Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Makan-makan

Iftar 2025 Bersama Rakan Sepejabat di Hotel Shahzan, Kuantan

Officemate adalah keluarga kedua kita.  Seminggu ada 5 hari kita bersama mereka.  Sehari, lebih kurang 8jam bersemuka. 

Kafe Belibis Menang Pemandangan

Cuti sekolah kan, SS dah tak tahu nak bawa Nana (anak saudara SS) ke mana lagi dah. Petang tu Nana kata nak pergi makan-makan. Lagilah mati kutu SS nak bawa. Biasa laa perempuan, itu soalan cepu emas paling susah di dunia nak jawab. Hahaha…  Jadi pusing-pusing bandar Pekan, tak fikir panjang terus ke Kafe Belibis by Icah Catering yang viral kafe dalam keretapi. Sebelum ni SS biasa pergi pagi saja. Juadah makanan dan minuman tradisional Melayu Pahang. Laksa Pahang, Opor Daging, Nasi Impit, kuih-muih dan macam-macam lagi. Terkadang yang jadi berat kaki nak pergi sini sebab sistem kedai ni tak mesra. 😅😅 Layan diri tapi tak sistematik. Pelanggan akan ulang-alik, ulang-alik banyak kali. Dah laa kedai panjang. 😅 Tapi kali ni singgah la lagi setelah sekian lama tak pergi. Mana laaa tahu kalau-kalau ada improvement better than before kan. Tapi kali ni pertama kali laa singgah waktu petang. Alhamdulillah rezeki dapat parking. Area sini mmg susah sgt nak dapat petak parking. Ada juga yan...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran. 

Magie Telur Sotong Pantai Sepat.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Sejak PKP ni, memang tak keluar makan kat luar. Selain bekerja dari rumah, ulang alik pergi pejabat, sekali sekala jenguk mak mertua, memang SS dan suami tak makan kat luar. Tambahan pula SS memang paranoid terhadap sekeliling sejak jadi kontrak rapat ke-2 kepada rakan pejabat. Di pejabat pun, memang SS tak kan buka pelitup muka, tak kan makan minum. Kadang-kadang SS puasa. Setiap hari apabila bekerja di pejabat SS akan balik rumah untuk makan tengahari dan solat. Seterusnya sambung masuk pejabat. Syukur rumah tak jauh dari pejabat. 5 minit dah sampai. 

Mee Champa Mak Wan Herritage Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum... Oh, jawab dulu salam tu. 😁 Semalam SS ambil cuti. Lama tak rentas daerah berdua dengan suami. Dating laa konon-kononnya. Biasanya kami akan meluangkan masa pada hari biasa kerana sejak dari bujang lagi, Sabtu & Ahad kami tak lapang. Sabtu Ahad itulah hari terlibat dengan perlaksanaan program. Dua-dua terlibat dalam kerja-kerja belakang tabir dalam event. Sampai sekarang pun kami masih begini. Lagipun, kami tak suka sesak-sesak dengan orang ramai kerana kerja kami memang melibatkan orang ramai. Jadi kalau spend time tu  kami lebih suka ke tempat yang relax  atau pun kami akan adakan aktiviti seperti  food hunting. Bila dah kahwin ni, jarang pula food hunting. Maklumlan lebih banyak meluangkan masa di rumah dengan eksperimen pelbagai masakan.  Jadi sekadar mengisi kebersamaan berdua ini, kami pun merentas daerah ke Kuantan.  Kali ini tujuan kami adalah ke Mak Wan Heritage di sebuah Tahfiz Foodcourt di Jalan Tanju...

Durian! Durian! Durian!

Google jeww... Haaaa... musim durian datang lagi...  Aku ni masa zaman sekolah dulu memang suka bau durian, wangi.... bau yang fresh air laa.. kalau bau yang dalam air-cond tu, aku pun pening... cuma masa muda remaja, aku memang tak boleh makan durian, tak boleh nak terima dek tekak aku ni.. tak tau laa pasai pa... Kemudian, dah meningkat dewasa, tetiba mai teringin nak makan durian dengan sendirinya. Sekali makan, ffuuuhh penangan dia, memang memukau.. SEDAAAPPP rupanya raja buah ni.. Sejak dari tu, sampai sekarang, durian dah jadi buah favourite aku dah... Semalam, berbuka puasa kat Restoran Arab, Kuantan. Boleh review SINI . Sebelum berbuka tu, kami pi ronda-ronda servey durian. Ada satu port jual buah di Kuantan. Servey laa kat situ kejap. Tapi tak beli pun. So hari ni, tak boleh jadi... kena juga pergi cari durian.. So petang tadi dah pergi beli durian di bandar Pekan. Well, makan laa puas-puas selepas berbuka tadi. hehehe... Tadi aku beli 3 jenis duria...

Qasar Saba - Arab Cuisine

Assalamualaikum...... (pssttt.. jawab dulu salam tu...hehehe) Petang tadi berbuka di Restoran Arab. Feeling Arabic sikit lepas dengar lagu Kun Anta - Humood Alkhuder. Catchy2 song kan... dah jadi kegemaran rakyat Malaysia. Makanan Arab ni salah satu yang terbaik juga untuk kesihatan kita. Restoran yang aku pergi ni namanya Qasar Saba.  Rupanya banyak cawangan dia. Ada di Ipoh, Kuala Lumpur ... Tapi husband aku kata, di sini masakkan arabnya macam dah taste Malaysian sikit, so kita masih boleh terima cara masakannya berbanding Restoran Arab yang lain.. Harganya pula, jauh lebih murah berbanding restoran arab yang lain di Kuantan ni. Selama menunggu hidangan, aku dah rasa macam duduk di negara Arab je bila dengar dorang bercakap waktu kalut-kalut nak hidang untuk pelanggan. Aku rasa kat sini seorang je yang boleh bercakap Melayu. Yang lain semua speaking arab sesama mereka dan basic English dengan customer. Tadi makan kami berempat. Aku, husband, dan mak abah m...

Masuk ke Mulut

Masa kat Hatyai, aku tak berapa nak makan sangat. Sibuk nak berjalan je, makan tu nombor 2 lah! Meh aku bawa korang tatap wajah-wajah makanan di sana. Ini disediakan oleh Prince Of Songkla University. Masa ni aku memang kemaruk Nescafe. Kat dalam bungkusan tu makanan halal. Ada pau dan wantan. Sedap! Nasib dia kasi cukup-cukup je walaupun sebenarnya tak cukup . Sebab sedap sangat. hehehe  Ini kopi ais. Seriusly memang sedap!!! Harapkan sejuk je, aku tak jadi tambah. Kopi apa lah dia guna ek.  Kerabu. Ada kacang botol, telur, lada, kerisik. Sedap. Thai & Kelantan tak jauh beza. ^___^  Telur goreng. Same je macam kat Malaysia masakan orang bujang.  Sup cendawan. Perggghhh... Terbaik! Hah, ce teka! ce teka! Yeaaa...ikan tiga rasa! Nyummy! Ini masa kami jalan2 kat night market di Bandar Hatyai. Ce tengok udang tu. Besau-besau. Begitulah bebola mataku. Kecik besau, kecik besau je nengok ke udang...