Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sihat

JIHAD EKONOMI PALESTIN BERSAMA AL'ARD

JIHAD EKONOMI PALESTIN Jihad berasal dari perkataan Arab ‘jahada’ bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah dalam perbagai cara. Jihad juga bermaksud penentangan terhadap anasir-anasir yang ingin merosakkan negara. Selain itu, peperangan suci melawan orang kafir kerana mempertahankan agama Islam juga adalah jihad. Gabungan definisi ini jelas bahawa jihad itu adalah sebuah kecekalan perjuangan menegakkan perkara yang benar bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T. Kita semua sedia maklum peperangan di bumi Palestin. Selain jihad memboikot produk-produk zionis, kita juga boleh memperkukuhkan ekonomi Palestin melalui produk-produk keluaran bumi anbiya’ (para nabi) itu. Ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial umat Islam untuk membantu sesama Muslim. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang banyak harta adalah orang-orang yang sedikit (kebaikannya) pada hari kiamat kecuali orang yang diberi harta oleh Allah lalu di...

Al'Ard Palestine Premium Organic Extra Virgin Olive Oil Produk Berkualiti, Pilihan Terbaik.

Sejak menyedari betapa pentingnya harga sebuah kesihatan, minyak zaitun telah menjadi salah satu bahan yang tidak asing lagi dalam hidup SS. Terdapat terlalu banyak khasiat dalam kandungan minyak zaitun. Jadi, SS banyak menggunakannya dalam makanan dan masakan terutamanya. SS pasti ramai yang telah mengenalpasti pelbagai jenis minyak zaitun dan pelbagai jenama di pasaran serta kegunaanya dalam kehidupan. 

Boling Cara Amatur Melegakan Tekanan dan Seimbangkan Emosi.

Sebenarnya lama betul tak main boling. Rasa-rasa dalam lima ke enam tahun juga agaknya. Tanpa latihan, tiba-tiba saja wakil jabatan.  Cuma main baling-baling saja. SS memang tak pernah belajar teknik memboling pun. Cuma nak raikan kawan-kawan saja ni.  Posing dulu sebelum main.

Stok Ubat Yang Wajib Ada

Kalau ubat cantik-cantik mcm ni baru laaa semangat nak makan. Ini bukan sakit apa, tiba-tiba waktu ini lah sakit ni nak datang, sakit itu datang. Asalnya kena tekanan darah rendah, pening-pening kepala sikit. Ada waktunya kepala pusing macam vertigo. Tapi sekejap-sekejap saja pening. Kemudian datang pula sakit kepala. Kemudian datang pula sakit tekak yang luar biasa. Sakitnya bagai ditoreh-toreh. Tak sanggup rasa nak hadap. Normal saja sesekali kena sakit tekak ni; tapi kali ni tak boleh bawak bincang dah. 

Tersedak Ketika Tidur Lena

24 November 2022 - Sedang elok tidur nyenyak, dah dapat deep sleep elok dah, tiba-tiba terjaga sebab tersedak. Dan tersedak teruk rasa seperti kerongkong ni nak terkeluar. Perasaan ini seolah-olah betul-betul dah di hujung nyawa. Minum air sejuk peti makin parah tersedaknya. Minum air suam makin perit rasa tekak ni. Perasaannya tu betul-betul macam nak mati. Dada rasa sempit, berdebar-debar, nafas tersekat-sekat. Rasa nak muntah tak boleh muntah. Fuuhhh…. Ku cuba untuk tenang walau masih bersisa rasa tersedak. Keadaan ini mengambil masa selama satu jam untuk reda. Allahu, serik rasa.

Serbuk Halia Gunung Memang Dipercayai Mustajab!

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  SS memang selalu juga kena sebu perut dan angin tak lepas keluar dari badan. Zaman muda remaja dulu memang pernah kena gastrik. Tapi bila dah tua dewasa ni, Alhamdulillah  gastrik  jarang-jarang muncul. Cuma masalah angin sahaja. Pernah juga pergi berurut, tapi memang susah betul angin ni nak keluar dari badan. Kadang-kadang sampai naik ke kepala. Dah laa badan rasa tak selesa, diserang pula sakit kepala. Pedih ulu hati pun kerap juga kena. Entahlah angin apa yang menular dalam badan SS ni. Ada yang mengalami situasi yang sama dengan SS tak?.

Servis & Perkhidmatan Optometris Terbaik Hanya di Optom Eyecare Bangi

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Teringat waktu PKP dulu, bekerja dari rumah dengan mengadap laptop terlalu lama. Sedar-sedar, mata pun semakin kabur. Cermin mata yang sedia ada pun mula gagal menjelaskan objek yang jauh. Memang dah sampai masa perlu tukar cermin mata. Tapi disebaban Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) makanya SS sangat paranoid untuk keluar rumah pergi beli keperluan. Sedangkan barang dapur pun SS contact runner. Kemudian, bab cermin mata ni, terfikir juga untuk beli secara dalam talian, tapi SS tak berani juga. Risau kalau-kalau dah siap beli, sampai, nanti tak berkenan atau tak sesuai dengan muka. Sehinggalah SS jumpa Optom Eyecare Bangi. Dikesempatan ini, SS nak kongsikan kenapa Optom Eyecare Bangi menjadi pilihan hati SS.

Kesan Penggunaan Gajet Terhadap Mata dan Penglihatan

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Sejak asyik mengadap telefon dan komputer, kerap juga SS cari info-info tentang kesihatan mata. SS memang ada rabun jauh dan silau. Sekali-sekala kerap juga dapat sakit kepala dan pedih-pedih mata. Risau juga. Mata itu, salah satu pancaindera kita yang paling berharga. Tak boleh bayangkan hidup tanpa penglihatan. Allahu. Ada kesempatan tempoh hari, sempatlah SS sertai satu program dalam talian oleh Bahagian Pembangunan Usahawan MARA yand dikendalikan oleh BizNetwork - Platform Pemasaran & Jualan. Baru SS tahu, rupanya ada platform macam ni dalam negara kita. 

Tips Penjagaan Mata Kanak-kanak Tanpa Meninggalkan Gajet.

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Anak-anak dengan gajet memang tak boleh dipertikaikan. Tak boleh nak banding dengan keadaan kita seusia mereka dahulu. Semuanya pantas seiringi peralihan zaman ke zaman. Tapi, sebagai ibu bapa memang ini salah satu cabaran yang perlu kita hadapi setiap hari supaya kesihatan mata dan mental anak-anak terjaga tanpa mengabaikan teknologi terkini.

Cermin Mata Unik Hanya di Optom Eyecare

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... Waaahhh... kotak keriangan dah sampai. Nampak kan, betapa eksklusifnya. Mula-mula terima kotak ni, dah rasa berbunga-bunga dalam hati. Sungguh teruja dibuatnya. 

10 Fakta Gel Pembersih Wajah Tanah Liat Azyma Care

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Memang dah lama jatuh cinta dengan produk-produk Azyma Care. Biasanya pakai Body Wash sahaja, tapi apabila mereka keluarkan pencuci muka, memang tak lepaskan peluang untuk membuat tempahan. Dah pakai sebulan yang lalu. Kali ni, sekali lagi repeat order . 🤗 

Gel Pembersih Wajah Tanah Liat Azyma Care Bebas Sabun dengan Kebaikan Royal Jelly dan Propolis Lebah

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Terkejut dengan berita status terkini Covid-19 hari ini telah melebihi angka 20 ribu. Allahu. Terdiam dibuatnya. Hanya Allah yang tahu rahsia disebalik semua yang berlaku ni dan kita, teruslah berusaha untuk jauh dari virus Covid-19. SS e nggan mengulas lebih lanjut mengenai covid-19 yang akan menjadikan kita semakin tertekan dengan melihat angka semakin melonjak dan macam-macam kejadian dalam negara. Adalah lebih baik SS review satu produk buatan Malaysia yang berkualiti dan bagus untuk kulit wajah daripada Azyma Care.

Azyma Clay Body Wash Terbaik Untuk Kulit Kering dan Sensitif

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Dah lama sebenarnya nak beli sabun Azyma ni. Dah lama usha maklumbalas yang positif dari pengguna-pengguna Azyma. Tertarik sebab sabun Azyma adalah gel mandian tanah liat Kaolin, ada ekstrak aloe vera dan timun. Ketiga bahan utama ni amat sesuai untuk kulit kering dan sensitif. Yang penting wangi dan halal. Biasa pakai produk clay ni kat spa je. Dah PKP ni spa kt rumah sajalah. Sekarang pula cuaca panas, duk rumah pun macam dalam sauna. Paling best lepas pakai sabun Azyma ni rasa selesa, yakin dan bersih-sebersihnya!.  

Lumba Basikal

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum  Tuah basikal pinjam Sekali lagi terjebak dalam kayuhan. Tak berhajat langsung. Hari tu kayuhan santai pun, kawan yang ajak. Tapi sebab santai, SS setuju sajalah. Kali ni bila anjurkan perlumbaan, memang SS buat tak tahu je. Tapi jiran sebelah meja SS ni tiap2 hari ajak SS untuk cukupkan penyertaan wanita. 2 - 3 minggu juga dia pujuk SS. Akhirnya dengan berat hati, SS bersetuju. Twist mindset kepada menyokong program anjuran kawan SS ni. Alang-alang SS dah jadi sekretariat program membantu kelancaran penganjuran, dapatlah SS cari pengalaman dalam menguruskan program sukan pula.

Sebuah Penghargaan untuk Hubbub - Spa Muslimah Kuantan

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Pahang dah PKP oiiii.... Teringat waktu PKP Mac tahun lalu, 3 bulan terperap kat rumah seronok tu memang laa seronok sebab SS ni work-a-holic. Memang jarang cuti. Pergi balik kerja pula, memang tak jumpa matahari. Sampai pejabat jam 8.00 pagi, balik rumah kadang-kadang 2.00pagi. Kadang-kadang laa.... Sekali dua je pernah balik 5.00pagi. Dan pernah 2 kali tidur kat pejabat. heheheh... melampaukan. Tapi itulah, biasanya kerja-kerja adhoc je jadi macam tu. Jadi, waktu PKP tu memang terperap betul kat rumah. Tak berani nak keluar pergi mana-mana. Terbayang kat luar rumah tu, zombi berkeliaran merata-rata. Ok, ini pengaruh filem. 3 bulan di rumah menyebabkan postur badan jadi tak betul. Paling ketara adalah sakit pinggang. Di rumah pun seharian mengadap laptop. Waktu PKP tu SS kat rumah mertua, tak ada tempat yang proper untuk Work From Home (WFH). Jadi, mengadap laptop sekejap kat meja makan, sekejap kat coffee table depan T...