Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Laki Bini

Perkahwinan yang Kesebelas Tahun

Assalamualaikum. Hari ni ulangtahun ke-11 perkahwinan aku. Alhamdulillah telah sampai ke tahap ini, melepasi Fasa 2 perkahwinan. Dalam duni yang serba mencabar ni, memang betul-betul menguji kehidupan. Kami masih lagi berdua. Masih berusaha, berdoa dan mengharapkan hadirnya zuriat keturunan kami. In Shaa Allah. 

Sedekad Bersama

Tahun ini, kami dah sedekad bersama. Dan masih juga berdua. Masih gigih ikhtiar dan doa.

Magie Telur Sotong Pantai Sepat.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Sejak PKP ni, memang tak keluar makan kat luar. Selain bekerja dari rumah, ulang alik pergi pejabat, sekali sekala jenguk mak mertua, memang SS dan suami tak makan kat luar. Tambahan pula SS memang paranoid terhadap sekeliling sejak jadi kontrak rapat ke-2 kepada rakan pejabat. Di pejabat pun, memang SS tak kan buka pelitup muka, tak kan makan minum. Kadang-kadang SS puasa. Setiap hari apabila bekerja di pejabat SS akan balik rumah untuk makan tengahari dan solat. Seterusnya sambung masuk pejabat. Syukur rumah tak jauh dari pejabat. 5 minit dah sampai. 

Soda Bandung Resepi Aplikasi F&N Life Sepantas Kilat.

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Waktu bulan puasa ni, biasanya air akan menjadi keutamaan. Tambahan pula sekarang dah masuk pertengahan Ramadhan, sekali iftar, terus 2 gelas air. Air juga menjadi pembuka selera setiap hari. Suami biasanya akan bertanya : "Nak buat air apa hari ni?"

Mee Champa Mak Wan Herritage Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum... Oh, jawab dulu salam tu. 😁 Semalam SS ambil cuti. Lama tak rentas daerah berdua dengan suami. Dating laa konon-kononnya. Biasanya kami akan meluangkan masa pada hari biasa kerana sejak dari bujang lagi, Sabtu & Ahad kami tak lapang. Sabtu Ahad itulah hari terlibat dengan perlaksanaan program. Dua-dua terlibat dalam kerja-kerja belakang tabir dalam event. Sampai sekarang pun kami masih begini. Lagipun, kami tak suka sesak-sesak dengan orang ramai kerana kerja kami memang melibatkan orang ramai. Jadi kalau spend time tu  kami lebih suka ke tempat yang relax  atau pun kami akan adakan aktiviti seperti  food hunting. Bila dah kahwin ni, jarang pula food hunting. Maklumlan lebih banyak meluangkan masa di rumah dengan eksperimen pelbagai masakan.  Jadi sekadar mengisi kebersamaan berdua ini, kami pun merentas daerah ke Kuantan.  Kali ini tujuan kami adalah ke Mak Wan Heritage di sebuah Tahfiz Foodcourt di Jalan Tanju...

TTC's Story #7: Not Very Long Distance Relationship

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  2010 - Aku bertukar tempat kerja jauh dari rumah. Buat pertama kali aku hidup menyewa dengan orang yang aku tak kenal. Mereka satu kampus, cuma lain jabatan. Aku tak pernah masak kat rumah sewa tu. Ye lah, barang orang kan. Dah laa ketua rumah tu garang, tak pernah menegur pun. Bila aku kat ruang tamu nak borak-borak dengan dia, cepat-cepat dia lari masuk bilik. Aku pun tak tahu kenapa. Teman serumah bagitau memang macam tu perangai dia. Terima sajalah. Jadi, aku hanya perlu korbankan cara aku. Tak perlu minta dia ikut cara aku. Cukup sekadar menghormati cara mereka.

Mee Bandung di Ulangtahun Kelahiran

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Dalam kesibukan menguruskan tugasan-tugasan sempena PKPB ni sambil berwaspada menghadapi tempat-tempat berhampiran yang dilanda banjir, sempat juga SS luangkan masa untuk suami SS sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-38 tahun. Selama hampir 9 tahun menjadi isteri, alhamdulillah SS masih punya kesempatan untuk meraikan ulangtahun kelahirannya. SS memang akan sedaya upaya meraikan sebagai tanda sebuah penghargaan kehadirannya dalam hidupnya SS. Cuma kali ni, untuk pertama kali kami sambut berdua. Saban tahun kami akan meraikan bersama keluarga mertua sebab tinggal sebumbung. Kali ni terasa sayu juga bila sambut berdua sahaja. Lagipun simptom tengah-tengah bulan ni kurang memberangsangkan. Kami kena banyak berjimat untuk memenuhi keperluan rumah dan rawatan untuk TTC.

Satu Perjalanan Yang Panjang

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Apa khabar semua rakan-rakan blogger SS? Macam mana situasi Covid-19 dan banjir di tempat anda? SS cuma nak kongsi cerita dan pengalaman  SS baru-baru ni. SS mula bercuti pada 30 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021. 5 hari je cuti.  SS ambil cuti sempena adik ipar SS yang ke-4 nak kahwin pada 1 Januari 2021. Al-kisahnya bermula pada 30 Disember 2020 pada hari Rabu lepas. Majlis sepatutnya berlangsung di rumah mertua telah ditukar ke rumah adik ipar SS disebabkan banjir di rumah mertua. Jadi kami semua mula bergotong-royong mengemas rumah adik ipar.  31 DISEMBER 2020 - MALAM BERINAI Dimusim Covid-19 ni kami tak menggalakkan ramai sedara-mara untuk datang membantu. Jadi yang banyak menguruskan semua adalah ayah mertua, bakal pengantin, Adik ipar ke-2 bersama suami & anak-anak sahaja. Suami SS pula tak dapat cuti hari ni. Pulangnya jam 2,3 pagi juga. Ibu mertua SS hilang kudrat sikit disebabkan baru-baru ni,...

Tahun ke-8

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Apa khabar semua? Alhamdulillah, seronok dengar berita PKP kita ni akan berakhir tak lama lagi. Apa pun, SS harap kita semua jangan laa terlalu teruja sangat sampai lupa jaga diri. Kita masih dalam kehidupan norma baharu, kebersihan dan keselamatan perlu diutamakan. Marilah kita sama-sama menjadikannya satu tempoh bertenang untuk kita semua. Sambil tu, boleh laa plan baik-baik perancangan kewangan dan aktiviti masa hadapan. Google Hari ni, ulangtahun perkahwinan SS ke-8. Sekejap je masa berlalu. Masih teringat lagi perjalanan mendirikan rumahtangga, bertunang, diijabkabulkan, pengembaraan ke fasa 1. dan sekarang menghampiri fasa 2 dah. Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami sebagai suami isteri. SS dengan suami jarang sangat bergambar sekali. Kami sendiri tak tahu kenapa. Waktu nak muat turun gambar berdua kat media sosial ni pun, puas SS cari nak letak gambar yang mana. Rupanya dalam ...

Kicap Kollagen

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Dah hujung-hujung Ramadhan ni, kadang-kadang tak tahu nak masak apa dah. Tekak ni nak makan menu ringkas-ringkas je . Kali ni SS nak kongsi menu pilihan suami SS iaitu Kaki Ayam Masak Kicap atau SS namakan Kicap Kollagen. Kenapa namanya sebegitu rupa? Ini kerana, kaki ayam merupakan sumber kolagen asli . Jadi, sesiapa yang perlukan kolagen, cukup sekadar makan kaki ayam. Sebenarnya ramai je kawan-kawan SS tak selera nak makan kaki ayam. SS dulu pun tak makan, tapi bila semakin tua ni, rasa macam suka pula makan kaki ayam, terutama yang buat sup. Kaki ayam perlu dibersihkan betul-betul. Bahagian kuku dan tapak perlu dipotong.

Notis Terakhir Untuk Perokok

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Jeng jeng jeng... biasanya perokok tak berapa gemar artikel sebegini. Hehehe. Suami SS pun pernah jadi perokok tegar. Saja je beli buku ni waktu pameran buku Big Bad Wolf. RM3 je , apa salahnya beli, kan?. Tambah juga ilmu pengetahuan sikit sebanyak. Sejak baca buku ni, suami jeling-jeling je. Alaaa, bukan SS suruh dia baca pun.. Tapi ye lah, comfirm dia baca cover kan? Sebab tu menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang.... eh!. Seperti biasa, SS senyum-senyum aje. Peringatan dalam diam je. Hik hik hik. Buku ni menceritakan tentang pengalaman penulis yang berjaya berhenti merokok selama 12 tahun. Banyak tips yang dikongsikan untuk mereka yang berazam berhenti merokok sehingga ke kaedah hipnoterapi. Masyaa Allah. Kalaulah dah berniat di hati, kena kuatkan semangat untuk ikut segala tips yang diberi. Struggle is real. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? SS doakan rakan-rakan yang bern...

Privacy; Suami & Isteri

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum w.b.t...... Sorotan daripada kisah  Suami & Isteri -Dunia Masing-masing   dalam entri sebelum ni. Atau dalam bahasa mudah, suami punya agendanya, dan isteri juga ada agendanya. Masing-masing ada agenda masing-masing. Ada minat masing-masing. Ada gaya hidup masing-masing. Ada budaya masing-masing. Ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Yang membuatkan dua kehidupan ini bersatu adalah mungkin kerana ada satu minat yang sama, atau saling toleransi, atau persediaan untuk mengembara dalam dunia pasangan masing-masing. Paling penting menerima dan menghargai antara satu sama lain. Sumber : Google Suami tak boleh paksa isteri ikut cara si suami. Isteri tak boleh paksa suami ikot cara si isteri. Ini yang selalu menjadi konflik dalam rumahtangga.  Ego kerana tidak mahu belajar dan memahami dunia pasangan masing-masing.  Betul, isteri itu perlu taat pada suami Betul, suami itu perlu membi...

Bukankah suami dan isteri itu, punya dunia sendiri?

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... Esok dah raya. 1440H/2019 Dah lama jejari tak menari menaip entri. Ada rasa yang membuak-buak minta dimuntahkan segala rasa yang ada dalam hati ni. Semalam terbaca status whatsapp rakan sepejabat yang berbunyi : "Kita 9 tahun duduk sini..dia baru 11 hari nak duduk Ayer Keroh dah bising-bising! 😢 nak balik pun sebab raya, sebelum ni kita balik sendiri dengan anak-anak naik bas tak de pun nak menyusahkan dia!" "Kita dah berkobar-kobar mood nak balik raya. Dia boleh buat perangai. Potong mood betullah! 😠" "Cakap balik raya Ayer Keroh sampai raya 6 terus panas bontot!" Sumber : Google Mengimbau status whatsapp nya seminggu sebelum raya. "Baju raya dah siap packing dah 😍" "Tak sabar nak balik Ayer Keroh... dah plan macam-macam aktiviti dengan adik kakak💕💖"  "Kakak, ko tunggu aku balik, kita buat kek batik sama-sama...

Demam 2016

Assalamualaikum. 15 - 18 April lepas, aku terlibat dengan program pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)... Cuaca kat sana Allhurobbi, panas amat! Terik terasa menyengat kulit ni tau! Balik dari USIM 19 - 20 April 2016 aku terus shoot pergi Istana Budaya, Kuala Lumpur pula. Balik dari KL, aku dah mula rasa tak sedap badan. Macam nak demam ni. Sakit tekak dan pedih-pedih mata.  DEMAM 2016 bermula..... Malam tu, balik rumah, aku dah menggigil. Suami kata, badan aku panas sangat macam seterika. Malam tu, dia lah yang jagakan aku, lap-lap badan aku, bungkus kepala aku dengan air sejuk, supaya panas badan aku tak berterusan. Terima kasih, Terharu sangat dapat suami yang ada masa melayan aku. Rasa macam puteri pulak. hehehe bila lagi, kan. Ala, bukan suami aku baca blog aku pun, heheheh.... tapi ye lah, duk cerita2 pasal dia ni, kot2 laa dia terbatuk2 ke kan. hehehe... Esoknya dia bawa aku pergi klinik. Klinik Ummu Roihan. Paling hampir dengan rumah. Da...

Bicara seorang isteri...

.................              ............................                                        ................................................ ...Aku ni dah 3 tahun berkahwin.... tapi masih terasa baru. B anyak lagi perkara-perkara yang aku masih rasa awkward dengan suami aku.. Tapi 3 perkara yang aku selalu ingatkan diri aku sejak pertama kali menjadi isteri ..... Syaitan sentiasa cari peluang nak hancurkan rumahtangga aku... itu sebab ada gaduh-gaduh, salah faham... tapi kalau sama-sama ikutkan syaitan tu, memang dah lama musnah... tapi kalau kita sama-sama berjaya atasi, padan muka syaitan tu!!! Jadi, aku kena tabah! kena kuat! Nak jadi isteri solehah bukan senang, Allah akan bagi ujian jugak... jadi sekali lagi kena cekal dan tabah menghadapi. Banyak pahala jadi suami isteri ni.. sentuh cuit pun...

IJAB & QABUL

Kredit gambar kepada  MeghaaMoment Studio  / Jihan Meghaa Ismail Dengan Ijab & Qabul Maka terjadilah perubahan besar Haram menjadi halal Maksiat menjadi ibadat Keji menjadi suci Kebebasan menjadi tanggungjawab Nafsu menjadi cinta dan kasih sayang Subhanallah... Indahnya janji Allah. "Siapa kenal pengantin lelaki dalam gambar di atas tu.."