rumput tanpa apa-apa perasaan yang terpamer di riak muka lembu. Pernah mata bertentang mata waktu aku berjalan ke kafe. Pun aku tak dapat tafsir apa ada di dalam hati atau di benak fikiran lembu-lembu tu.  GOOGLE JE Kadang-kadang petugas keselematan terpaksa buat part-time mengusir lembu-lembu. Kesian jugak aku tengok. Dari mana datang lembu-lembu tu? Sebenarnya, kampus aku adalah di kawasan

Apa ada pada nilai $ ?

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual: RM 100 :   Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis? RM1 : Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis." RM 1 : Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih? RM100 : Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet. RM 1 : Pernahkah engkau berada di tempat ibadah? RM 100 :  Belum pernah RM1 : Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi

SSn1