Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Working Journey

Iftar 2025 Bersama Rakan Sepejabat di Hotel Shahzan, Kuantan

Officemate adalah keluarga kedua kita.  Seminggu ada 5 hari kita bersama mereka.  Sehari, lebih kurang 8jam bersemuka. 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H kali ni kami mengenakan tema 'blackpink'. Sebenarnya   tak beli tak beli baju baru pun. Masing-masing sibuk dengan tugasan hakiki dan gelanggang. Maklumlah kami di Pusat Sukan & Kebudayaan. 

Menatarias Penari Persembahan Pentas

Tatarias persembahan pentas tak sama dengan tatarias ( make-up ) harian.  Menatarias penari juga salah satu tugas SS. Pengalaman yang tak dapat SS lupakan, SS pernah mendapat 21 orang penari perempuan (pelajar) yang tak ada pengalaman stage make-up , dan memang nak patah pinggang SS dibuatnya. Serik! 

Kekurangan Menempah Kejayaan

Sesi latihan teater Ini lah salah satu gambaran belakang tabir yang transparent dalam sebuah pementasan teater. Yang dipertonton adalah yang di pentas atau di bahagian hadapan iaitu yang kemas dan telah dirancang rapi setiap aksi dan tutur bicaranya. Tetapi, yang huru-hara dibelakang tabir, yang jatuh, yang tertonggeng, yang tersadung semuanya hanya mereka saja yang tahu. Tidak diperlihatkan kepada khalayak kerana tidak ada siapa nak ambil tahu keadaan susah payah itu. Semua orang nak tahu dan tengok hanyalah sebuah sajian yang indah.  Rindu vibes macam ni, sejak 2012; bila malam menjelma, team kebudayaan mahasiswa buat latihan di setiap ruang legar Pusat Aktiviti Pelajar. Waktu tu, meriah dengan team band (bilik aktiviti), team tari (tengah -tengah ruang legar), team nyanyi (wing kanan), team nasyid (di tangga), team silat (wing kiri) dan team teater (kawasan tangga). Kami memang tak ada tempat khusus untuk latihan. Rupanya sehingga ke hari ini masih begini. Banyak kali juga peng...

Boling Cara Amatur Melegakan Tekanan dan Seimbangkan Emosi.

Sebenarnya lama betul tak main boling. Rasa-rasa dalam lima ke enam tahun juga agaknya. Tanpa latihan, tiba-tiba saja wakil jabatan.  Cuma main baling-baling saja. SS memang tak pernah belajar teknik memboling pun. Cuma nak raikan kawan-kawan saja ni.  Posing dulu sebelum main.

Program Kesihatan Mental di Tempat Kerja

Simpan untuk dikenangkan.  Bila kali akhir anda ketawa begini? Ada rasa tidak terluah. Ada ilusi tidak tergambar. Tapi bengkel tempoh hari sangat membantu dalam perjuangan diri meneruskan kehidupan. Segarkan kembali minda dan jiwa. Buat suplemen di hari esok. Lama tak jumpa rakan-rakan yang pernah sebumbung dulu.

Melepaskan atau Pertahankan ?

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Dalam hidup ini sentiasa ada pilihan.  Baik atau buruk, kurang atau lebih, banyak atau sedikit, hitam atau putih... Kadang-kadang memilih dua jalan itu, lebih sukar . Melepaskan atau terus pertahankan? Otak dan hati terkadang tidak sehaluan. Bertingkah hujah,  berperang , bersaingan. Memujuk lembut dan bicara tegas berdebat bergiliran.

Kontak Rapat II

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.  SS masih kuarantin kendiri dirumah akibat menjadi CC2 kepada rakan sepejabat yang merupakan CC1 kepada suaminya yang positif Covid19 . Boleh baca kisah ringkas di SINI.  

Kontak Rapat

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum w.b.t......  Kontak rapat merupakan seseorang yang kontak terhadap kes positif covid. Tapi hari ini SS disahkan oleh majikan sebagai kontak rapat CC2. Selama ni SS memang menjaga S.O.P. Keluar rumah pakai double mask dan face shield. SS juga akan sentiasa semak hot spot kes covid di sekitar SS berada. Semua tempat yang SS pergi memang 0 kes. Kalau terima barang courier pun SS akan jemur dahulu di luar rumah, kemudian sanitize dan cuci barang tersebut. Balik rumah pun SS akan pastikan tangan cuci bersih dengan sabun. Di pejabat juga begitu, SS hanya kekal di meja kerja dan menaip. Dalam sejam hingga dua jam, SS akan cuci tangan lagi. SS memang sangat paranoid terhadap sekeliling SS. SS perlu untuk menerapkan ketidakpercayaan terhadap orang-orang sekeliling SS. Sesiapa pun boleh membawa coronavirus ni, bukan? Walaupun mereka boleh menjadi kontak rapat kes-kes positif. Jadi lebih baik SS terus paranoid demi kesihatan orang-orang...

Lumba Basikal

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum  Tuah basikal pinjam Sekali lagi terjebak dalam kayuhan. Tak berhajat langsung. Hari tu kayuhan santai pun, kawan yang ajak. Tapi sebab santai, SS setuju sajalah. Kali ni bila anjurkan perlumbaan, memang SS buat tak tahu je. Tapi jiran sebelah meja SS ni tiap2 hari ajak SS untuk cukupkan penyertaan wanita. 2 - 3 minggu juga dia pujuk SS. Akhirnya dengan berat hati, SS bersetuju. Twist mindset kepada menyokong program anjuran kawan SS ni. Alang-alang SS dah jadi sekretariat program membantu kelancaran penganjuran, dapatlah SS cari pengalaman dalam menguruskan program sukan pula.

Menjadi Frontliners

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM... ASSALAMUALAIKUM... Syukur kerana hari ini diberi amanah untuk turut sama merasai peranan sebagai barisan hadapan ( frontliners) walaupun tanpa pakaian Personal Protective Equipment (PPE) yang lengkap. Hari ni, pelajar dah mula pulang ke kampus. Semua staf bersiap sedia dalam memantau  pergerakan pelajar dalam kampus.  Kali ini giliran kami pula bertugas di Pusat Isolasi Pelajar UMP Kampus Pekan. Kawasan yang kami pantau adalah kurang risiko iaitu di kafe, setelah  pelajar menempuh beberapa sekatan dalam kampus bagi tujuan pendaftaran. Apa pun, tugasan ini membuatkan kita lebih cakna terhadap sekeliling kita. Syukur atas peluang ini.

Ucapan Hari Guru, Bikin Ku Terharu

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Semalam, 16 Mei 2020 merupakan Hari Guru. Aku mendapat banyak ucapan daripada pelajar aku. Rasa terharu. Sebenarnya aku bukanlah seorang pensyarah. Tapi aku cuma seorang pegawai yang bertanggungjawab menyemarakkan dan membentuk mahasiswa melalui kebudayaan & kesenian. Tugasan ini memang mencabar. Lebih-lebih lagi bila bekerja di sebuah universiti teknikal. Cuma,  apabila pelajar menggelarkan aku sebagai seorang guru, aku rasa itu satu penghargaan yang sangat tinggi yang mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Aku bekerja di Pusat Kebudayaan UMP. Staf kami cuma 6 orang sahaja dalam universiti yang terdiri daripada seorang pengarah, seorang ketua pegawai dan 4 pegawai kebudayaan. Bertambah mencabar, bukan? Tapi aku bersyukur kerana dengan pekerjaan aku ini telah menjadikan aku rapat dengan mahasiswa. Pendek kata, akulah tenaga pengajar, akulah kakak, akulah ibu, akulah penasihat, akulah rakan.. kerana...

Rindu Pejabat

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Hari ni terpaksa masuk pejabat 3 jam untuk siapkan dokumen. Tempat kerja SS dah benarkan untuk masuk pejabat dan pinjam aset untuk Work From Home (WFH). Bermula hari ini sehingga 19 Mei 2020 sahaja. Pergerakkan keluar masuk perlu direkodkan. Tapi, SS tak ada apa nak bawa balik pun, cuma nak selesaikan kerja berkaitan kewangan sikit. Bab kewangan ni tak boleh dilengah-lengahkan.  Tapi keluar saja dari kawasan rumah lebih kurang dalam jam 10.00 pagi, uish, banyak juga kereta. Pandang kiri kanan, pasaraya, Mr.DIY, 7-Eleven, pejabat J&T berbaris orang beratur untuk urusan masing-masing. Berniat juga lepas balik kerja nak singgah freshmart. Nampaknya niat tidak kesampaian. SS masih takut nak terdedah sangat. Tapi cuaca, Subhanallah. Kalau dulu selalu nampak kelabu je. .. tapi kali ni keluar rasa udara segar, pandangan pun jelas. Ini salah satu hikmah Allah turunkan makhluk Corona tu kan?   SS bel...

Teater Muzikal Sudirmania

SAKSIKAN !!!  Produksi Teater Waris & Senandika dengan penghargaan kepada  RevolutionStage  mempersembahkan "Teater Muzikal Sudirmania" Tarikh: 7 & 8 MEI 2016 Masa: 8.30 malam Tempat: Dewan Astaka,UMP Gambang [Harga Tiket] [Pembelian pada 5-15 April 2016] Early bird : Normal : RM 13 Pelajar : RM 8 [Pembelian pada 16 April-5 Mei 2016] Normal : RM 15 Pelajar : RM 10 * * * * * Sila hubungi nombor tertera untuk tempahan tiket : Geehan: 013-3758652 Bella: 017-7150433

Wordless Wednesday #16

FESTIVAL NASYID MAKUM 2015

MASUK PERCUMA!!!!  Semua di jemput hadir ke Festival Nasyid Makum (Majlis Kebudayaan Universiti - Universiti Malaysia) 2015 bertempat di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang ,Gambang, Pahang Darul Makmur. Jom sama - sama memeriahkan FNM15 yang julung kali diadakan di UMP. Jemput beramai-ramai pada : Malam Pertandingan 15 Mei 2015  8.00 malam Malam Anugerah  16 Mei 2015  8.00 malam   Persembahan Istimewa daripada Kumpulan Devotees

BARAQAH BEGGERS

Assalamualaikum. Lama gila tak bagi berita... kawan-kawan pun agaknya dah ramai ingat aku tak aktif.. memang pun, tak berapa nak aktif menaip... banyak aktif outdoor. Tak banyak share cerita aktiviti aku, sbbnya dah jarang sangat dapat peluang nak menaip. Tapi hari ni aku gagahkan jugak. Salah satu kumpulan nasyid kebanggaan aku. BARAQAH BEGGERS .  Asal jatuh bangunnya di Univerisiti Malaysia Pahang. Alhamdulillah syukur aku kepada Allah, diperjodohkan bertemu dengan sekumpulan mahasiswa yang asalnya ku sangka menceroboh pejabat aku. Siap soal siasat semua, rupanya mereka masuk dengan izin sahabatku. Tapi mereka seperti tiada hala tuju. Malam itu juga, mereka terus luahkan permasalahan mereka, dan dengan hati terbuka aku ingin membantu mereka. Bermula dari situ, aku menjadi penasihat mereka. Dugaannya masyaallah...Allah saja yang tahu. Nama itu pun kami cari sama-sama dan idea asal adalah daripada salah seorang ahli yang mesra dipanggil Peling. Bermula dari Baraqah B...

Hari Sibuk

Assalamualaikum... Aku dah 'Remove' cbox aku. Macam tak berfungsi je. Takut je, kot-kot ada virus ke apa ke kan. Atas nasihat teman-teman bloger, aku remove je lah.. Minggu ni aku sangat-sangat sibuk. Dah 3 malam aku balik kerja jam 4.00 pagi. Berjauhan dengan suami aku. Aku tinggal di Kolej Kediaman Pelajar bersama students aku. Aku ada kerja di Kampus Gambang. Siangnya menyelesaikan dokumen-dokumen berkaitan program, malamnya mengajar. Penat kot. Nak mengajar budak-budak baru yang kayu... dah la untuk show. Aku pun takut nak hantar budak-budak baru buat pesembahan. Tapi sbb kekurangan penari, terpaksalah aku kerahkan mereka juga. Itu yang jadi balik jam 4 pagi. Siap-siap setengah jam terus terbungkam.  Kampus sedang sibuk dengan Expoconvo. Macam-macam program berlangsung. Aku handle Bengkel Teknik Solekan & Pemakaian Tudung. Ok lah. Budak-budak aku memang suka. Dapat la mereka belajar teknik yang betul. Nanti nak perform, tak payah nak tadah muk...

DEKON

Segala pengurusan tentang Dekon telah aku setelkan.. tinggal students aku saja yang gigih berlatih.  Insyaallah esok malam aku akan bertolak ke LCCT. Kemudian akan terbang ke Negeri Dibawah Bayu...bersama student aku. Apa tu Dekon? Dekon =  Deklamasi Lakon. Ia diilhamkan oleh Sasterawan Negara kita Dato' A. Samad Said menerusi penulisan novel Lazri Meon. Darimana munculnya ideo untuk membuat 'dekon'? Ok. Sewaktu A.Samad Said diminta untuk memberi ceramah tentang novel terbarunya yang bertajuk Daerah Zeni, A.Samad Said asyik berfikir macam mana caranya supaya khalayak menikmati karya-karya ciptaannya. Menurut A.Samad Said (Lazri Meon, 1992:vii); ".....jalan terbaiknya ialah dengan saya membantu mereka menghayati novel ini secara lebih akrab lagi melalui dekon........dengan dekon, saya sendiri dapat menyampaikan semangat dan intisari kehidupan Daerah Zeni melalui deklamasi dan lakon-cara saya". Menurut A.Samad Said, bukan pelakon teater saj...

Berita Ringkas...

Assalamualikum teman-teman sekalian.. Last aku update entry 15 Februari lepas... ni dah sebulan aku tak taip apa2 kat blog aku ni. Kerana apa? Meh sini aku listdown ape menda yang aku busy sangat sampai tak sempat nak update blog. Aku ni bukan je tak sempat nak bikin entry baru, tapi masa utk diri aku sendiri pun aku tak de, apatah lagi utk org lain dan benda2 lain. Antara-antara aktiviti yang aku kerjakan adalah ....jeng jeng jeng... : Battle of The Band Welcoming Show utk Pertandingan Debat Intergriti Antara IPTA Persembahan akhir Pertandingan Debat Intergriti Antara IPTA Bengkel Teater Senam Seni sempena Le Tour De Langkawi Senam Robik sempena Program Kampus Hijau UMP Casting untuk pemilihan Kumpulan Produksi Pementasan Teater Juri pertandingan K-Pop Workout & Perform Sempena Exchange Culture (Malaysia, Indonesia & Bangladesh) Bengkel Asas Drum Zumba  Coming Soon ..... Show untuk Majlis Makan Malam Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Asli - Th...