Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kenangan

Anugerah Mercu Sanjung (MARS) Penasihat Gemilang 2022.

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  2012 - 2022, 10 tahun menjadi penasihat Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian (SKK) UMP. Alhamdulillah untuk Anugerah Mercu Sanjung Penasihat Gemilang 2022. Terima kasih Akademi ADAB, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Pahang untuk anugerah ini. Selama 10 tahun ini, terlalu banyak suka duka dan jatuh bangun. Daripada  sebuah Kelab Kebudayaan UMP dinaiktaraf kepada sebuah sekretariat. Menyusun hieraki sekretariat, membimbing mahasiswa dalam membentuk jati diri dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk meningkatkan kemahiran bakat seni serta memberi pendedahan kepada mereka mengenai seni dan budaya di Malaysia terutamanya. Pernah juga, bawa mereka ke Indonesia dan Thailand sebagai ganjaran pahit manis mereka bersama SKK. Mengenali budaya luar yang serumpun. Pernah pihak pengurusan mencadangkan untuk bawa mahasiswa ke Turki, Paris atau China. Tapi mengenangkan kos yang lebih tinggi dan aku hanya ...

Aku Penakut Kucing

Bismilahirrahmanirrahim Assalamualaikum. Ini serius. SS memang penakut dengan kucing. Sekali dia datang, sekali tu jugak SS rasa nak melompat. Tapi kalau boleh cover tu, SS cover la kan. Tak laa orang nampak sangat. Nanti nampak mengada-ngada sangat SS ni heheheh.. 

Kenangan Ramadhan 2021

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum.... Tahun lepas, sebulan tak dapat aura solat jemaah macam ni. Kali pertama PKP kan, solat pun kat rumah saja. Tapi tetap bersyukur sebab hikmahnya boleh belajar cara solat terawih sendiri. Pengalaman juga tu. Waktu tu juga, ambil peluang untuk aktif blogging semula setelah sekian lama blog bersawang. Banyak masa kat rumah kan, data internet pun dapat percuma kan waktu tu? Apa lagi, laptop memang terpasang 24jam lah. Walaupun begitu, tetap merindukan aura solat berjemaah di masjid, rindu bau waktu terawih tu. 

Satu Perjalanan Yang Panjang

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Apa khabar semua rakan-rakan blogger SS? Macam mana situasi Covid-19 dan banjir di tempat anda? SS cuma nak kongsi cerita dan pengalaman  SS baru-baru ni. SS mula bercuti pada 30 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021. 5 hari je cuti.  SS ambil cuti sempena adik ipar SS yang ke-4 nak kahwin pada 1 Januari 2021. Al-kisahnya bermula pada 30 Disember 2020 pada hari Rabu lepas. Majlis sepatutnya berlangsung di rumah mertua telah ditukar ke rumah adik ipar SS disebabkan banjir di rumah mertua. Jadi kami semua mula bergotong-royong mengemas rumah adik ipar.  31 DISEMBER 2020 - MALAM BERINAI Dimusim Covid-19 ni kami tak menggalakkan ramai sedara-mara untuk datang membantu. Jadi yang banyak menguruskan semua adalah ayah mertua, bakal pengantin, Adik ipar ke-2 bersama suami & anak-anak sahaja. Suami SS pula tak dapat cuti hari ni. Pulangnya jam 2,3 pagi juga. Ibu mertua SS hilang kudrat sikit disebabkan baru-baru ni,...

Ucapan Hari Guru, Bikin Ku Terharu

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Semalam, 16 Mei 2020 merupakan Hari Guru. Aku mendapat banyak ucapan daripada pelajar aku. Rasa terharu. Sebenarnya aku bukanlah seorang pensyarah. Tapi aku cuma seorang pegawai yang bertanggungjawab menyemarakkan dan membentuk mahasiswa melalui kebudayaan & kesenian. Tugasan ini memang mencabar. Lebih-lebih lagi bila bekerja di sebuah universiti teknikal. Cuma,  apabila pelajar menggelarkan aku sebagai seorang guru, aku rasa itu satu penghargaan yang sangat tinggi yang mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Aku bekerja di Pusat Kebudayaan UMP. Staf kami cuma 6 orang sahaja dalam universiti yang terdiri daripada seorang pengarah, seorang ketua pegawai dan 4 pegawai kebudayaan. Bertambah mencabar, bukan? Tapi aku bersyukur kerana dengan pekerjaan aku ini telah menjadikan aku rapat dengan mahasiswa. Pendek kata, akulah tenaga pengajar, akulah kakak, akulah ibu, akulah penasihat, akulah rakan.. kerana...

Air Detox

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t Kalau dah bulan puasa, kadang-kadang air satu jag memang tak cukup untuk iftar. Lebih-lebih lagi kalau keluarga besar. Si ayah nak ais. Si ibu nak air panas. Anak-anak pula nak air buah... Uish, macam-macam jenis air buat. Kadang-kadang sebulat suara ahli keluarga nak Lai Chi Kang. Ada masa tekak rasa nak air masam-masam, buat la air oren, air sunquick, air teh o limau. Ada masa cukup simple dengan sirap sahaja. Esok pula sirap lagi, special sikit ada laa buah laici dalam sirap. Nak lagi special, add on daun pandan dan selasih.  Tengok juga pada kerajinan pembuat dan mood nak minum air apa. Lusa pula permintaan sirap lagi, tapi masuk susu sikit, jadilah air bandung. Ada masa cukup air kosong saja. Macam-macam ragam kan?. Itu lah warna warni keluarga bila dapat berkumpul waktu berbuka puasa. 

Kerana stress...

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Simptom depresi daripada Medical News Today. Dah hampir seminggu tak jenguk blog. Minggu ni jiwa raga SS tak berapa sihat. Biasalah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Apatah lagi kita sebagai manusia kan? Baru ni SS ada terima satu berita yang menggugat perasan sikit, rasa stress sangat. Nak keluar tak boleh, musim PKP. Nanti kena tangkap masuk lokap, no, no, no! . Maka bertabahlah di rumah.  Kemudian, dua hari tu SS kena migrane . Allahu. Dah lama juga SS tak kena migrane sebenarnya. Tapi kali ni dia punya sakit mencabar betul. Migrane kali ni rasa yang paling teruk di dunia pernah SS alami. Rasa macam nak pecah kepala SS dibuatnya. Apa lagi? Terpaksa la SS berehat saja di rumah. Laptop dan handphone memang tak boleh nak hirau sangat. Makan ubat dan rest.  Esok, lusa, tulat, kepala dah ok. Cuma emosi saja yang belum stabil. Makanya SS pun melancarkan aktiviti mengemas rumah. Tiga h...

SAHABAT SEJATI

Saat kita susah Saat zaman kejatuhan kita kita boleh tengok siapa yang datang Sama-sama membangun bersama kita... Ini lumrah. Sebaik mana pun kawan-kawan sekeliling kita Bukan penilaian setahun dua walau satu-dua dekad sekalipun dia belum boleh dikatakan sahabat selagi membiarkan kita bangun sendiri... Gambar hiasan dari Encik Google. "Ada pun, macam tak de........"