Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

Ibu dan Me Time

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Pagi-pagi hari Isnin ni ambil mood dulu sebelum masuk kerja. Tadi pagi, SS parking kereta sebelah kereta kawan. Nampak kawan masih ada dalam kereta sedang memerhatikan telefon pintarnya sambil tersenyum-senyum. Nampak jari telunjuknya ke atas, ke bawah, ke atas, ke bawah menyentuh telefon. SS keluar dari kereta dan mengetuk pintu kereta dia. "Jom! jom!" SS mengajak kawan masuk pejabat. Sambil tersenyum dia jawab "tengah me time ni." Sepanjang langkah kaki menuju pejabat, SS senyum-senyum fikirkan sesuatu. Ibu & me time. Sebagai wanita, SS yakin me time itu sangatlah penting demi mengimbangi emosi seorang wanita.  Kawan yang SS tegur tadi tu, dia merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. 2 perempuan dan seorang lelaki. Katanya dua kelahiran sebelum ni melalui pembedahan. Jadi, doktor sarankan dia untuk last pregnant. Jadi, dia memang gigih untuk dapatkan anak lelaki. Seingat SS dia banyak makan kacang. Kemu

SSn1