Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Demam 2016

Assalamualaikum. 15 - 18 April lepas, aku terlibat dengan program pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)... Cuaca kat sana Allhurobbi, panas amat! Terik terasa menyengat kulit ni tau! Balik dari USIM 19 - 20 April 2016 aku terus shoot pergi Istana Budaya, Kuala Lumpur pula. Balik dari KL, aku dah mula rasa tak sedap badan. Macam nak demam ni. Sakit tekak dan pedih-pedih mata.  DEMAM 2016 bermula..... Malam tu, balik rumah, aku dah menggigil. Suami kata, badan aku panas sangat macam seterika. Malam tu, dia lah yang jagakan aku, lap-lap badan aku, bungkus kepala aku dengan air sejuk, supaya panas badan aku tak berterusan. Terima kasih, Terharu sangat dapat suami yang ada masa melayan aku. Rasa macam puteri pulak. hehehe bila lagi, kan. Ala, bukan suami aku baca blog aku pun, heheheh.... tapi ye lah, duk cerita2 pasal dia ni, kot2 laa dia terbatuk2 ke kan. hehehe... Esoknya dia bawa aku pergi klinik. Klinik Ummu Roihan. Paling hampir dengan rumah. Dapatl

Ditimpa musibah

Assalamualaikum. Hidup di dunia penuh pancaroba. Itu ujian dariNYA. Menguji sejauh mana kita mengingati Yang Kuasa. Selagi mana kita hidup di bumi Tuhan ni, selagi itulah kita punya waktu untuk bertaubat. Allah kan, Maha Penyayang. Begitu juga dengan manusia. Fitrah kita berkasih sayang.  Ar-Rahman.... Ar-Rahim... Allah lebih dekat daripada urat nadi dileher kita. Allah ada bersama-sama kita. Allah indahkan kita dengan sifat kasih dan sayang. macam Nabi Muhammad s.a.w ampunkan umat... itu sudah cukup membuktikan betapa baginda sayangkan ummat. Apatah lagi kita. Ramai yang menganggap "itu nabi, bukan kita.... kita tak sebaik nabi...". Betul, kita insan lemah yang serba kekurangan, tapi kita kan punya contoh. Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh terbaik untuk kita. Hidupkanlah sunnah. Susah nak buat? Takpe, perlahan-lahan laa... Kita, ummat Nabi Muhammad s.a.w, Kita punya hati, rasa dan akal. Kita punya rasa kasih dan sayang. Kita masih punya

Wordless Wednesday #17

Penyakit Lidah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua...  sekadar audit diri aku dan perkongsian bersama. Allah berfirman   "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, makad damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu: dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." Al-Hujurat . Ayat :10 PENYAKIT LIDAH Imam Al-Ghazali menyenaraikan sifat-sifat orang yang berpenyakit lidah iaitu orang-orang yang membawa kehancuran kepada perpaduan. AL-NAMIMAH Mengadu domba / merosakan hubungan baik sesama manusia. Al-GHIBAH Menceritakan keburukan orang lain dengan niat jahat sama ada kecacatan pada badannya, agamanya, keturunannya, perangainya, perbuatannya, kedudukannya, pakaiannya, rumahnya atau kenderaannya sama ada melalui isyarat pelbagai isyarat seperti tangan, mata, godaan, celaan, tulisan, gerak laku dan segala sesuatu yang boleh difahamkan oleh orang lain. AL-ISTIHZA' Mengejek, mengutuk, menghina

Define Beauty

ASSALAMUALAIKUM... Komen aku di blog Spit Out Kata  : Cantik tu mcm mana? Baiklah, bagi pendapat saya secara fizikalnya, kita adalah ciptaan Allah yang paling indah. Itu normal laa kan... Bersyukurlah dengan apa yang telah Allah anugerahkan . Itu pun normal. kita semua sedia maklum yang hari2 kita mmg perlu bersyukur kepada Allah. Cuma dlm konteks entry awak kali ni... saya tertarik jugak laa nak komen pendapat. Kriteria2 yg awak sebut di atas tu pun normal... itu semua ciri2 kecantikan seorang perempuan. Tapi pendapat saya, kalaupun kita berkulit gelap, mata tak buntang, alis tak lebat, badan tak kurus KITA TETAP NAMPAK CANTIK ANDAI KITA PANDAI MENGGUNAKAN KELEBIHAN YANG ALLAH BAGI KAT KITA TU...  Sambung kat blog aku sendiri laa...  Gambar hiasan dari Google ........Aku ada seorang kawan, perempuan. Gelap kulitnya macam Negro, mata pula memang kecil, badan pun tak solid (faktor keturunan)... dia pun beberapa kali frust dan rasa rendah diri. Paling ketara sewaktu se

Teater Muzikal Sudirmania

SAKSIKAN !!!  Produksi Teater Waris & Senandika dengan penghargaan kepada  RevolutionStage  mempersembahkan "Teater Muzikal Sudirmania" Tarikh: 7 & 8 MEI 2016 Masa: 8.30 malam Tempat: Dewan Astaka,UMP Gambang [Harga Tiket] [Pembelian pada 5-15 April 2016] Early bird : Normal : RM 13 Pelajar : RM 8 [Pembelian pada 16 April-5 Mei 2016] Normal : RM 15 Pelajar : RM 10 * * * * * Sila hubungi nombor tertera untuk tempahan tiket : Geehan: 013-3758652 Bella: 017-7150433

SSn1